Monday, 27 February 2012

; saya tak matang ; rupanya

Assalammualaikum ..

Alhamdulillah blog cik syikin nie masih bernafas lagi..My luv follower encik sott dah bertanya.. "ari nie ade entry baru tak" WOW!! tak sangka kan.. blog aku yang merapu menyayah nie pown ade orang menunggu2..alah! sebenarnya nanti hasil daripada cerita aku nie pasti dye akan sakat aku.. dye taknak komen kat blog aku..tapi dye akan komen secara sakat yer semasa menelefon aku..itulah keje dye..selagi aku tak mengeluarkan kata2 "amboi" .. "uh" nak2 lagi kalau time berjumpa.. kalau tak sakat aku memang tak sah.. dye tunggu aku menjeling tajam baru dye senyap.. Itulah encik sott, suka menyakat aku..[belum letak tajuk lagi nie, create jerk dulu cerita] sebenarnya 1st time update blog waktu malam nie,sebab kat opis xde internet.. mybe Parlimen x bayar bil kot..haha(gelak jahat) early morning aku sampai ofis aku rase panas sangat..aik? apasal pulak nie? rupanya floor by floor aircond rosak..tak satu satu.. tu pasal lah encik sott menunggu cerita aku.. hahaha.. mesti bangga kan kalau encik sott baca nie.. acecehh..

Hari nie Isnin kan? minggu yang ke berapa yerk? ishh month end February..Zuhur tadi aku ke surau , ramai kakak nie menegur aku..semua yer nak tahu cerita lebih lanjut pasal aku kene rob..(yelah kan seminggu aku cuti tak g ke surau,maklumlah ALLAH bagi aku cuti rehat) aku tanya mane tau nie..ramai kecoh.. poyoz jerk.. takdelah ramai sangat..mybe orang yang mengenali aku kot..tak sangka ade jugak orang yang masih menyayangi aku kan.. yang take care aku.. bila orang dah tanya , aku ape lagi . cerita bagai nak rak.. tak ingat aku nie di surau.. aku pikir di kedai kopi jer kan..aku nie pantang orang ajak borak,compom sumer cerita aku bukak,last2 sekali akk ni (kak wanie) tanya ape cerita dengan your future hubby?? kak!! umur kin muda lagi lah.. eahh,, ye ke kau muda ! umor kau berape kin? ikin baru 21, tue pown bulan sepuloh nie genap 21 kak.. lahhh!! akk ingat kau dah 2oan nak ke arah gerbang perkahwinan.. muka matured giler! tapi perangai tak matang2 lagi..kak!!! (aku jawab)


u know what dulu pun encik sott pernah cakap sy nie muka dah matang, tapi perangai tak matang.. kantoi ~! encik sott bercinta dengan gurl tak matang !! tapi bukan encik sott sorang jer yang kata ade seteng2 juge... mana tak yer bergaya sakan macam umor 25tahun, tapi rupanya umor 20tahun..BIARLAH ~!!


