Wednesday 22 February 2012

rob :( not rob my heart :(


Assalammualaikum Wednesday ~

Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas,Allah memberi aku kelebihan untuk menaip satu persatu perkataan untuk aku jadikan satu cerita dalam sebuah entry aku ini,namun!Allah memberi aku satu ujian yak ini dugaan yang membuatkan aku terasa sangat keperitan yer..Satu persatu ujian yang aku hadapi,kenapa aku?Mungkin aku adalah insan yang terpilih pada 17hb Feb tersebut.

Penyeluk saku,percaya tak korang ? Mesti percaya yer, sebab aku salah seorang mangsa yer.Memang jadi kebiasaan setiap minggu aku akan balik ke kampung tapi minggu lepas lain dari yang lain.Dari Kuala Lumpur ke Seremban aku masih lagi bersama wallet aku.Tiba ke Seremban aku menunggu abg long sbb kami memang dah janji nak jumpe pada hari tersebut.Semasa menunggu aku sempat membeli air ‘twistter laici’ sebab kehausan petang itu. Abg long sempat bertanya’tak nak tidur rumah along ke?aku menjawab,tak pelah long,ikin nak balik terus’ memang benar takdir Allah, benda nak jadik, tak boleh nak putar balik masa kan? Semasa menunggu pintu bas City Liner buka , aku beratur,aku perasan belakang aku nie seorang lelaki tinggi berjaket hitam .. Mase tu memang ramai orang,lagipun pakcik bas nie akan buka pintu bas bila dah ramai orang bru nak buka, haiyooo ai!! Bila aku da duduk di seat, baru aku perasan yg handbag aku terbuka,dan wallet aku hilang..maun meroyan aku dibuatnyer.ke hulu ke hilir aku crik wallet aku,lantak pi lah dorang pandang aku..time tu aku sempat telefon mak,ckp cume sekejap aje, tak lame tu abg long col tnye ade kad atm ape dlm wallet aku tu, dia pon bg line number maybank , ambank untuk aku hubungi supaya akaun aku di block serta merta, aku sempat col maybank shj, sebab kredit aku habis. Time tu lah aku menangis .Perempuan kan? Menangis nie habit mereka kalau ade masalah,~ “Pada sape lah aku nak minta kredit nie? Puas aku fikir,aku RQ pada abg long tak boleh sbb dia pakai line, abg lang pun sama.aku nak minta pada someone pun aku rase keberatan . tak mengapalah. Aku dengan tak malunyer minta kredit pada seorang hamba Allah namun berlainan agama.Dia wanita India. Dia faham situasi aku.dia bg aku share kredit dengan dia namun ade pula kekangan yer sebab baki kredit beliau hanya RM1.35 so, aku tak dpt share.tapi,dia izinkan aku menggunakan handphone yer untuk aku hubungi mak lagi,.

Sedih kan?meroyan aku di dalam bas tersebut.tapi aku cuba pujuk hati aku,”aku redha dengan ketentuan ilahi,nasib baik aku kena pabila aku di kg. Kalau aku kena di KL,siapalah yang sudi bantu aku,?Laporan polis aku dah buat,Isnin dan Selasa aku EL untuk settlekan masalah aku,u know what.aku nasihatkan supaya korang asing2kan duit,dan kesilapan aku juga apabila aku letak buku akaun jugak di dalam wallet tersebut,mentang2lah wallet tersebut besar.semua benda nak masuk.. JANGAN!!! So, terpaksa lah saya settle kan satu persatu , pergi ke bank sana sini, penat tak terkata! Rindu yer ic muka darjah enam, tapi ic sekarang muka aku tembam gila…
arrrrhhh!!



Bila dah berlaku macam gini,aku macam dah trauma ar pulak nak jalan sengsorang,semalam pun semasa aku balik aku tunggu tren di kl sentral aku tengok ade lelaki aku dah terkejut tiba2. Sampai kat umah,aku tunggu lif di rumah aku pun ade seorang lelaki, aku pun dah takut.. sampai bila aku nak takut, sampai bila aku nak trauma ? pengalaman membuatkan aku lebih berhati-hati selepas ini.. insyaallah.

Malam semalam, bila aku dah selesai masalah. Dan bila otak aku dah refresh..aku dengan tak malu nyer menghubungi someone. Aku tanya beliau. “awk tak risaukan sy ke?” dia jawab, “awk yg celaka kan sy dulu,nak risau ape lagi?” sedih yer.. Dugaan lagi, it’s okey.. aku surrender !   





No comments:

Post a Comment