Thursday, 9 February 2012

:: pengalaman yang membangkitkan senyuman aku ::



assalammualaikum..

kringg kringg..hello Nurul Asyikin ade? Ye saya bercakap.. dik.. boleh masuk kerja tak minggu depan ? kalau adik terima adik datang pukul 10am yer (terdiam) encik , nanti saya fikirkan dulu yer… baiklah.. (maknanyer interview aku berjaya) aku bergegas mendapatkan abah dan mak.. mak,ikin dapat lah kerja 7e .. abah tak kisah tp mak berkata abg aku tak bagi hanya kerana aku seorang perempuan tak boleh kerja waktu malam..tapi, kerana sikap degil aku, aku tetap nak bekerja jugak..

14Jan2009 :- Assalammualaikum,saya staff baru.. owh ..tunggu yer,saya panggil boss..seorang lelaki yang agak sasa mendekati aku..syikin yer , yup.! Saya Store Manager di sini , panggil saya abg man ok! baiklah abg man.. mari.. saya kenalkan satu persatu tentang stor nie dan kengkawan yang lain yer..

Satu hari aku bekerja…aku pemalu di khalayak ,sombong pun ade jugak..nak2 lagi kalau bujang2 datang mintak rokok..oii…aku mane lah kenal rokok jang oii.. ko lak main2 kan aku..sekejap mintak dunhill,pastu tukar plak Marlboro …mentang2 lah kat tag aku tulis (Traineer) nakal betul lah,,jeling , bengis aku da dtg..aku ada member kamcing ..uit..tira.. ajar aku ha… aku tak kenal lah rokok.. ok.. aku ajar ko yer.. satu persatu dia ajar aku kenal rokok.mane tak yer kalau Dunhill,bukan satu jer, Dunhill Light,Dunhill Menthol,Marlboro Light,Marlboro Menthol,haiyoo..poning2..dan aku sudah expert…seronok yer ~! lepas nie dapat lah memenuhi kehendak pelanggan..








Seminggu aku di store #871 Seri Jempol .. kami adakan meeting dan gotong royong.. abg man sempat pesan pada aku.. syikin:- abg dengar ko ada marah customer yer..ingat yer..ikin belum confirm lagi..jangan cepat buat hal..nanti ikin diberhentikan..walau macam mane sekali pon customer tu..syikin kene senyum..(dalam ati) ai,, sape plak lah yang mengadu kat boss nie.. it’s ok.. pengalaman mengajar aku juga…

Dua bulan kemudian..aku pergi exam..(ai,,7e pown ada exam jugak ke) haiyoo ia… alhamdulillah ku lulus..sebab boss cakap kalau tak lulus kene pergi lagi ke Seremban (TTJ) sampai la lulus baru boleh confirm..tak lama kemudian aku dapat surat confirm…yeahh,,,lepas nie boleh lah marah2 jeling customer..hahahaha… tapi sebenar nya senyuman tu lah yang membuatkan hati kita tenang, walau macam mane sekali pun kita ada masalah kita kene jugak senyum…

Enam bulan kemudian aku mendapat boss baru plak,abg man ditukarkan ke store Batu Kikir..tang boss nie kelakar ar plak..sebelum boss tu masuk ramai orang ckp dia lelaki tapi suara dia lembut macam perempuan…(aik?) pelik sungguh…mesti dia nie cerewet kan.. mesti suka membebel kan..aduhh.. keluh aku… korang nak tau..tak kenal maka tak cinta.. dialah boss yang terbaik tau tak.. dia tak kesah kalau staff dia mengadu takde duit, tak cukup duit,yang penting don’t steal!!! Aku nie lah budak yang paling muda sekali di stor tersebut dan aku jugak pemanja dengan boss(mama Ibrahim) selalu ikut dia pergi bank in kan duit sale di Bank Rakyat .. lunch time pasti dia belanja aku makan rojak di bahau kalau aku nampak dia pun aku tetap suruh boss aku belanja tak kisah lah apa2..walaupun sebotol air..nak hilangkan haus kat tekak..hahaha.... teringat2 seyh… mana nak boleh lupe..

