Thursday 31 January 2013

federal Day

yeahhh. dengan segala hormatnya I nak jeleskan u'll . Rugi pada siapa yang unfederal sebab esok cuti .

Mau malik mampung mumpe mak :) mmmuuahhh :*



Wednesday 30 January 2013

just a minute go to ikea .

14:05 baru masuk opis from 11 o'clock . Boss sporting maa. Jujur ow cakap nak pergi IKEA . Sebab 1st time kut pergi sana. Aku tak beli apa pun. Just brush my eyes  . Kak ipor pun ade ckp " ala, kin. cuci mata aje. memey betul. Dari Parlimen aku drive bawok lah akok2 kesayangan aku . Kak Rozi and Shela . Naseb ade GPS pemberian oleh abang aku . Aku jarang guna sebab menganggu kut. Lagipun x beli pun lagik stand untuk GPS . Abah pesan tak perlu pun gune gps nie, bior lah sesat kat kl . hahaha.. Bila gune tadi kak rozi lah jadik co-pilot aku, dia yang pegangkan gps . alhamdulillah sampai jugak kitorang . Pegi situ sesuai pada orang yang mulakan hidup for a new house . bestt kan.. Kalau ade suami . "sayang , jum pergi Ikea kite carik cermin ukir2 , pasu ala2 english . haiyoo . berangan ! duit pun kena lah manyak yang . huhuhu.. gedik *

Orang kata kalau pergi ikea nie yang best yer meatball die, n then karipap ikea. betul ke? yelah kut. sebab aku cinta sesangat karipap ikea , meatball aku tak pernah rasa lagik.. pergghh! giler best . Aku beli 15pcs meatball sebab aku dah cakap awal2 pada kak rozi yang aku nie bukan makan banyak pun, sikit jer.. Memey betui , sekejap jer aku makan, tank kecik lah. tu pasai makan sekejap dah kenyang tapi aku kerap mengunyah , mesti makan tapi dalam kuantiti yang sedikit. jadik mangsa lah siapa yang pernah makan dengan aku. tak kira lah . hahaha.. Saper pernah makan dengan saya sila angkat tangan ??? :p


bukti yang sohih , sharing with kak rozi . have a two forks

karipap ikea. besttt ow. 



okeylah, solat zuhur jum :)


Kami rindukan gelak ketawa ibu - Anak

Salam semua,

Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang anak berbanding melihat ibunya kembali sembuh seperti sediakala. Itulah harapan seorang anak. Aku emphaty :(

"Semasa ibu dalam perjalanan pulang dan melalui jalan di hadapan rumah, sebuah motosikal yang ditunggang seorang remaja lelaki 15 tahun merempuh ibu dari arah belakang sehinggalah ibu terlantar sakit hingga ke hari ini, rintih seorang anak . " Aku berminat dengan sebuah artikel dalam Utusan Malaysia hari ini. Lantas aku menelefon mak menyatakan perkara demikian. Aku pernah dengar isteri kepada Ngadimon Abd. Rahman ni accident and then aku tak sangka pulak keadaan acik nie macam nie sekali.

Mase aku cerita pada mak, mak beritahu.. "larh, kau tak kenal ke? dulu kau ingat tak anak dia yang kecik sekali, masa dia kecik kau suka kawan dengan dia , kalau jumpa kat kenduri kau lah no satu cium budak tu, athirah nama dia .. " a'ah lah mak, baru ekin teringat bdk kecik tue, yelah, sekarang budak tu tingkatan 5.. Seingat aku mase dia lingkungan tabika mybe aku suke gan bdk comel, bila jumpe siap salam .. Bdk tue cute sangat . Dia pernah datang beraya rumah aku siap naik basikal, "Assalammualaikum akakkkkk" tergiang2 suara dia panggil.. Tak sangka dia dah besar .. Agak2 berapa erk jarak usia aku dengan dia. now, i'm 22nd , she 18th years old .. Aku rapat dengan dia tak berapa ingat time umur aku 10 tahun dia 7 tahun.. Sometimes dia ikut mak dia pergi surau, rajin lah jumpe,. Tapi sekarang kalau aku jumpa tak taulah athirah nie kenal lagi o tak.. Dia memang rapat dengan mak dia mybe anak2 yang lain dah besar, so. dia yang paling kecik. dia lah rajin ikut mak dia..

