Thursday, 2 May 2013

apa pendapat korang? err

Assalammualikum w.b.t

Agak lama aku tak jenguk belog aku.Selalunya baca belog orang jer. Aku rasa belog orang lagi menarik daripada belog sendiri.Pasal aku tak sekreatif mereka.Aku anggap belog ni cuma tempah meluahkan sesuatu. Aku tak tahu nak hamparkan cerita ni pada sapa.Kalau aku menangis sapa yang sudi pujuk aku.Aku meluahkan perasaan pada yang maha esa.Baru2 nie aku mendapa panggilan telefon dari mak.Mak cerita pasal  abah.Memang tidak dinafikan mak abh ada penyakit 3 serangkai. Beza nya abah ada penyakit jantung,diabetes,darah tinggi.Mak diabetes dan darah tinggi.hmmm. Sejak zaman aku sekolah rendah abah mengalami penyakit jantung.Abah pernah kena tahan wad.Sejak dari itu kitorang adik beradik pujuk abah supaya tinggalkan rokok.Mungkin rokok penyebabnya.Pasal abah kategori perokok tegar.Kasihan juga pada abah time kami kecik2 kalau abh nak pergi check ke hospital Pilah pasti mintak tolong jiran yang hantarkan.Abah jugak keluar masuk IjN. Sedih tak? Masing2 kecik takdapat nak bantu abah. Teringat abang dayat jelah pernah tunggu abah di hospital.

Bila dapat tahu jantung abah semakin baik. Kembali lega. Kalau dulu abah bergantung kepada ubat bawah lidah. Jangan kasi abah terkejut. Kami kalau nak kejut abah pun nada yang slowly.Alhamdulillah kami adik beradik belum buat abah terkejut dengan perkara yang buruk. Nauzubillah. Harap elakkan. Kami pun tak sanggup.Aku? pon tak sanggup! Ya Ampun

Baru2 nie mak col beritahu abah pergi check di klinik.Memang setiap bulan abah ade appointment dengan doc . Tapi aku sebagai anak takdapat pon temani beliau. Memang tak jauh . dekat jer dengan rumah. Abah boleh pergi sendiri. Selalunya mak lah yang temani abah.Hmmm. Doc beritahu abah kena cucuk insulin start malam nie(selasa 30hb April). Dia cakap pada mak. doc beritahu diabetes dia ok, cuma nak ke arah buah pinggang.errrk? Mak pun cerita benda yang sama pada aku.Im puzzled. Apa kena mengena buah pinggang dengan insulin. Bukan ke insulin nie untuk diabetes. Aku cuba col Hp abah supaya abah menjelaskan perkara yang sebenar. Jawapan yang sama. Apa motif abah cakap diabetes dia baik tapi kena insulin disebabkan buah pinggang. Pandai abah membohong. Aku rase abah membohong pasal aku selalu bising pada abah "abah, jangan minum air nescafe" lah, caffin sume tue. Dari dulu lagi aku dah berpesan. tapi alasan abah. " abah tak boleh minum air lain" abah kena minum manis nanti kalau tak minum abah pengsan" . Tewas aku sebagai anak. Apalah salah aku. Mak pun kalah nasihatkan abah. Apa boleh buat.Kita cakap lelebih takut abah terasa hati bukan kita yang jaga fully dia. Masing2 komitmen kerja di perantauan.

Sebagai anak terasa juga serba salah.hmmm.Aku try search Beauty Umaira ala, produk Kak TON tu. Seorang khalifah +mohd hafiz  syor suruh aku beli UMAR . Aku dah bincang dengan sibling. Kakak aku siap cakap kau nak beli beritahu harga nanti akak kasi duit. Yang menjadi kemusykilan nya


