Thursday 23 May 2013

Bersyukur dengan kerjaya

Assalammualaikum.

Di pagi yang mulia ini ikin memanjatkan kesyukuran kepada yang maha esa. Oleh kerana hari nie hari gaji. Teringat last week Parlimen menjemput penceramah jemputan hos "tanyalah Ustazah" Puan Noor Laila Aniza Binti Zakaria" kata-kata beliau msih segar dari ingatan "Hari first gaji ,kita cucuk duit dalam atm kita dah terbayang nak bayar utang sana dan sini", pernah tak kita cucuk duit kat atm kita tgok amount kita ucapkan dalam hati, Syukur alhamdulillah. Walaupun gaji kita sedikit" Tertusuk ke kalbu, Sebelum ini ikin lah salah seorang nyer. Macam mana nak berkat? Nak2 lagi kalau bonus masuk, meronta2 depan atm dah terbayang nak beli ape, nak beli baju ape, and tak merasa pun sebenarnya nikmat tu. Kadang, beli itu ini tapi alih2 menyesal , membazir. ish2 itu dulu lah. Sekarang , dah insap. Sejak dah pakai aset dalam hidup walaupun kereta tak besar tapi ikin puas hati. Ikin kerja ikin nampak. Pergi mana duit gaji ikin. Kadang beli baju tak habis2 dari masuk kerja sampai ke pencen tapi takde aset tak guna jugak. Baju lama2 lusuh, Buat masa nie ikin beli dulu aset keperluan, bukan rumah, tapi kereta. Memang benar, orang kata better beli rumah, tapi masalahnya kita selesaikan keperluan kita dulu, hidup susah dulu, bayar bulan2 kereta nanti dalam beberapa tahun akan datang baru buat loan untuk merasa rumah nama sendiri. Puas hati bekerja.

Its okey, walaupun kerja gaji kecik tapi kita dapat merasa nikmat semua itu, bezanya kita takdapat selami, Orang gaji besar setiap bulan pergi bercuti, tapi kita tak, kita mampu hari minggu balik nismilan. syukur, sebab, tiap2 minggu jumpa mak abah. Dan bila difikirkan balik, kenapa Allah beri kita susah dahulu. Ok. mungkin ada hikmah di sebaliknya, Kita perempuan, background family pun sederhana. bezanya ikin takdapat merasa kesusahan seorang peneroka. Sebab ikin lahir lambat. Abang dan kakak je yang dapat merasa. Diorang cerita dulu, abah pergi kerja bawak RM2 jer. Itu dulu not now.! And then, Ikin masih bujang, Belum tahu lagi siapa suami ikin. Kerja apa suami ikin nanti. Kalau kerja besar,pakai lak kereta besar, itu adalah rezeki ikin. Tapi! jangan fikir Allah tak bagi kita dugaan okey.   Dan jangan fikir kalau kita dapat suami kerja biasa2 jer kita tak bahagia. Jangan ! Yang penting sekarang nie waktu inilah kita ambil peluang berdoa supaya jodoh yang kita dapat adalah rahmat. Jodoh itu rahsia Allah. Dia jer yang tahu kenapa dia kasi lelaki itu berkahwin dengan kita, sebab laki itu yang boleh tahan dengan perangai kita. cehh. cakap macam orang pandai aje. Pengaruh citer melayu betol. hahaha. bukan lah, pengaruh channel Oasis.

Kita selalu tengok, warrhh mewahnya dia kahwin, warhh bestnya laki dia belikan dia kereta, warrhh best nya kan kawen dengan anak orang kaya. Tapi kita pernah tahu tak isi hati dia macam mana. Allah tak akan beri pada hambanya kemewahan di dunia ini selamanya. Dan Allah tak kan berikan pada hambanya kesusahan selamanya. Yang kekal adalah di akhirat sahaja. Itu pun kalau kita dijanjikan syurga. Cikgu ugama cerita masa kecik2 dulu. Duduk dalam syurga lagi seronok. Ada bidadari chantik tau. Ade sungai susu. urhmm. macam mana nak bayangkan erk? Jangan kita ingat kalau perempuan kerja cikgu mesti kena kawen orang yang kerja lebih besar daripada dia. Ada jugak cikgu kahwen dengan lelaki kerja pomen tau. wallahu alam. pandai2 jer den nie. Think +ve