Lapan bulan kemudian..aku masih di sini....kengkawan yang lain sibuk masuk u sana kolej sini institute situ tapi aku tetap bekerja.. mana tak yer ada jer dugaan aku..time kemasukan pelajar di Politeknik aku tak dapat hadirkan diri disebabkan aku masuk hospital kerana penyakit denggi,nak masuk Kolej kejururawatan masih ada kekangan yer..aku tak putus asa..aku masih berdoa supaya masa depan aku cerah..yelah kan,,orang lain seronok beraya aku bekerja..orang lain dapat tidur dengan nyeyak aku bekerja jikalau aku nite shift…haiyooo … mood bekerja da kurang lh… mybe jiwa aku muda kot.. tu pasal aku malas da nak bekerja..takpelah.. u know what.. kalau aku kerja malam aku suka wat perangai.. time customer xde,aku tido..pastu lepak kat luar borak2 lah dengan sesape … itulah aku.. agak2 dah teruk nanti aku dibebel oleyh mama Ibrahim(boss) … syyyyyikiiinn~~~ kamu punyer shelving dah berabuk..saya jumpe gula2 yang dah abis tarikh luput nye..  hai.. melepak jer kerje yer..




Aduhhh… penatlah menceloteh.. masam2 manis aku di 7e.. tapi banyak yang manis nyer daripada masam..hahaha…k lah korang… actually kalau kita di mana2 .. senyum tu yang penting k..agak nyer kalau aku tak kerja 7e .. macam mane lah aku nak berhadapan dengan orang2 besar di ofis aku (Parlimen) tapi setiap yang terjadi tu ada hikmah yer..baik tu datang yer drpd Allah.. yang buruk tue mungkin drpd kesilapan aku sendiri...

Salam sayang u’ll


Wednesday, 8 February 2012

:: Typical orang Melayu tak boleh tgok orang lain senang ::


Salam cinta ,

Kak teh : “syikin, balik cepat..mak sakit”
Abg lang: “ abg, amik ko di kelumpur hari nie,mak sakit”
(copy paste mesej daripada handphone)

Bukan ke semalam baru jer aku borak dengan mak, tapi ku malas nak tanya lelebih ..
Abg dan aku buat keputusan untuk pujuk mak supaya pergi ke hospital,tangan dan kaki mak bengkak2..
Puas pujuk mak.. tapi mak tetap dengan pendirian dia tak nak pergi ke hospital..Abg long pulak syorkan untuk berubat secara tradisional…Tidur satu malam di rumah abg long , Senawang..
Tak sangka !! Tuan Haji tersebut menyatakan bahawa mak telah diganggu..ade orang yang dengki dengan kebahagiaan keluarga aku.. 

Itulah yang berkaitan dengan entry aku pagi nie~! 

Sifat hasad dengki ni memang dah tak boleh lari dengan manusia. Kau, dia, mereka dan aku juga ada hasad dengki tetapi bergantung pada diri sendiri untuk mengawalnya. Kau jangan tipu kalau kau kata kau tak pernah langsung dengki dekat orang.

Tapi bila hasad dengki diikuti dengan perbuatan sihir menyihir ni. Main kotor nampak?? Main pakai bomoh-bomoh ni untuk menjahanamkan orang lain??? Uish dah fikir panjang ke??

Benda ni wujud. Jangan ingat zaman moden dh tak ada. Boleh kata zaman ni lagi dasyat..Sebelum ni pun aku dengar daripada mulut orang lain..tapi aku endah tak endah tapi bila berlaku pada famili sendiri aku rasa geram..nak penyepak aku tak kuat..nak report kat polis aku tak ada bukti yang kukuh..tak salah kan kalau  kita  teraniaya, ALLAH bagi jaminan, doa kita  akan makbul..
sekarang ni kita ada dua pilihan..

1)doakan keburukan orang yang menganiaya
2)doakan kebaikan bagi kita dan ibu bapa serta saudara mara

mana satu kita patut ambil?
kalau ada jawapan bagi soalan di atas, itu la yang perlu kita lakukan..

aku bagi satu contoh yang mudah. bila kita dapat tahu salah sorang famili kita nak2 lagi orang yang aku sayang sudah teraniaya. doa kita makbul. apa doa terbaik pada aku? doa terbaik pada aku ketika ini adalah supaya ALLAH beri pembalasan pada orang tersebut. kenapa aku rasa itu doa terbaik? sebab kezaliman orang tersebut melibatkan famili sendiri..
hal ini , adalah lebih utama..

kes kedua, kita kena pukul atau kena maki dengan seorang yang lain. katakan kita doakan keburukan dia. dia terkena bala ALLAH. adakah itu menguntungkan kita?
pada aku tidak. hati kita mungkin puas, tapi dari segi faedah, tiada yang kita peroleh.
tapi kalau kita doakan kehidupan kita dan keluarga terdekat beroleh sejahtera, diampunkan semua dosa, dimurahkan rezeki dan sebagainya, itu lebih bermanfaat. ALLAH sehaja lebih mengetahui..

tapi kita perlu tahu, doa termakbul bukan bermakna doa itu ALLAH penuhi secara cash. dia ada 3 keadaan makbul

1) ALLAH perkenankan doa kita
2) ALLAH tak perkenan doa kita, tapi berikan balasan lebih lewat tapi lebih baik
3) ALLAH permudahkan di hari akhirat kelak untuk beroleh syurga

maaf kalau aku kata2 aku ni silap….


