Saturday 12 May 2012

~ exam ~

wahai blog kesayangan aku, kau masih setia bersama tuanmu yang agak lazy nie kan.apakan daya , nak tak nak kau kene hadap dengan aku kan kan..fuhh! aku nak lepaskan rasa lega coz dewan rakyat dan negara telah selesai dengan baiknya , banyak kenangan manis dan pahit aku lalui nya, kene marah dengan bos, kene tiau dengan musuh , tapi itu semua aku anggap kudis yang akhirnya baik, tapi tinggalkan kesan yang agak lama untuk pulih,. maksud nya aku akan anggap semua itu satu pengalaman ,, pengalaman untuk kita kenal erti dunia, kita kenal kerenah orang .. hati orang.. aku masih muda , nak keje lama so, aku mestilah bersabar dalam menghadapi semua perkara ini..
Cakap pasal kerja , aku hampir nak setahun dalam agensi kerajaan .. aku masih belom comfirm lagi, sebelom nak comfirm aku kene lalui beberapa fasa .. " aku mestilah wajib hadiri kursus umum , khusus , lulus exam JPA dan jabatan.. insyaallah dalam proses percubaan ini aku berjanji akan buat yang terbaik.. dear readers , doakan kecemerlangan saya ~! tenkiu..

kursus umum aku dah hadiri di Kepala Batas Pulau Pinang, dari Parlimen hanya 2 orang sahaja sebab aku dan sorang bro nie masuk lebih kurang, cuma aku awal 3 bulan sebelum dia masuk .. kursus ini under Jabatan Perdana Menteri(JPM) ..Bila di sana kita dpatlah kenal dengan ramai kengkwan dari bayak jab. best tau dapat kenal semua orang.. dapat kawan baru dari negeri berlainan,budaya yang berbeza!! jgn jeles! hehehe.. Pengangkutan disediakan , makan disediakan,included tempat sleep2.. hahaha.. ini dinamakan elaun lojing ok! sebab aku dalam proses mengulangkaji buku "PERINTAH-PERINTAH AM DAN ARAHAN PENTADBIRAN" daripada buku tersebut aku dapat pelajari ilmu tentang dunia pekerjaan..buku yer tebal .. ! ini baru kump. sokongan II belom lgi aku termasuk dalam kump. sokongan I .. tapi takpelah aku bersyukur kerana di usia pangkal puluhan aku telah memegang jawatan dalam agensi kerajaan yang tetap ..

Di kesempatan ini, aku ingin memohon kepada pembaca blog aku ini mendoakan aku lulus dengan jayanya di dalam peperiksaan JPA pada hari Isnin ini.. aku hanya ada masa dua hari untuk mengulangkaji syllabus aku telah aku pelajari before that!

cayok2





of course lah wajah ku pasti ada .. nama pon loving blog!






1 comment: