Salam cinta ,
Kak teh : “syikin, balik cepat..mak sakit”
Abg lang: “ abg, amik ko di kelumpur hari nie,mak sakit”
(copy paste mesej daripada handphone)
Bukan ke semalam baru jer aku borak dengan mak, tapi ku
malas nak tanya lelebih ..
Abg dan aku buat keputusan untuk pujuk mak supaya pergi ke
hospital,tangan dan kaki mak bengkak2..
Puas pujuk mak.. tapi mak tetap dengan pendirian dia tak nak
pergi ke hospital..Abg long pulak syorkan untuk berubat secara tradisional…Tidur
satu malam di rumah abg long , Senawang..
Tak sangka !! Tuan Haji tersebut menyatakan bahawa mak telah
diganggu..ade orang yang dengki dengan kebahagiaan keluarga aku..
Itulah yang berkaitan dengan entry aku pagi nie~!
Sifat hasad dengki ni memang dah tak boleh lari dengan
manusia. Kau, dia, mereka dan aku juga ada hasad dengki tetapi bergantung pada
diri sendiri untuk mengawalnya. Kau jangan tipu kalau kau kata kau tak pernah
langsung dengki dekat orang.
Tapi bila hasad dengki diikuti dengan perbuatan sihir menyihir ni. Main kotor nampak?? Main pakai bomoh-bomoh ni untuk menjahanamkan orang lain??? Uish dah fikir panjang ke??
Tapi bila hasad dengki diikuti dengan perbuatan sihir menyihir ni. Main kotor nampak?? Main pakai bomoh-bomoh ni untuk menjahanamkan orang lain??? Uish dah fikir panjang ke??
Benda ni wujud. Jangan ingat zaman moden dh tak ada. Boleh
kata zaman ni lagi dasyat..Sebelum ni pun aku dengar daripada mulut orang
lain..tapi aku endah tak endah tapi bila berlaku pada famili sendiri aku rasa
geram..nak penyepak aku tak kuat..nak report kat polis aku tak ada bukti yang
kukuh..tak salah kan kalau kita teraniaya, ALLAH bagi jaminan, doa kita akan makbul..
sekarang ni kita ada dua pilihan..
1)doakan keburukan orang yang menganiaya
2)doakan kebaikan bagi kita dan ibu bapa serta saudara mara
mana satu kita patut ambil?
kalau ada jawapan bagi soalan di atas, itu la yang perlu kita lakukan..
aku bagi satu contoh yang mudah. bila kita dapat tahu salah sorang famili kita nak2 lagi orang yang aku sayang sudah teraniaya. doa kita makbul. apa doa terbaik pada aku? doa terbaik pada aku ketika ini adalah supaya ALLAH beri pembalasan pada orang tersebut. kenapa aku rasa itu doa terbaik? sebab kezaliman orang tersebut melibatkan famili sendiri..
hal ini , adalah lebih utama..
kes kedua, kita kena pukul atau kena maki dengan seorang yang lain. katakan kita doakan keburukan dia. dia terkena bala ALLAH. adakah itu menguntungkan kita?
pada aku tidak. hati kita mungkin puas, tapi dari segi faedah, tiada yang kita peroleh.
tapi kalau kita doakan kehidupan kita dan keluarga terdekat beroleh sejahtera, diampunkan semua dosa, dimurahkan rezeki dan sebagainya, itu lebih bermanfaat. ALLAH sehaja lebih mengetahui..
tapi kita perlu tahu, doa termakbul bukan bermakna doa itu ALLAH penuhi secara cash. dia ada 3 keadaan makbul
1) ALLAH perkenankan doa kita
2) ALLAH tak perkenan doa kita, tapi berikan balasan lebih lewat tapi lebih baik
3) ALLAH permudahkan di hari akhirat kelak untuk beroleh syurga
maaf kalau aku kata2 aku ni silap….
No comments:
Post a Comment