Friday, 3 February 2012

:: Lupakan Kesalahan Orang Lain Yang Menyakitkan Hati Kita ::

Salam Friday ..






Memberi maaf memang mudah tapi nak melupakan habis apa yang orang dah buat pada kita seolah-olah tiada apa-apa, itu agak mencabar.
Aku tak suka kata susah, aku memilih untuk kata ‘mencabar‘ sebab perkatan tue lebih positif. Menyebut perkataan ‘susah‘ membuat kita terdorong untuk berfikiran negatif kerana bunyi perkataan tue agak negatif.
Dah jadi lumrah agak mencabar melupakan perangai orang yang menyakitkan hati kita. Tapi, jika Kita nak berjaya, nak menjadi orang hebat dalam bidang Kita sekarang ni dan Kita betul-betul nak berubah, Kita kena melatih diri untuk melupakan kesalahan orang.

Cemana nak melupakan?


Pertama: Tutup cerita lama, buka cerita baru.

Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.
Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalau diingat selalu.

Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.

Kedua: Anggap setiap hari adalah hari yang baru dan tiada kaitan langsung dengan hari-hari buruk yang dah berlalu.

Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.
Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalau macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita.

Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.
tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.

Ketiga: Pendirian mesti mau kuat, fikiran kena matang.

Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, Kita kena kawal emosi.

Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.

Thursday, 2 February 2012

uwarrr ~!!! sakit tekak


hye selamat pagi , aik tengah hari sudeh ~!

semalam cuti ' Hari Wilayah' namun tekak ni terasa sesangat sakit...macam tau2 jer kan public holiday , tekak pown nak cuti ea...batuk kurang syukur alhamdulillah..tapi apa pasal lah aku tak mencegah yer awal2..aku makan junkfood , ice cream, puding senang cter bende yang tak boleyh tue lah aku makan, degil yer kamu!!! hahahaha...dari malam semalam aku tak boleh tidur sebab kahak keluar tak berhenti2 , dua tiga kali ke sink untuk buang.. alahai Nurul Asyikin oiii.. kasihan sungguh...

Pagi Khamis yang mulia aku bangun terasa kurang sikit daripada semalam.. mybe kahak2 tersebut dah pergi tak nak bersama dengan aku lagi.. alhamdulillah...Tapi pagi tadi aku sempat singgah ke seven eleven untuk beli air asam jawa.. urhhhmmmm ... masam bangat seyh!!

Depan seven eleven nie ade McD  ikutkan hati nak bertukar arah pergi McD beli ice cream..hahaha.. macam mane nak baik .. tapi korang jangan ikut tau..ikutlah petua nie :-

Petua pertama yang aku dapat dari Google. Guna asam jawa. Perah dalam air .. kemudian minum. Nak taruk gula atau bahan manis .. ikut suka hati korang la. Janji .. jangan manis sangat. Nanti sakit lain pula yang datang.

Yang kedua .. guna asam keping. Ambil beberapa keping asam gelugur, kemudian bakar hingga hangus. Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insya Allah .. sakit tekak anda akan cepat sembuh. Emm .. yang nie,aku susah sikit nak ikut. Kalau setakat asam keping tu .. boleh la cari kat dapur. Tapi yang bab air sirih tu .. mana la nak cari malam2 buta nie. Kalau kat kampung .. lain la.




yeahh.. hari nie dapatlah nyanyi jerit2 ikut suara kakak ning .. selamat membaca kengkawan :)

:: sekadar mencintai , Oh ! tidak



dear readers..

pengalaman memberikan satu pengajaran yang berharga bahawa apabila kite bersama seseorang..pastikan kita bersama dengan orang yg benar2 mencintai kita bukan dengan orang yang sekadar2 mencintai kita..

orang yang benar2 mencintai kita dan orang yang hanya sekadar2 sahaja mencintai kita..

bezanya...

awk..saya sakit..dah 3 hari tak bangun..

A: owh siannya kat awk syg..jaga diri baek2 tau..risau..