Okey, sekarang nak belagak kejap. Pasal kerja dengan orang besar tapi gred kita biasa2 jer, Yang bangganya walaupun kita gred rendah that means bukan  pegawai parlimen, Tapi nak riak sikit pasal ada lah tempias masuk tv . Hebat tak. Hebat untuk diri sendiri jelah . Kalau orang lain nak meluat silakan. Time2 bujang nie ade jer offer suruh aktifkan diri. Tapi Ikin nie jenis aktif2 jugak yang penting family jangan lupa. Ikin tak berapa suka kalau nak g sana sini sampai lupa dalam sebulan tue tak balik langsung kampung, Not me okeyh! Kadang awal2 bulan dah plan, minggu nie spent time dengan sape, dengan mak, dan housemate. Dah melalut , baru cakap sikit, ada jer nak menyayah nyer, haha.

Ini cerita kelmarin . Memang dapat offer. "Syikin, nah. Ini tugas awak ok." Siap cakap, ha?? angkat dulang lagi. (dalam hati lah) siap cakap kat kernel, kernel . bagilah upah. dia gelak! dalam hati. ape lah aku nie, bersyukur tau dengan nikmat kerja. hihihi. Keesokan harinya . dah cantik2, blusher punyelah tebal, pakai eyeliner, gincu dah macam Marsya Milan Londoh . Angkat dulang nya cuma 5minit jer. Ha, yang 5 minit tulah rezeki ikin dapat masuk tv. Muka bukan muka senyum lah, muka bukan buat peace tapi muka stedy pasal org kamera bukan nak amik gambar den pon! Dia fokus pada Tan sri aje. wakakakakaka. gelak jahat.
Yang kelakarnya event tu pukul 10 am. Iklan tv dalam 12.30pm untuk berita pukul 1pm . Ade tempias sikitlah muka den, perasan. Akak2 nie siap sakat. kin. kau tu kin. g tipon omak kek kg tu ha. g cakap kat orang kg eakau masuk tv. jahat tak diorang. Memang den excited lah beb. Den suruh omak den tengok tv tau. Omak memang bangga dengan ikin. Walaupun anak dia bukan kerja besar bukan bagi hadiah berlian tiap2 bulan tapi omak bersyukur anak dia ade rezeki untuk bekerja, sihat walafiat. Lagipun kalau ada dewan . Pukul 10am mesti mak dah terconggok kat depan tv nak tengok ikin. kot2 ade nampak ke? hahaha. lawak lah mak nie. Pernah sekali mak ade cerita, mak nak tengok tv 1 tapi seha cucunye nak tengok kartun, dah bergaduh siap mak cakap "nenek nak tengok aunt ikin" sejak tu, budak kecik tu dah tahu, kalau gambar bangunan parlimen jer, mesti aunt ikin die cakap, and ada lagi satu, mak teruja yang ampun, " eah ikin lah tue bah, aik awak kenal plak. ? mestilah kenal. dia duduk dlm perut sy nie. bukan gmbr den nampak jelas pun, kebetulan time tu den jalan waktu menteri menjawab soalan lisan.

ok. jom tgok gambar.











Monday 6 May 2013

Abah berkata

Salam.

Abah kata,

9hb abah pergi check if his result more better.

He wants go on for Kak TOn's products.

Sebab abah cakap , lepas minum umar kaki abah tak sakit lah nak. tadi sakit.
Oh, ye ke bah. nak kena beli satu kotak nih. Eah. nanti dulu. abah appointment 9hb nakkk..