Nasib orang kan, tak sama dengan kita.. Kita ada mak yang sehat , dia tidak.. Sepatutnya usia dia macam nie, sibuk dalam berjuang untuk SPM .. Tapi dia tidak.. Time aku SPM dulu takde kekangan ape2 pun, Family ok, environment pun ok. tak dapat jugak cemerlang dalam SPM. Aku doakan adik athirah nie cemerlang berjaya dalam hidup, berkat menjaga ibu yang sakit ..

Kasihan ow, kemalangan ibunya menyebabkan sebahagian tempurung kepala terpaksa dibuang dan ibunya hanya mampu minum susu yang disalurkan menerusi tiub ke dalam perut ibunya, kata anak bongsu dari lapan beradik itu.

Orang soroting kenal family diorang dengan panggilan "wak seratus" mybe lah..




note : sumber daripada Utusan Malaysia bertarikh 30th January 2013  page 28

Tuesday 29 January 2013

?

Peace be upon you

I love study ,

But i'm lazy,

Nak dapatkan segulung diploma pun malas ,

Orang lain dah gapai master, Degree , PHD .. 

Macam mane diorang stdy???

Kenapa aku cepat sangat malas,

Bila buat 'Business Math' takdapat jawab, cepat sangat mengalah :(

Cakap pndai tapi bila kalah, cepat sangat kuciwa :(

Ya Allah, 

Berkati ilmuku walaupun sedikit ..

Orang kata Diploma nie kecik jer, boleh jer photocopy , 

Tapi hakikatnya kita nak genggam nye punyelah parah..

Kenapa aku terlalu memikirkan kesusahan..

Sedangkan benda yang senang shj..

Orang lain ade anak laki , 

Dapat jer gapai .

Kenapa aku tak boleh..

Don't give up syikin..

Abah kan nak tengok awok gumbira dengan kejayaan sendiri.

Tak mengharapkan photocopy..

Allah, 

Aku tak mintak banyak pun..

Kau permudahkan urusan perjalanan hidupku,

Berkati lah rezekiku..

note ; apa yang ada dalam kotak fikiran aku nie, tak tenang :(

Wednesday 23 January 2013

wednesday Sandwich

Pukul duabelas baru nak update blog,
Pagi tadi aku sempat check laman blog aku,
Tetibe ade entry baru,

halamaaakkk ,

Blog aku dirogol !!

kah kah ..

Mesti keje bdk gatai nie, hihi :p

Aku rajinkan diri masak sardin, buat sandwich utk bfst
Orang2 tua kat sini nak makan air tangan anak daro,
bising jer, anak daro , anak daro,
Mentang2lah aku nie budak lagi , diorang buli aku..

aku buat exercise math semalam *yawning* aku terus tidur,
roomate balik pun aku tak sedar,
pukul 4am aku bangun terus gegas masak,
Rajin tak, compom lah laki aku sok perot boncet !
Perasan !
Harap2 kerajinan aku nie semakin meningkat lah,
Jangan merundum !

Tak susah pun buat sandwich nie,
sardin,bawang merah,limau nipis,garam,lada
itu jer kot..






PART 1 

PART 2

PART 3

PETUA MENDAPAT ANAK SOLEH/SOLEHAH :
♥ Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

♥ Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥ Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥ Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Doa anak jadi soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pandangan:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
(Al-furqan : 74)

P/S : JOm sama-sama berusaha DapaTkan Zuriat yang SOLEH & SOLEHAH mudah2han diperkenankan... ♥ amin 

Tuesday 22 January 2013

Dia JODOH aku, Aku terima :)

salam semua,

Bersahaja baca balik private msg dalam fb daripada MOHD HAFIZ HARUN.
Tiba2 terbaca balik mesej yang bertarikh 18hb Disember .
Terkesima ;
Mybe sebab pagi tadi dia mengadu kepada aku pasal boss dia cakap ,

"You sudah shat ka..you sdah tua ma baek kawin saja la senang ada org mau jaga...xpayah susahkan bdk ofis anta u g klnik..bantai gelak bdk2 nie yunk."