B: Ya Allah..awk dah g klinik blom?awk nanti saya g amik awk hantar awk pergi klinik k..nanti sy dtg bawak ubat skali..

awk..saya stuck kat tengah jln ni..kete tiba2 rosak lak..

A: awk nih camne sampai tak leh check dulu..cuba awk try tengok kot2
ade org nk mintak tolong..tengok ade tak bengkel yg dekat2..

B: awk kat mana ni?hiss bahaya la awk sorang2 kat tgh jln..sy datang sekarang!

Awk..saya sedih sangat(crying)..asyik kene marah je dgn bos..saya stess sgt..down giler..bleh tak awk happykn sy sekejap??

A: awk sy busy ni..nanti2lah k..awk ni asyik nangis je..sabar la syg..jgn ikut emosi sangat please..

B: sy busy ni syg..tp sy janji after saya siap kerja..sy pick up awk cepat2 k..kite g makan2 n jalan2 k..saya fhm awk sedih and tengah emo..sabar k..

maaflah awk..saya tak sengaja nak buat awk marah..saya salah awk..maaf sbb tak sempurna utk awk..

A: banyak kali dah maafkan awk..dlu awk dtg lambat la..awk lambat balas msg la..pastu awk sengaja tak angkat phone..2 minggu lepas saya nampak awk sembang ngn lelaki lain la..ni tambah lagi satu..(padahal hal2 tu tak berkaitan langsung ngn masalah sekarang)..
kalaulah sebelum ni..ngn ShiQah tu tak de ah dia nak buat saya mcm ni..saya layan dia teruk dari awk tapi die okay je tak buat salah mcm awk..

B: saya maafkan awk even dah banyak kali dah awk buat..saya maafkn awk sbb sy tahu awk x sempurna..saya pon tak sempurna..okey lain kali jgn buat lagi tau..walau macam mana pon awk..awk tak sama ngn yg lain..awk special..(even nk marah..tp tak bandingkn ngn org lain n tak ungkit2 benda lama)

awk..mana awk ni..janji nak pergi tengok wayang..nak spend masa sama2..(40 hari planning nk tgok wayang tut2 cancel)

A: sory awk..tibe2 td kawan ajak main futsal..out of sudden lak..tak pergi mcm tak best lak ngn member..sorry tau syg..lain kali k kite pergi..ala lagipon selalu je g tengok wayang...

B: sorry syg lambat..saya tengah cakap ngn kawan saya tadi..diorang datang ramai2 dai KL..ajak main futsal and makan2..saya pergi la jumpa diorang sekejap and now rushing nak pick up awk syg..kan dah janji ngn awk..mestilah saya tunaikan..


awk..something happened..saya tengah pokai awk..really need ur help..kalau tak..habislah saya..

A: sorry sgt2 syg..saya pon tengah pokai..kat tgn saya ade 300 je..tu pun saya nak beli kasut..dah lama saya plan nk beli..kalau tak beli sekarang..nanti tak tau bila lak akan ade duit..ce awk try pinjam ngn kawan2 dulu...leh syg??

B: sorry syg..saya pon tak de duit ni..maybe tak cukup nak tolong awk..saya ade 300 je..ingat nak beli kasut..tapi tak pelah..bagi awk guna dulu la sbb awk lagi perlukn duit..kasut bile2 pon bleh beli..

awk..nape awk tengok dia??dia cantik sangat ke??saya pakai ugly sangat ke??

A: kan best kalau awk pakai camtu..pakai cantik2..style..pakai tudung camtu..kalau awk camtu..pasti awk akan cantik mcm dia..

B: tak delah..die cantik..awk cantik..tapi kalu awk pakai mcm tu..pakai sopan2..pakai tudung camtu..style mcm tu..pastu awk akan berganda2 cantik dari dia..

see?

orang yang sekadar2 sahaja mencintai kita biasanya akan cepat berubah dan biasanya hanya tahu memberikan kata2 yang manis saja..dan dia lebih mementingkan diri dia semata2 barulah dia fikirkan ttg kita..

kalau kita nak tengok seseorang tu samada betul2 mampu menjaga dan mencintai kita..kite tengok perbuatannnya pada kita...bukan pada pertuturannya..maka berhatilah kerana perempuan selalu tertipu dengan kata2..

emak ade pesan..
kalau kita perempuan..kita pilihlah orang yang betul2 mencintai kita sebab one day..if anything happen..mata dan hati dia tak kan mudah beralih pada yang lain..dan dia lah orang yang sanggup menjaga kite dan menyayangi kita..pilih orang yang cinta kat kite berbanding pilih orang yang kita suka..:)