  1. Biarlah saya tak matang, asalkan saya menyahut seruan Illahi, dan akur akan larangan-Nya
  2. Biarlah saya tak matang, saya mampu membuat ukiran lengkung pada bibir yang dipandang indah oleh setiap orang.
  3. Biarlah saya tak matang, saya mampu membuat hati ini gembira dengan sendiri. SAYA TAK GILA ! 
  4. Biarlah saya tak matang, saya mampu buat orang lain ketawa riang. Walaupun hanya dengan lawak bodoh sekalipun. Indahkanlah kehidupan daripada kemurungan yang durjana.
  5. Biarlah saya tak matang, saya mampu untuk berfikir baik buruknya sesuatu dalam kehidupan seharian. 
  6. Biarlah saya tak matang, saya tak buang sampah merata tempat. Walaupun secebis plastik gula-gula.
  7. Biarlah saya tak matang, saya tidak memandang remeh terhadap orang-orang yang susah.
  8. Biarlah saya tak matang, saya tak malu bertanya pada orang yang lebih matang walaupun dia berumur lebih muda daripada saya. 
  9. Biarlah saya tak matang, saya tak tergilakan akan teruna, saya tergila nak kahwin. Saya pilih yang halal, awak tau? 
  10. Biarlah saya tak matang, saya tak mengeluh ikut perintah Allah. Saya mengeluh melihat hamba-Nya begitu senang meninggalkan perintah-Nya.
  11. Biarlah saya tak matang, makan nasi, berak dalam tandas, mandi,pergi sekolah, pergi kerja, akhir bulan dapat gaji. Banyak perkara awak yang matang pernah buat, saya pun pernah buat. 
  12. Biarlah saya tak matang, setidaknya tak ada yang pandang saya ni orang yang serius dengan muka ketat tak mesra alam.
  13. Biarlah saya tak matang, setidaknya saya mampu berkawan dengan golongan mana je pun saya suka. 
  14. Biarlah saya tak matang, hidup ni sekali je. Bukan iras muka sahaja yang menggambarkan kematangan orang kan?
  15. Biarlah saya tak matang, janji teman lelaki tu tetap saya ada. heEHEEEE =p
Kah kah, ini antara 15 perkara sy kongsikan. Biarlah apa orang nak kata.Maaf encik sott kalau kamu terkecik hati atas kata2 cik syikin yang kurang matang nie.. kih kih kih, Hidup ni kita belajar dari kesilapan, kita belajar juga dari kematangan dalam hidup. Sejauh mana matang kita ni pun, tetap masih perlu belajar. Ilmu ni takkan habis walaupun laut tu digunakan sebagai dakwat untuk tulis segala ilmu yang ada ke dalam buku. ;)

Saturday, 25 February 2012

:: The First Man Prayed ::

Today is Saturday..actually setiap Sabtu aku jarang dok rumah k.Baru nie..Balik n9 takpun g Subang umah cousin , jejalan..tapi minggu nie agak berbeza pulak dari minggu2 sebelum ni..Baik yer anak dara sorang nie kan, tak kuar pun..duduk jer di k.Baru nie yerk..ingat lepak umah bujang nie aku dapatlah bangun lambat,tapi alhamdulillah tidak! mybe rutin harian aku sudah jadik kebiasaan bangun awal pagi,,(hai..nie comfirm lah mak mertua sayang! perasan pulak ~%)

Subuh sudah berlalu,aku pergi lah carik breakfast bersama housemate aku,pia..Kitorang makan ghoti canai jerk,aku memang suka kuah kari acik nie,kalau aku x balik kg comfirm aku akan teringat kat acik nie..tenkiu acik ghoti tanai.. memberi kepuasan perut aku,sampai la nie aku kekenyangan..Bab nie aku tak leh nak janji yang mak mertua nak syg o tak..sebab kesian kat anak teruna dia dpt bini yg x gheti masak.. hahaha.. ehhh!! cerita pasal bab kawin nie kan, interesting sgt pd sorang akak (housemate) yang bru jer jdik pengantin baru 3 minggu lepas,kiranya dye baru naik cuti lah dok kat sini,malangnyer dye masih duduk berasingan dengan hubby dye , mybe awal bulan 3 ni dye pindah lah..so,dapatlh duduk sama dengan hubby dye..aku nak tabik lah kt akk nie,after kawin, hobi dye bertukar iaitu memasak..wow!! amazing! pagi2 dye akan masak, petang nie nak jumpe hubby dye , dye sempat masak,masak , masak , n masak... tapi yang kelakar yer kan hari Rabu lepas dye try wat "sosej digulung dengan roti yang bersalut telur," tang nie aku tak leh bla gan akk nie.. dye terlupa nak masak sosej tu dulu, jadi. sosej tue mentah lah.. dye letak atas meja .. mybe nak buang sayang.. dye nak suh housemate lain makan,kak suzi memerli dye..amboi2 ko aina, sosej yg tak masak nie ko bg kitorang makan, yang masak cantek jer ko bagi laki ko makan, nanti kitorang sakit.. laki ko tak kene sakit .. haha... bagus kan, seorang isteri lebih pentingkan suami daripada kengkawan.. malas nak cerita banyak, lagipun sedang aku update entry aku sekarang kak aina tengah masak sup ayam, special for her hubby!! tengok aku nie ha! bukan nak masak! lazy2.. kih kih

