Dalam diam I masih teringat event bulan Mei lepas. Teringat sewaktu kakakanda I yang telah diijab Kabul dengan suami beliau. Orang sibuk tengok bola aku sibuk dengan dunia belog. Hmmm..Sedih gembira bila I melihat mereka. Yuplah kan, kalau dulu ada problem boleh lah share dengan dia. Mintak tolong apa-apa tak segan coz my sibling dan yang paling sedih aku dah tak boleh tidur sebelah dia lagi. Selalu yer kalau balik kampung hero cik zul biasanya tidur luar, ada jugak tido dalam. Yang dara cik zul pulak tidur kat dalam bilik. Sama-sama lah tido. Abah ada anak perempuan 3 orang, dua orang dah bergelar isteri, tinggal lah asyikin nie ha! Lepas ni kalau balik kampong kena lah tidur sengsorang kat dalam bilik. Kalau takut, pe lagi ! tidur ngan mak abah lah. Hahaha..
Semasa majlis akad nikah kakak I , I dapat rasakan perasaan seorang abah dan mak menahan sebak, yelah kan. Nak melepas kan tanggung jawab kepada seorang lelaki iaitu menantu bukanlah mudah. Syurga anak perempuan abah pun dah beralih kepada suami beliau Hanya mak abah jelah yang faham perangai kita , buruk baik kita, so, apa yang mereka harapkan adalah semoga menantu tersebut dapat menerima lebih o kurang nya anak beliau.
Kalau dahulu, di usia kecil dosa perbuatan kita mak abah yang tanggung. Selepas baligh dosa kita sendiri tanggung, now! Kalau isteri tu wat salah, hope suami dapat lah menasihati nya,
Tahniah kakakanda I Solihatun dan suami
restu mak membawa ke syurga Muahh muah |
* * * * * *
selepas kenduri rumah i , i pergi weeding orang. Siti Aishah dan suami
macam reunion ow, jumpe kawan2 sekolah BBS .memasing dah bini orang di usia yang muda nie,
yang sedang mengandung pon ada jugak. so cute !!!
ada yang aku kenal, ade yang tak , n baru jer kenal kat umah ichah,
yang penting aku layan..
yuplah, after form 3 aku bersekolah di teknik Pontian ,Johor..
so, berkawan dengan orang johor lah..
uhuhuh
u look my present for de bride <3 |
isteri-isteri orang, kepada lelaki yang bace entry i nie, dah kenal kan member i yang dah kawen, so.. jangan mengorat k |
No comments:
Post a Comment