Orait. Mudah2an keadaan abah semakin baik

p/s :- umar hanya sampingan shj . Priority for medicine's Health Ministry

Thanks for readings

Friday 3 May 2013

Oh ! Umar 'Beauty Umaira'

Salam Jumaat rakan sekalian.

Semoga pengorbanan ikin pada abah diberkati.
Ikin minta pada seorang rakan ofis yang agak berumur.
I means umur lebih kurang apak2 lah.
His name abang Shukor.
Dia juga penghidap darah tinggi.
Peliknya nye dia bukan perokok, mybe punca pemakanan atau keturunan.
Sekarang dia sedang berehat di rumah baru sahaja keluar dari IJN.
Dia turut mengamalkan 'beauty Umaira' Kak TON.
Nasib kak rozi cadangkan dia cakap hari tu dia ada kemas2 meja abang Shukor .
Baik kak rozi, Maklumlah meja lama tak berpenghuni.
Dia ternampak abang shukor punyer umar.
Kak rozi kata 'kau suruh abah kau try 3 paket dulu. kalau serasi belilah satu kotak.'
Lagi pun produk kak ton nie mahal.
Kalau beli terus takut abah tak serasi tak ke membazir.
Jangan sangka ikin mencuri pulak yer,
Dah mintak permission dari empunyer umar.
Siap call abang shukor lagi tue

note:- Petang nie balik kampung, testimoni untuk produk kak ton. kalau baik pada abah, sy sharing update pasal abah lagi yer.

Doakan mudah2an diabetes abah semakin baik dan tak perlu insulin. :)


Thursday 2 May 2013

apa pendapat korang? err

Assalammualikum w.b.t

Agak lama aku tak jenguk belog aku.Selalunya baca belog orang jer. Aku rasa belog orang lagi menarik daripada belog sendiri.Pasal aku tak sekreatif mereka.Aku anggap belog ni cuma tempah meluahkan sesuatu. Aku tak tahu nak hamparkan cerita ni pada sapa.Kalau aku menangis sapa yang sudi pujuk aku.Aku meluahkan perasaan pada yang maha esa.Baru2 nie aku mendapa panggilan telefon dari mak.Mak cerita pasal  abah.Memang tidak dinafikan mak abh ada penyakit 3 serangkai. Beza nya abah ada penyakit jantung,diabetes,darah tinggi.Mak diabetes dan darah tinggi.hmmm. Sejak zaman aku sekolah rendah abah mengalami penyakit jantung.Abah pernah kena tahan wad.Sejak dari itu kitorang adik beradik pujuk abah supaya tinggalkan rokok.Mungkin rokok penyebabnya.Pasal abah kategori perokok tegar.Kasihan juga pada abah time kami kecik2 kalau abh nak pergi check ke hospital Pilah pasti mintak tolong jiran yang hantarkan.Abah jugak keluar masuk IjN. Sedih tak? Masing2 kecik takdapat nak bantu abah. Teringat abang dayat jelah pernah tunggu abah di hospital.

Bila dapat tahu jantung abah semakin baik. Kembali lega. Kalau dulu abah bergantung kepada ubat bawah lidah. Jangan kasi abah terkejut. Kami kalau nak kejut abah pun nada yang slowly.Alhamdulillah kami adik beradik belum buat abah terkejut dengan perkara yang buruk. Nauzubillah. Harap elakkan. Kami pun tak sanggup.Aku? pon tak sanggup! Ya Ampun

