klik jer wall facebook ramai kenalan update status dan gambar berkaitan dengan hari bapa, seronok jugak kan bila dapat bersama dengan papa,baba,daddy,ayah ABAH.pagi jumaat lepas aku sempat wish 'happy father's day' pada abah . abah riang sangat coz dapat dengar suara anak ke-5 dia.tapi pasti abah kecik ati sebab saya tak balik,saya pergi ke jay bee minggu nie. 3 minggu tak balik kampung . saya perasan juga kalau saya dah lama tak balik kampung pasti salah sorang tak sehat especially abah. mybe abah rapat dengan saya. sesekali kalau borak dengan abah mesti abah akan tanya 'balik kampung tak?'
Maghrib tadi borak-borak dengan mak, saya tanya sapa yang balik? mak jawab takde sape pun yang balik. abang alang baru jer gerak ke s'pore coz berkursus di sana. mak cakap abah demam. tak sedap plak hati aku nie, pukul 9 lebih aku col (after abah balik surau) kat hp mak, tapi tak angkat .. "mak kecik hati ke?" hmmm...
col rumah lama sangat deringan . abah jawab .. ABAHHHH ...
abah tak sihat ke? a'ah ,
ye
dah pergi klinik belum?
belum lagi, petang tadi baru kena
nanti jangan lupa makan ubat tau ,
Tiga minggu aku tak balik, pasti abah demam, tak pasti lah..abah nie DEMAM RINDU ke?
hati seorang abah kan , sape boleh tau selain ALLAH .
kekadang kita tengok luaran dia HEBAT ,
tapi pernah tak kita selami hati beliau ,
Kalau dulu masa kecil anak enam orang dah mengata
"ramai yer nak kau! "
tapi sebenarnya bila anak-anak sudah dewasa masing-masing dengan kerjaya
anak ENAM pun tak cukup
Buat masa nie tinggal adik yang bongsu,
kalau dia pergi PLKN macam mane?
sangat kasihan pada mak abah,
semoga abah dan mak tabah hadapi segala dugaan ..
lebih-lebih lagi dengan ragam anak perempuan mak sorang nie "EKIN"
rindu mak abah . :'(