Actually,selepas aku solat zuhur aku teringat pulak mase aku pergi ke Terengganu last year, aku sempat singgah ke Masjid Kristal, time tue kan seorang pemuda menegur aku.. borak2 punyer borak dia boleh tanya soalan pada aku.. nak tau tak ape soalanyer " dik,sy nk tnye..siapa manusia yang pertama solat Subuh??" ha? i'm speechless :$ pastu dye tanye lagi "siapa pulak manusia pertama yang solat asar?" ade lagi !! hati aku berbisik.. satu jawapan pun aku tak jawab,nak jawab Rasulullah macam tak logik.. alhamdulillah, hari ini dalam sejarah aku telah mendapat jawapan nya.. aku click blog by blog aku terjumpa.. syukur alhamdulillah.. boleh lah aku share dengan korang yer :-

siapa manusia tersebut? :~






SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat Pertama : Baginda bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam
Rakaat kedua : Baginda bersyukur kerana siang telah menjelma

ZOHOR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anak nya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama : Bersyukur bagi penebusan
Rakaat kedua : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga : Bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah
Rakaat keempat : Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas ( binatang ).

ASAR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang asar ialah Nabi Yunus a.s. iaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan nun

MAGHRIB
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan daripada kejahilan tersebut iaitu :

Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang Maha Esa
Rakat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang

ISYAK
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. , pada ketika itu Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : Dukacita terhadap isterinya
Rakaat kedua : Dukacita terhadap saudaranya Harun
Rakaat ketiga : Dukaita terhadap Firaun
Rakaat keempat : Dukacita terhadap anak firaun

p/s : lepas nie kalau ade org tnya soalan begini korang leh lah jwb dengan expert.. tak macam aku nie.. ok! check it out :P

Friday, 24 February 2012

: Adnan Sempit 2 :

hai sekalian ;

sape minat tengok movie sila angkat tangan.. sore2 .. haha .. sengal lah ikin nie.. aku klik jerk Home ramai jugak pengguna facebooking nie update status pasal bru jer pas tengok movie Adnan Sempit pastu ramai bg A+ pada cerita nie ..ade yang tu update status ;
 -->   Bru lps lyn movie Adnan Sempit 2 at TGV S2 with En... (jelesnya) :(
-->   Adnan Sempit 2. . .  five star derr. .      * d'mana ada kemahuan, d'situ ada highway. . — at GSC 1Borneo
 
best ke weyh??  Mampukah Adnan Sempit 2 nie dapat menandingi Filem Adnan Sempit terdahulu?? sape nak ajJak aku tengok wayang nie?? hahaha (gelak jahat)



Adnan Sempit 2 merupakan skuel untuk filem Adnan Sempit yang pertama pada tahun 2010 yang lalu..Adnan Sempit 2 masih mengekalkan kesemua para pelakon yang sama tetapi diberi harapan baru oleh Pengarah Ismail 'BoB' Hashim .. Jika Adnan Sempit yang terdahulu arahan Ahmad Idham mampu membuat penonton ketawa bagai nak gila, untuk Adnan Sempit 2 ini pula mampu membuat penonton kehabisan stok ketawa untuk satu bulan.. Kalau mkan popcorn tu maun boleh dilempar nya sebab golak kuat2 sampai tak sedar diri..Semuanya habis digunakan ketika menonton filem ini..

Pendapat penonton tentang filem ini ;-

Tidak banyak yang berubah dengan watak selain watak yang sama spt yang dilihat dalam Adnan Sempit yang dulu..Lakonan Sam,Intan Ladyana,Yana Samsudin dan ramai lgi mampu lebih hebat mungkin kerana pengalaman yang telah mereka ada setelah terlibat di dalam banyak filem lain sebelum ni..

