Wednesday 20 March 2013

Dilema seorang Anak Perempuan

Assalammualaikum , Salam Wednesday ..

Firstly, i'm appologized oleh kerana meluahkan pada belog sebaik2nya luahkan lah kepada Allah s.w.t . Niat saya cuma ingin berkongsi bersama rakan tentang permasalahan saya pada minggu ini. Dilema seorang anak perempuan kepada abah dan mak , dilema seorang pelajar kepada pensyarah ,

Hati yang sekian lama terbuku untuk balik kampung pada minggu ini terhenti sebab semalam lect bagi mesej pasal beliau adakan additional class MAT 112 . Kelas tersebut diadakan pada minggu ini , 24hb Mac malahan saya sangat rindukan kampung halaman . Hampir sebulan saya tidak jenguk ke kampung pasal sibuk dengan aktiviti , discussion , Last saya balik minggu CNY ,   sedihkan. Kalau korang jadik saya korang pilih yang mana?

Pertama : - 24hb Mac ade kelas tambahan Math , satu jam dikenakan bayaran RM10 . oleh kerana 4 jam so . totally RM 40 . ilmu dapat sedikit . persediaan untuk exam Math 5th April .

Kedua : - Kalau balik kampung, duit isi minyak dalam RM 40 and touch & go saya dah topup awal2 , so, tak perlu kot nak pikir pasal tol, dapat jumpa mak abah . and menjadi kebiasaan sejak zaman sekolah lagi sebelum exam pasti saya minta pada abah buatkan air yassin untuk saya .

Ketiga : - Jumaat balik kampung selepas kerja , datang senawang pickup my nephew Amsyar and then , balik serting sama dengan dia . ada lah teman . Sabtu pulak grak balik ke kl sebab Ahad ade kelas . Fair tak?

Prob : Mak cakap kalau nak balik sekejap jer tak perlu balik, mak gisau saya penat . haishhh .. Mak, anak mak nie rindukan mak .. pls faham ..

Ya Allah , tolong berikan yang terbaik dalam membuat keputusan untuk hambamu ini . <3




Tuesday 19 March 2013

Examination of fever

Berakit - rakit dahulu, bersenang - senang ke tepian, bersakit - sakit dahulu , bersenang - senang kemudian.
Generasi sekarang menjadi pewaris perumpamaan tersebut, Alhamdulillah . hari ini dah masuk minggu ke 12 untuk tahun 2013 . Semoga apa yang kita azam untuk tahun ini tercapai . Amin . Next week , minggu aku exam untuk semester ke-2 . Date 31st March , 3rd April , 5th April and last 11 April .

All my friends pray for me . thanks you <3



Tuesday 12 March 2013

cekelat

i love chocolate .
majority of a girls love to eat chocolate, minorities do not like the chocolate. relax. i'm likes to eat chocolate sometimes my throat feels like eating chocolate I just bought a cheaps as Cadbury only. Bila kaye sikit beli mahai2 . belagak ! haha 

Breakfast . today.. AHAD dapat , arini bru makan.. tenkiu




Two months ago

Monday 11 March 2013

Miss Gedik.

Ohh! Aku mengaku aku tengah marah dengan manusia yang tak reti nak tengok kelebihan orang lain . "Gedik" . Aku ingat kau dah berstatus isteri boleh jaga tatasusila , adab kau ! Nampak sangat suami tak menasihati perkara yang baik, Ok fine ! dulu kau belum kawen boleh lah kau nak dengki dengan aku, kau cakap aku gedik, kau burukkan aku , aku just . it's ok. ! melampau lah kau sekarang ,! Lunch tadi aku terserempak dengan perempuan yang sentiasa cemburukan aku, aku tak lebih, mybe aku lawa sikit kot drpd dia hahaha.. biasalah anak dara kat parlimen nie tak ramai, majoriti ramai dah bergelar isteri orang ! . Mudanya Nurul Asyikin bergelar pekerja dalam kakitangan awam, Aku lalu tepi depa, depa cakap2 belakang "gedik" n then gelak..

Aku cakap pada kak Shila, kak .. apa lah yang diaorang benci sangat pda ekin nie kak.. "Sabarlah ekin, jangan layan orang macam tue.. Wahai hati kenapa hati aku seperti tisu, puas aku pujuk hati nie, biarkan perkataan mereka, pedulikan yer sayang . Tapi hati aku memberontak ! aku rakus ! tak boleh terima semua itu .

k bai

Monday 4 March 2013

Doa Mak Abah

Assalammualaikum. jari jemari menekan keyword lattop sambil dengar lagu http://www.youtube.com/watch?v=SeqlpikuMOQ teringat kisah semalam sewaktu aku dalam perjalanan ke UITM shah alam untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah aku diberi kekuatan oleh Allah untuk gagahkan diri ke sekolah. Sape sanggup weyh Sunday morning kita diganggu kan. Apa nak buat , student PJJ memang kena tabah . Tapi aku fikirkan sebab ku nak belajar nak dapatkan sesuatu untuk mak dan abah.Kebiasaan nya memang aku akan ambik coursemate di Bangsar n then terus masuk ke federal highway. Dah dekat sangat . alang-alang right . Time aku pick her up aku search frequency radio NCS aku. siap mengomel2 pada member, argghh mana pulak ERA nie,kebetulan aku tertekan channel ikim fm , kau dengar jelah ceramah nie . haha..
             
ustaz berkata : ibu mertua adalah ibu kita juga , kita harus menghormati mereka kalau ibu kandung kita meninggal dia lah jadi ibu kita selama-lamanya . Kepada anak-anak di luar sana saya ingin mengingatkan jangan menderhaka kepada mak ayah kita walau pun ayah kita sebagai petani kita engineer jangan ingat kita berjaya atas usaha kita sendiri. Kejayaan kita pada hari ini adalah DOA daripada mak ayah kita .