Allah permudahkan urusan kami berdua,
Aku adalah milik engkau,
Engkau tentukan mak dan abah aku,
Dan engkau juga yang akan tentukan siapa bakal menjadi orang yang muhrim untuk aku,
Mak abah jage sekejap sahaja sehingga umur aku matang,
Suamilah yang akan ambil alih tanggungjawab seterusnya,
Antara BAHAGIA atau TIDAK itu semua rezeki masing2,


Petanda Dia Adalah Jodoh Kita ;


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya

Monday 21 January 2013

MYR 5.00










Allah hu akhbar ;0

countdown ;

more 2 days,

Hanya MYR 5.00 sahaja bersama dengan untuk hari nie dan esok,

Akaun Maybank ada MYR 33.04,

Mana boleh keluarkan MYR 30.00,

Tinggal MYR 5.00 jer kat tangan,

Nampaknya makan maggi jelah untuk hari nie,

Kenapalah I khayal,

I mati2 ingatkan 21st Jan gaji masuk,

Rupanya 23rd Jan lah masuk,

Alahai mak jenin,

This morning after bath I was permission to Phia my roomate ,

I want borrowed her lattop bcoz excited opened the maybank2u,

But,

Account balanced has not increased ;(

Semalam punyelah I kecoh2 kat member kelas pasal gaji keluar sok weh,

Patutlah their 'strange face' :O

Stress nye, :/

Ngadu pada encik H .

He reply my msg


" Hahaha...apo kono yunk smpai date pun blh lupo..."


' ALLAH, permudahkan urusanku. perluaskan rezeki aku :) ' amiin








Friday 18 January 2013

title ; judiciary

Salam Jumaat,

Tajuk di atas menyatakan I buat research about the judiciary.
Lect bagi choice group by group .
I choose the question no three.
Question no one about 'The Legislature'
Member suruh I pilih no 1 tp i mcm tak berminat pulak,
I dah biasa dengan Parlimen,
I nak research plak pasal judge.
Baru mencabor !
hihihi

Tadi baru jer lepas pergi court Jalan Duta,
Thanks pada Kak Aisyah ex-staff mahkamah J.Duta.
Best jugak pergi kat sini.
Seorang pegawai bagi i one information mengenai judiciary.
I faham sikit-sikit lah.
Bukan teror sangat pun.

hehehe






Belog I nie tak kene kalau takde gambar I . wajib.. peace yO!



Thursday 17 January 2013

kun fayakuun :)

Dengan kudrat Allah fayakuun, kita kini bernafas di celah-celah prasarana Allah yang maha luas.

Hari nie lunch di Restoran Tupai-Tupai. Sempena meraikan seorang staff mendapat gred yang lebih tinggi iaitu Mejar Khairol Hisham Khairuddin. Alhamdulillah. rezeki orang tak siapa yang tahu. Kita mendoakan yang terbaik untuk beliau . He is a delligent worker. Learn on a job and he has educated Master. congrate .





cc asyikin :-

How about you assignment ?

One subject have done . I memang buat kerja lambat sikit, tapi mesti siap . Lect dah tetapkan tarikh bila nak hantar but i tak suka buat kerja last minit . I buat slow2 . I rajin buat kerja sekolah. Tp i malas nak stdy. Kalau i stdy mesti nak tido . hihihi. I redha stdy nie, Kalau ade rezeki insyaAllah pasti lulus. I nie kategori tak pandai sangat tak hebat sangat . seteng2 jerk. hihi. I rajin pergi kelas . Bg i keberkatan kita datang kelas tu memang benar, kalau kita tak datang kelas maknanya kita tak memeriahkan majlis ilmu. kasihan pada lect . Dia sanggup berkorban hari minggu kenapa kita sebagai pelajar tak sanggup. it's not reason!

InsyaAllah ;

i will come to class fully. Lagi satu , jangan kecewakan pengajar, apa yang dia bagi tugasan pastikan siap. Lembutlah hati dia . Luv my life :)

cover page jer lebih, poyos tak :*




Wednesday 16 January 2013

Merahjambu in my heart :)

Pink..

Bukak jer link blog terkejut macam nak jer masuk bawah meja nie,

hahaha

Perempuan mesti pink,

Awak pun macam tahu2 jer saya minat pink.

But, i'm not obses the pink colour,

Pink nie comel,  cute, bdk kecik kalau pakai pink . i love ..

Muarghh..

Thanks awak .

Semoga Allah merahmati kehidupan awak :)

Luv Hafiz :)




Tuesday 15 January 2013

menstrual pain :'(

Sorry takde hati nak say hi :'(

Pedih tak terkata,

Bad mood!

this morning there is a meeting MBJ , (majlis bandaran jempol) hihi . Majlis Bersama Jab

but , I was pain !!!!

I think tak nak join

routine monthly menstruation .

Tabah dilahirkan sebagai seorang gugurl virgin .

Hanya Allah sahaja yang tahu,

duduk kiri tak kene, kanan tak kene .. apatah lagi semasa berada di ofis,

Kalau mak ade dia tolong tuamkan dengan hot water .