Baru2 nie mak col beritahu abah pergi check di klinik.Memang setiap bulan abah ade appointment dengan doc . Tapi aku sebagai anak takdapat pon temani beliau. Memang tak jauh . dekat jer dengan rumah. Abah boleh pergi sendiri. Selalunya mak lah yang temani abah.Hmmm. Doc beritahu abah kena cucuk insulin start malam nie(selasa 30hb April). Dia cakap pada mak. doc beritahu diabetes dia ok, cuma nak ke arah buah pinggang.errrk? Mak pun cerita benda yang sama pada aku.Im puzzled. Apa kena mengena buah pinggang dengan insulin. Bukan ke insulin nie untuk diabetes. Aku cuba col Hp abah supaya abah menjelaskan perkara yang sebenar. Jawapan yang sama. Apa motif abah cakap diabetes dia baik tapi kena insulin disebabkan buah pinggang. Pandai abah membohong. Aku rase abah membohong pasal aku selalu bising pada abah "abah, jangan minum air nescafe" lah, caffin sume tue. Dari dulu lagi aku dah berpesan. tapi alasan abah. " abah tak boleh minum air lain" abah kena minum manis nanti kalau tak minum abah pengsan" . Tewas aku sebagai anak. Apalah salah aku. Mak pun kalah nasihatkan abah. Apa boleh buat.Kita cakap lelebih takut abah terasa hati bukan kita yang jaga fully dia. Masing2 komitmen kerja di perantauan.

Sebagai anak terasa juga serba salah.hmmm.Aku try search Beauty Umaira ala, produk Kak TON tu. Seorang khalifah +mohd hafiz  syor suruh aku beli UMAR . Aku dah bincang dengan sibling. Kakak aku siap cakap kau nak beli beritahu harga nanti akak kasi duit. Yang menjadi kemusykilan nya


Apakah itu Umar?
Manly Umar 1001 Rahsia Lelaki mengandungi herba terpilih untuk kesihatan lelaki . Khasiiatnya telah diperakui mujarab dalam memperbaikki sistem dalaman badan serta memperbaikki sistem pengedaran darah dalam badan kita.  Herba-herba serta bahan-bahan yang digunakan adalah yang terpilih serta terbaik masakini.  Banyak testimoni terkini menunjukkan Umar dapat menambahkan seri kulit, memperbaikki sendi-sendi dan urat saraf, menambahkan tenaga dalaman untuk lelaki serta pelbagai penyakit dalaman dan luaran.  Yang paling penting, kesihatan kita akan semakin baik dan terjamin jika menggunakan Umar secara konsisten serta mengikut cara-cara yang betul.  Bagi yang sudah berkahwin, tanggung jawab kita sebagai suami akan dapat ditunaikan dengan dengan lebih baik samada lahiriah atau batiniah, insyaallah.
Kandungan utama Umar :  Saw Palmetto, Tongkat Ali,  Macca, Tribulus Terrestris, Mulra Puama,  Ashwaganda (ginseng india), Biji Labu,  Epimedium, serbuk madu, Garcinia Cambogia, Tamarind , Payllium Husk dan perasa Lemon.
Fungsi Umar
  • Meningkat tenaga kelakian
  • Memekatkan air mani dan menyuburkanya
  • Mengatasi masalah cepat pancut (pra ejakulasi)
  • Menambah tenaga batin
  • Menguruskan badan dan menghilangkan perut buncit
  • Membuang toksin dalam badan
  • Membuang angin dan melancarkan pengaliran darah
  • Meransangkan keinginan jimak
  • Menegang dan mencantik kulit
  • Senang tidur dan buang air besar
  • Mengelak penyakit kencing manis dan darah tinggi
  • Mengatasi masalah prostat serta kencingl tak lawas dan banyak lagi…
Cara penggunaannya :
  • Bancuh dengan air suam, kacau dan terus diminum. 1 sachet sehari selepas sarapan pagi. Boleh juga diambil sebelum sarapan.
  • Bagi yang mengidap penyakit kencing manis/darah tinggi – ambil 1/2 sachet sehari untuk permulaan. Hendaklah diminum 2 jam selepas ambil ubat hospital.
  • Ambil 3 bulan berturut-turut untuk kesan yang terbaik.
Aku bold kan ayat tersebut . "Mengelak penyakit kencing manis dan darah tinggi" betul tapi yang lain2 tue menjadi kemusykilan aku. ALahai. risau pulak aku.

2nd searching :-



Yang mana satu ok nih. hmmm. for u abah. sayang sangat kat abah . kalau boleh biarlah sakit tu pada saya bukan pada abah.

Thanks for reading "."