Tersentuh bila aku dengar kata-kata ustaz nie, siap cakap pada member , perghh memang patut kita dengar ceramah nie dalah kita on de way nak p belajar kan. Teringat masa aku pernah mengadu pada mak .
Mak.. ekin kerja sambilan duduk pulak di kl tak cukup lah mak . Ekin dapat bagi pada mak RM 50 jer pada mak dan mak share yer dengan abah, Ekin tak mampu nak bagi kat mak abah duit yang banyak mak seperti mana anak-anak orang lain. Mak, sampai bila ekin nak sambilan mak, setiap bulan ekin kene renew mak. ekin takut kalau suatu hari nanti pihak HR taknak ekin. sampai situ sahaja rezeki ekin. Dan dari dulu lagi aku impikan aku nak sangat jejakkan kaki ke menara gading sebab aku pernah berangan time aku hantar abang long di UIA aku berhajat supaya lepas nie biarlah mak abah yang akan hantar aku pula. Amin.
Perjalanan hidup aku tak sama dengan rakan-rakan. Aku lambat ! Tapi Allah berikan yang terbaik untuk aku . Aku bersyukur sangat. Semasa permohonan pekerjaan untuk jawatan tetap aku memang nak sangat job tersebut . Aku sedar diri yang aku hanya ada SPM jer, job tersebut pun nak lulusan SPM . Aku tak perlu lah tunggu gred yang tinggi. Biar gred rendah tapi permenant. Setiap hari aku akan kumpulkan sikit demi sikit maklumat dalam environment government . Takut jugak kan panel interview tanya bukan-bukan. tu yang aku standby . Di samping itu juga aku pernah pesan pada mak abah. Mak, doakan ekin tau , ekin nak sangat keje tue , challengers ! biasalah zaman sekarang lau interview mesti ramai nak pakai yer dua orang jer, Alhamdulillah rezeki tersebut menyebelahi aku. Sekarang aku tak perlu risau tentang nak carik kerja lain dulu, tunggu lah dalam 3 or 4 tahun nanti . Mudah-mudahan. Bila aku menjadi status seorang penjawat awam, seorang pelajar PJJ aku bersyukur sangat . Rezeki semua ini hasil daripada DOA mak abah Allah makbulkan. Aku bangga dilahirkan dari perut mak . Walaupun aku bukan dari background anak orang kaya dari kecik tapi aku bersyukur sangat mendapat ahli keluarga yang terbaik. Kalau dulu sebut jer anak peneroka Felda compom miskin kan. Sekarang nie jer kita anak Felda senang sikit . Dapat adik-beradik yang baik. Abang dan Kakak yang baik. Adik yang mendengar cakap aku. ceh, konon jadik kakak nak buli pada adik lah tue.

Seriusly , time kitorang kecik-kecik dulu, memang suka gaduh. pantang dekat ada yer tak kene. sampaikan mak pernah cakap nanti kalau mak takde sok sapa nak jaga korang kalau korang asyik gaduh jer. my sibling have 6 person . time kecik terasa sangat adik beradik ramai. Bila dah besar, alahai. kadang tiap minggu tak semua yang boleh berkumpul. Kalau boleh berkumpul pun time kenduri, event. nak2 lagi kalau raye, orang lain beraya semua ada tapi aku tak. Abang aku no 3 tu jarang balik sebab dia kerja kapal. Tak selalu ada . Naik kapal 3 bulan . Lepak rumah pun 3 bulan. Yang perempuan pulak bila raya gilir-gilir lah takkan dia tak balik rumah mertua kan. so, kitorang jarang dapat amik gambar sesama macam orang lain. kitorang adik beradik bukan jenis giler kamera , kalau gila kemera mybe sorang jer kot. Aku lah .. hahaha ... hmmm .. Sedih kan :'(

Mak abah, ekin tak mampu bagi wang ringgit yang besar insyaAllah selagi ikin mampu jenguk mak abah ekin akan cuba yang terbaik.

Ya Allah, jauhkan lah diriku dan adik beradik ku daripada derhaka kepada mak abah. Kau permudahkan kami adik beradik sempat untuk jengah mak abah di kampung . Matikan kami dalam iman . Amin

Ayat dari Al-Quran dan Hadith yang menceritakan tentang kelebihan menuntut ilmu :-

Firman Allah bermaksud : " Diangkat oleh Allah orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang kaya yang berilmu dengan beberapa darjat "

Firman Allah bermaksud : " Barangsiapa yang memudahkan satu jalan untuk menuntu ilmu , maka Allah mudahkannya satu jalan menuju ke syurga "

Sabda Rasulullah yang bermaksud : " Sekiranya anda keluar pada waktu pagi untuk mempelajari satu bab dari ilmu adalah lebih baik daripada anda solat 100 rakaat "

Thanks for readings