Orang kata sengugut nie takde ubat,unless married * gedixx


Monday 14 January 2013

uhh arrr , Monday :'(

Today is Monday ..

try to spell the Monday  pless ,

remembered the first time primary school,

now time to work while studying,

love today before i married ,

uppss! jodoh

Allah, send greetings on jodohku :P

gedik;

boss;

hari nie, keputeraan nismilan. saya patut kene tempias, huhu.. berangan!

semalam mak kirim pisang yang abah tanam di belakang rumah, sedap sangat pisang nie, makan macam tu aje best ow. housemate jatuh cinta dengan pisang abah. sejuk tangan abah tanam kan. Setandan jugak lah i bawak semalam, bagi dua dengan abg long, paling banyak i lah. teringatkan ofismate, bila bawak di ofis ramai puji pisang yg i bawak nie. kembang kuncup i , tak sabar nak call mak malam nie nak beritahu yang pisang abah tanam nie diorang puji sedap, nyum nyum . orang tua kat ofis nie siap tnye, ikin . pisang ape nie. i think pisang 'kapas' eah, entahlah cek, sy menjawab. ye kot. hahaha. tak sempat pulak nak tnya abah.

ade ofismate laki sengal, nyakat i. owh.. pisang abah ikin, geram den.. its ok, layan jelah org2 kawen kat sini.

k lah, itu jer nak citer,

thanks for reading ;




Friday 11 January 2013

friday coming !

helloo guys,

Steal time to go to wash my car before yesterday. being excited about going home to my hometown. if ye go back kl N9 bus ride away. Thank God, now I'm living gods give thanks to my work since my teen age years until 2013, 21 years 9 months. It's okay not a luxury car as long as it was able to bring to it here.

i love my car .

Macam cintakan boyfren lah lebih kurang.

hahaha.

Kecewa sangat kalau my car kotor berlumpur , outdoor was scratch, indoor pulak bau tak menyenangkan , i mesti sanggup beli car perfume, minyak wewanggi bebanyak. i love perfumed, sweet, :)

One day , someone kak rozi pernah tegur, "akak bau macam losyen baby lah kat kereta kau"  i bisik? i letak perfume glad lavender, tak kan lah i nak lumurkan satu kereta dengan losyen. nak kata ada anak tidak. abstruse :'&
Grateful for life today, millions thanks Allah. "Kau telah permudahkan satu persatu rezeki aku". Able to own a car name. Monthly pay even with my own money.
Berkat doa mak dan abah . Aminnn :)

love NCS  :*




Thursday 10 January 2013

hai Thursday .

Thursday,

Darah berkobar2 coz i tak sabar nak cuti di kampung. Nak jumpa mak hugs n kiss mak. :)
rindu jugak pada 2 my nephews . Amsyar dan Amjad. Apa lah yang diorang buat kan pepagi nie, Amsyar of coz pergi ke sekolah PASTI die, i have 2 nephews and 1 niece . i rapat dengan hero2 nie mybe i duduk kl dekat dgn mereka. kalau i bermalam di rumah mereka , riang betul hati die jumpa aunt dia nie. Kekadang sampai tak sempat nak mandi melayan mereka . Bila malam diorang tak boleh tido ajak i temankan kat bilik mereka ajak teman main menan . Alahai anak buah, :P

Abang Amsyar very closed with me, he call me 'achik' , aduhh.. macam nama kampung lah, i ajar mereka dri kecik call me 'mak uda' tapi abang tak pandai panggil mak ude, susah sgt ke? mesti dia akan panggil 'teh' sedangkan 'teh' adalah puan atun kecik ati mak ude :'(
I baru nak vogue sikit , hahaha.. one day time dalam kereta amsyar col me 'teh' n then i marah, mak ude lah abang, he silenced ! nenek abang menyampuk cube panggil kau acik, I dengan semangat nyer cakap pada amsyar, abang, panggil acik.. he teror, pickup ! pantas memanggil i 'acik' so, lekatlah acik tu. biasalah anak no 5 nie pangkat die kureng chantek sikit, hihihi... Luv him !



