Di pagi yang mulia ini ikin memanjatkan kesyukuran kepada yang maha esa. Oleh kerana hari nie hari gaji. Teringat last week Parlimen menjemput penceramah jemputan hos "tanyalah Ustazah" Puan Noor Laila Aniza Binti Zakaria" kata-kata beliau msih segar dari ingatan "Hari first gaji ,kita cucuk duit dalam atm kita dah terbayang nak bayar utang sana dan sini", pernah tak kita cucuk duit kat atm kita tgok amount kita ucapkan dalam hati, Syukur alhamdulillah. Walaupun gaji kita sedikit" Tertusuk ke kalbu, Sebelum ini ikin lah salah seorang nyer. Macam mana nak berkat? Nak2 lagi kalau bonus masuk, meronta2 depan atm dah terbayang nak beli ape, nak beli baju ape, and tak merasa pun sebenarnya nikmat tu. Kadang, beli itu ini tapi alih2 menyesal , membazir. ish2 itu dulu lah. Sekarang , dah insap. Sejak dah pakai aset dalam hidup walaupun kereta tak besar tapi ikin puas hati. Ikin kerja ikin nampak. Pergi mana duit gaji ikin. Kadang beli baju tak habis2 dari masuk kerja sampai ke pencen tapi takde aset tak guna jugak. Baju lama2 lusuh, Buat masa nie ikin beli dulu aset keperluan, bukan rumah, tapi kereta. Memang benar, orang kata better beli rumah, tapi masalahnya kita selesaikan keperluan kita dulu, hidup susah dulu, bayar bulan2 kereta nanti dalam beberapa tahun akan datang baru buat loan untuk merasa rumah nama sendiri. Puas hati bekerja.
Its okey, walaupun kerja gaji kecik tapi kita dapat merasa nikmat semua itu, bezanya kita takdapat selami, Orang gaji besar setiap bulan pergi bercuti, tapi kita tak, kita mampu hari minggu balik nismilan. syukur, sebab, tiap2 minggu jumpa mak abah. Dan bila difikirkan balik, kenapa Allah beri kita susah dahulu. Ok. mungkin ada hikmah di sebaliknya, Kita perempuan, background family pun sederhana. bezanya ikin takdapat merasa kesusahan seorang peneroka. Sebab ikin lahir lambat. Abang dan kakak je yang dapat merasa. Diorang cerita dulu, abah pergi kerja bawak RM2 jer. Itu dulu not now.! And then, Ikin masih bujang, Belum tahu lagi siapa suami ikin. Kerja apa suami ikin nanti. Kalau kerja besar,pakai lak kereta besar, itu adalah rezeki ikin. Tapi! jangan fikir Allah tak bagi kita dugaan okey. Dan jangan fikir kalau kita dapat suami kerja biasa2 jer kita tak bahagia. Jangan ! Yang penting sekarang nie waktu inilah kita ambil peluang berdoa supaya jodoh yang kita dapat adalah rahmat. Jodoh itu rahsia Allah. Dia jer yang tahu kenapa dia kasi lelaki itu berkahwin dengan kita, sebab laki itu yang boleh tahan dengan perangai kita. cehh. cakap macam orang pandai aje. Pengaruh citer melayu betol. hahaha. bukan lah, pengaruh channel Oasis.
Kita selalu tengok, warrhh mewahnya dia kahwin, warhh bestnya laki dia belikan dia kereta, warrhh best nya kan kawen dengan anak orang kaya. Tapi kita pernah tahu tak isi hati dia macam mana. Allah tak akan beri pada hambanya kemewahan di dunia ini selamanya. Dan Allah tak kan berikan pada hambanya kesusahan selamanya. Yang kekal adalah di akhirat sahaja. Itu pun kalau kita dijanjikan syurga. Cikgu ugama cerita masa kecik2 dulu. Duduk dalam syurga lagi seronok. Ada bidadari chantik tau. Ade sungai susu. urhmm. macam mana nak bayangkan erk? Jangan kita ingat kalau perempuan kerja cikgu mesti kena kawen orang yang kerja lebih besar daripada dia. Ada jugak cikgu kahwen dengan lelaki kerja pomen tau. wallahu alam. pandai2 jer den nie. Think +ve
Okey, sekarang nak belagak kejap. Pasal kerja dengan orang besar tapi gred kita biasa2 jer, Yang bangganya walaupun kita gred rendah that means bukan pegawai parlimen, Tapi nak riak sikit pasal ada lah tempias masuk tv . Hebat tak. Hebat untuk diri sendiri jelah . Kalau orang lain nak meluat silakan. Time2 bujang nie ade jer offer suruh aktifkan diri. Tapi Ikin nie jenis aktif2 jugak yang penting family jangan lupa. Ikin tak berapa suka kalau nak g sana sini sampai lupa dalam sebulan tue tak balik langsung kampung, Not me okeyh! Kadang awal2 bulan dah plan, minggu nie spent time dengan sape, dengan mak, dan housemate. Dah melalut , baru cakap sikit, ada jer nak menyayah nyer, haha.
Ini cerita kelmarin . Memang dapat offer. "Syikin, nah. Ini tugas awak ok." Siap cakap, ha?? angkat dulang lagi. (dalam hati lah) siap cakap kat kernel, kernel . bagilah upah. dia gelak! dalam hati. ape lah aku nie, bersyukur tau dengan nikmat kerja. hihihi. Keesokan harinya . dah cantik2, blusher punyelah tebal, pakai eyeliner, gincu dah macam Marsya Milan Londoh . Angkat dulang nya cuma 5minit jer. Ha, yang 5 minit tulah rezeki ikin dapat masuk tv. Muka bukan muka senyum lah, muka bukan buat peace tapi muka stedy pasal org kamera bukan nak amik gambar den pon! Dia fokus pada Tan sri aje. wakakakakaka. gelak jahat.
Yang kelakarnya event tu pukul 10 am. Iklan tv dalam 12.30pm untuk berita pukul 1pm . Ade tempias sikitlah muka den, perasan. Akak2 nie siap sakat. kin. kau tu kin. g tipon omak kek kg tu ha. g cakap kat orang kg eakau masuk tv. jahat tak diorang. Memang den excited lah beb. Den suruh omak den tengok tv tau. Omak memang bangga dengan ikin. Walaupun anak dia bukan kerja besar bukan bagi hadiah berlian tiap2 bulan tapi omak bersyukur anak dia ade rezeki untuk bekerja, sihat walafiat. Lagipun kalau ada dewan . Pukul 10am mesti mak dah terconggok kat depan tv nak tengok ikin. kot2 ade nampak ke? hahaha. lawak lah mak nie. Pernah sekali mak ade cerita, mak nak tengok tv 1 tapi seha cucunye nak tengok kartun, dah bergaduh siap mak cakap "nenek nak tengok aunt ikin" sejak tu, budak kecik tu dah tahu, kalau gambar bangunan parlimen jer, mesti aunt ikin die cakap, and ada lagi satu, mak teruja yang ampun, " eah ikin lah tue bah, aik awak kenal plak. ? mestilah kenal. dia duduk dlm perut sy nie. bukan gmbr den nampak jelas pun, kebetulan time tu den jalan waktu menteri menjawab soalan lisan.
ok. jom tgok gambar.
banggo org kampung hahaha..
ReplyDeleteLame xjenguk blog...sepi je komen he3
ReplyDelete