Apakah itu Umar?
Manly Umar 1001 Rahsia Lelaki mengandungi herba terpilih untuk kesihatan lelaki . Khasiiatnya telah diperakui mujarab dalam memperbaikki sistem dalaman badan serta memperbaikki sistem pengedaran darah dalam badan kita.  Herba-herba serta bahan-bahan yang digunakan adalah yang terpilih serta terbaik masakini.  Banyak testimoni terkini menunjukkan Umar dapat menambahkan seri kulit, memperbaikki sendi-sendi dan urat saraf, menambahkan tenaga dalaman untuk lelaki serta pelbagai penyakit dalaman dan luaran.  Yang paling penting, kesihatan kita akan semakin baik dan terjamin jika menggunakan Umar secara konsisten serta mengikut cara-cara yang betul.  Bagi yang sudah berkahwin, tanggung jawab kita sebagai suami akan dapat ditunaikan dengan dengan lebih baik samada lahiriah atau batiniah, insyaallah.
Kandungan utama Umar :  Saw Palmetto, Tongkat Ali,  Macca, Tribulus Terrestris, Mulra Puama,  Ashwaganda (ginseng india), Biji Labu,  Epimedium, serbuk madu, Garcinia Cambogia, Tamarind , Payllium Husk dan perasa Lemon.
Fungsi Umar
  • Meningkat tenaga kelakian
  • Memekatkan air mani dan menyuburkanya
  • Mengatasi masalah cepat pancut (pra ejakulasi)
  • Menambah tenaga batin
  • Menguruskan badan dan menghilangkan perut buncit
  • Membuang toksin dalam badan
  • Membuang angin dan melancarkan pengaliran darah
  • Meransangkan keinginan jimak
  • Menegang dan mencantik kulit
  • Senang tidur dan buang air besar
  • Mengelak penyakit kencing manis dan darah tinggi
  • Mengatasi masalah prostat serta kencingl tak lawas dan banyak lagi…
Cara penggunaannya :
  • Bancuh dengan air suam, kacau dan terus diminum. 1 sachet sehari selepas sarapan pagi. Boleh juga diambil sebelum sarapan.
  • Bagi yang mengidap penyakit kencing manis/darah tinggi – ambil 1/2 sachet sehari untuk permulaan. Hendaklah diminum 2 jam selepas ambil ubat hospital.
  • Ambil 3 bulan berturut-turut untuk kesan yang terbaik.
Aku bold kan ayat tersebut . "Mengelak penyakit kencing manis dan darah tinggi" betul tapi yang lain2 tue menjadi kemusykilan aku. ALahai. risau pulak aku.

2nd searching :-



Yang mana satu ok nih. hmmm. for u abah. sayang sangat kat abah . kalau boleh biarlah sakit tu pada saya bukan pada abah.

Thanks for reading "."

5 comments:

  1. Beruntungnya abah punya anak seperti ekin...moga Abah ekin sekurang2nya dpt kurangkan habit merokok...tp bg perokok pasif mcm kita nih dik lagi bahaya dari perokok tegar...moga Allah rahmati usaha murni seorang anak pada ibu dan bapanya... :)

    p/s dik ekin makin cantik apa rahsianya hehhe

    ReplyDelete
  2. lau cyg nangis saye kan ade utk pujuk...cube je dulu UMAR tue yg pnting cyg dah usaha...doa usaha tawakal insyallah kshatan abah akn betambah baek t :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. beloved bf :- u tgok tak dye pnyer fungsi. i mcm pelik pasal lebih kpd batin jerk. risau plak i . tak boleh sebrangan jugak b. tu yg menjadi keraguan anakanda yer nie,

      Delete
  3. kak jue :- tu lah risau lah. tak tau nak kasi ubat ape, pasal risau jugak kesan sampingan dye. ubat hospital wjib ambik. yg sampingan nie tak boleh suke2 kan kak. makin chantek? perasan jugak, kalau dulu ikin obses nak hilangkan jerawat pakai tu ini, tapi hasilnya tak jugak. sekarang tak pakai apa pon. yg pentingnye senyum. hahaha.. kak jue pon makin chantek. senang hati sebab dah ade peneman hidup. hihihi

    ReplyDelete
  4. lau ragu2 xyah la yunk...t laen plak jadi nye
    bg b baek pkai produk yg lagi satu tue nampak mcm lbh sesuai utk pnyakit abah...sory yunk

    ReplyDelete