                                        *                                                          *




note : untuk tatapan kawan-kawan di hari khamis yang Romantizz nie, muahh




Wednesday 9 January 2013

bila tiada persidangan :)

3week a few ago.teringat masa hari persidangan.pergi pagi balik malam.pergi nampak bulan.malam pun nampak bulan.itulah naseb seorang pekerja bentara di parlimen nie.exhausted.kene jaga penampilan, ade jerawat sikit kene tegur,muka kusam pun ade jugak yb nak tegur, yb wanita takde masalah tapi tang yb lelaki nie, ade jer yang tak kene, it's ok, mybe dengan keadaan hormon muda aku kot.

hari nie,

terasa rindu pulak pada dewan, mybe rindu nak buat overtime hihi :) alahai, lamenyer nak tunggu gaji bulan Januari . kalau boleh hari2 nak keluarkan duit biar ATM machine naek menyampah tengok muka aku, rutin harian kalau tak ada dewan, masuk pukul 7:30am after this, lepak borak2 , makan minum, gosip mosip , pastu 8:30am bersurai, barulah duduk kat tempat memasing. yang riuhnya aku jelah, alahai , mak jemah :P

pukul sepuloh

lepak, port kitorang kat opis nie , di tempat kak rozi lah. partition tempat duduk aku di ofis nie x strategik, dah lah dekat dgn pintu bilik BMK , nanti kok nyer die hempas pintu terasa mak jemah .. hahaha .. bila dah lepak, mosip nie tak lari kalau takde makanan, tak kira lah ape benda yang penting nya boleh ngunyah .. hahaha




hebat tak kepala kitorang, lebih kurang Kedai Rakyat 1 M'sia .






Best  jugak takde dewan nie, satu makeup pun aku tak pakai. selekeh jer.letih lah beb, eleh, konon nak nuteral Beauty lah tue, after boyfie puji Yb Nurul Izzah nuteral beauty terus aku macam nak jdik seperti die, she's very beautiful women , tak ade secalit eyeshadow apatah lagi blusher , tapi kalau aku pulak bila tak pakai make up pucat lesing, tu pasai time dewan jer pakai, red my lips .. * blushing

Tuesday 8 January 2013

child ker?

Second time aku pergi ke Perpustakaan Negara Malaysia di Jalan Tun Razak, sebelum nie aku pergi temani housemate aje, second time pergi atas tujuan nak carik bahan rujukan untuk subjek CTU , jenuh jugak aku mencari parkir di sekeliling PNM tak sangka pulak library nie besar gedegak. Sampai aku di PNM aku terus ke entrance yang korang tengok kat tepi jalan tue, aku disapa oleh guard " dik, bawak lattop yer, yup cik.. ok boleh masuk, tiba2 seorang lelaki datang, dia bertanya?" adik nak carik bahan apa yer, aku menjawab " saya nak carik bahan bertajuk tamadun Islam , owh, kalau macam tu adik kene pergi ke bangunan sebelah sana , naik tingkat tujuh yer..

5 minit jugak lah berjalan di situ , bohong sangat ,, tak de lah jauh sangat tapi disebabkan aku nie berjalan lenggang lenggok yer memang lambat lah nak sampai , mybe lumrah aku memang jalan berlenggang, semasa dalam lif aku pun tak terfikir pulak nak tengok rules di situ apatah lagi nak tengok floor by floor, rupanya rule die tak dibenarkan memakai selipar, yang aku nie simple timple sangat, hampir2 nak selekeh pakai t-shirt , n seliper aje, ala, bukannya nak pergi Midvalley mall, majlis besar pun, kekadang pergi klcc pun aku pakai seliper, dekat sangat dengan rumah aku,  macam dah rimas sangat, time kerja make up of course kene pakai nanti ade jugak yb yang tegur muka aku nie pucat lesi, n then dengan spartu yer.. kaki pun dah letih pakai heel, tu pasai bila nak keluar yang remeh2 nie, seliper ajer,

Lelebih pulak berceloteh, sampai jer di 7th floor , aku terus bukak lattop n then bukak link "my document" , aku suruh member yang carik bahan, member tegur, "kin, kau carik lah buku, alah kau nie, g lah carik incharges kat sini, terus aku bangun carik incharge di floor tersebut , kak, nak tanya boleh saya tengok fiksyen SPM, PMR dan UPSR .. "adik nak buat folio ke? eh, tak lah kak, nie IPT .. owh kalau macam tu adik kena pergi 8th floor , terus aku keluar pergi ke 8th floor . baru lah aku nampak budak2 grouping lebih kurang sebaya aku.. moral nya , Adakah abang tu ingatkan yang aku nie umur sekolah rendah .,. hahahha

Monday 7 January 2013

from my lovely :)

Mohd Hafiz Harun


>> 10 fakta tentang kelahiran yg anda patut tahu <<

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

>> Sayangi ibu anda...redha Allah terletak pada keredhaan ibubapa <<
(letak dalam blog cyg yer)