Saturday 25 February 2012

:: The First Man Prayed ::

Today is Saturday..actually setiap Sabtu aku jarang dok rumah k.Baru nie..Balik n9 takpun g Subang umah cousin , jejalan..tapi minggu nie agak berbeza pulak dari minggu2 sebelum ni..Baik yer anak dara sorang nie kan, tak kuar pun..duduk jer di k.Baru nie yerk..ingat lepak umah bujang nie aku dapatlah bangun lambat,tapi alhamdulillah tidak! mybe rutin harian aku sudah jadik kebiasaan bangun awal pagi,,(hai..nie comfirm lah mak mertua sayang! perasan pulak ~%)

Subuh sudah berlalu,aku pergi lah carik breakfast bersama housemate aku,pia..Kitorang makan ghoti canai jerk,aku memang suka kuah kari acik nie,kalau aku x balik kg comfirm aku akan teringat kat acik nie..tenkiu acik ghoti tanai.. memberi kepuasan perut aku,sampai la nie aku kekenyangan..Bab nie aku tak leh nak janji yang mak mertua nak syg o tak..sebab kesian kat anak teruna dia dpt bini yg x gheti masak.. hahaha.. ehhh!! cerita pasal bab kawin nie kan, interesting sgt pd sorang akak (housemate) yang bru jer jdik pengantin baru 3 minggu lepas,kiranya dye baru naik cuti lah dok kat sini,malangnyer dye masih duduk berasingan dengan hubby dye , mybe awal bulan 3 ni dye pindah lah..so,dapatlh duduk sama dengan hubby dye..aku nak tabik lah kt akk nie,after kawin, hobi dye bertukar iaitu memasak..wow!! amazing! pagi2 dye akan masak, petang nie nak jumpe hubby dye , dye sempat masak,masak , masak , n masak... tapi yang kelakar yer kan hari Rabu lepas dye try wat "sosej digulung dengan roti yang bersalut telur," tang nie aku tak leh bla gan akk nie.. dye terlupa nak masak sosej tu dulu, jadi. sosej tue mentah lah.. dye letak atas meja .. mybe nak buang sayang.. dye nak suh housemate lain makan,kak suzi memerli dye..amboi2 ko aina, sosej yg tak masak nie ko bg kitorang makan, yang masak cantek jer ko bagi laki ko makan, nanti kitorang sakit.. laki ko tak kene sakit .. haha... bagus kan, seorang isteri lebih pentingkan suami daripada kengkawan.. malas nak cerita banyak, lagipun sedang aku update entry aku sekarang kak aina tengah masak sup ayam, special for her hubby!! tengok aku nie ha! bukan nak masak! lazy2.. kih kih

Actually,selepas aku solat zuhur aku teringat pulak mase aku pergi ke Terengganu last year, aku sempat singgah ke Masjid Kristal, time tue kan seorang pemuda menegur aku.. borak2 punyer borak dia boleh tanya soalan pada aku.. nak tau tak ape soalanyer " dik,sy nk tnye..siapa manusia yang pertama solat Subuh??" ha? i'm speechless :$ pastu dye tanye lagi "siapa pulak manusia pertama yang solat asar?" ade lagi !! hati aku berbisik.. satu jawapan pun aku tak jawab,nak jawab Rasulullah macam tak logik.. alhamdulillah, hari ini dalam sejarah aku telah mendapat jawapan nya.. aku click blog by blog aku terjumpa.. syukur alhamdulillah.. boleh lah aku share dengan korang yer :-

siapa manusia tersebut? :~






SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat Pertama : Baginda bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam
Rakaat kedua : Baginda bersyukur kerana siang telah menjelma

ZOHOR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anak nya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama : Bersyukur bagi penebusan
Rakaat kedua : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga : Bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah
Rakaat keempat : Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas ( binatang ).

ASAR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang asar ialah Nabi Yunus a.s. iaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan nun

MAGHRIB
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan daripada kejahilan tersebut iaitu :

Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang Maha Esa
Rakat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang

ISYAK
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. , pada ketika itu Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : Dukacita terhadap isterinya
Rakaat kedua : Dukacita terhadap saudaranya Harun
Rakaat ketiga : Dukaita terhadap Firaun
Rakaat keempat : Dukacita terhadap anak firaun

p/s : lepas nie kalau ade org tnya soalan begini korang leh lah jwb dengan expert.. tak macam aku nie.. ok! check it out :P

No comments:

Post a Comment