Filem ni memang dpt kami ketawa dri awal sampai habis .. Terus terang , memang non-stop ketawa.. Lepas satu,datang satu lagi lawak..Biar ada kalanya lawak yang dipaparkan agak merapu , tetapi ianya masih dpt diterima memandangkan filem Adnan Sempit 2 ini sememangnya sebuah filem komedi..

ok bai, mengarut jelah..g tengok sengsorang !

Bab Gosip ~> pinangan duda diterima DARA :)

hai readers , night ~

tiba-tiba membizi kan diri saje2 nak bergosip malam2 nie.. Best kan kalau tengok gambar orang kawin ni kan.. gatei.. jum!! ikuti kisah si dare terima pinangan dude yang still macho..Yusry ~ sebelum nie tewas dalam perkahwinan bersama Erra .. Mudah2an perkahwinan kali kedua ini kekal hingga ke akhir hayat khendaknya amin..

:: Lisa Surihani selesai lakukan adat sebelum kahwin Tarikh

 Sebelum majlis persandingan bakal diadakan pada 26 Februari nanti, Lisa Surihani sudah pun selamat melakukan aktiviti adat untuk perkahwinannya. Yang pertama sekali Lisa telah mandi bunga, kemudian malam berinai dan seterusnya khatam al Quran. Memang Lisa sungguh gembira dan teruja dengan suasana sebegini dengan di saat-saat akhir bergelar remaja dan menamatkan zaman bujangnya.





 Gambar Pernikahan Lisa Surihani, Yusry 

 sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.


Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.

 








Wednesday, 22 February 2012

rob :( not rob my heart :(


Assalammualaikum Wednesday ~

Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas,Allah memberi aku kelebihan untuk menaip satu persatu perkataan untuk aku jadikan satu cerita dalam sebuah entry aku ini,namun!Allah memberi aku satu ujian yak ini dugaan yang membuatkan aku terasa sangat keperitan yer..Satu persatu ujian yang aku hadapi,kenapa aku?Mungkin aku adalah insan yang terpilih pada 17hb Feb tersebut.

Penyeluk saku,percaya tak korang ? Mesti percaya yer, sebab aku salah seorang mangsa yer.Memang jadi kebiasaan setiap minggu aku akan balik ke kampung tapi minggu lepas lain dari yang lain.Dari Kuala Lumpur ke Seremban aku masih lagi bersama wallet aku.Tiba ke Seremban aku menunggu abg long sbb kami memang dah janji nak jumpe pada hari tersebut.Semasa menunggu aku sempat membeli air ‘twistter laici’ sebab kehausan petang itu. Abg long sempat bertanya’tak nak tidur rumah along ke?aku menjawab,tak pelah long,ikin nak balik terus’ memang benar takdir Allah, benda nak jadik, tak boleh nak putar balik masa kan? Semasa menunggu pintu bas City Liner buka , aku beratur,aku perasan belakang aku nie seorang lelaki tinggi berjaket hitam .. Mase tu memang ramai orang,lagipun pakcik bas nie akan buka pintu bas bila dah ramai orang bru nak buka, haiyooo ai!! Bila aku da duduk di seat, baru aku perasan yg handbag aku terbuka,dan wallet aku hilang..maun meroyan aku dibuatnyer.ke hulu ke hilir aku crik wallet aku,lantak pi lah dorang pandang aku..time tu aku sempat telefon mak,ckp cume sekejap aje, tak lame tu abg long col tnye ade kad atm ape dlm wallet aku tu, dia pon bg line number maybank , ambank untuk aku hubungi supaya akaun aku di block serta merta, aku sempat col maybank shj, sebab kredit aku habis. Time tu lah aku menangis .Perempuan kan? Menangis nie habit mereka kalau ade masalah,~ “Pada sape lah aku nak minta kredit nie? Puas aku fikir,aku RQ pada abg long tak boleh sbb dia pakai line, abg lang pun sama.aku nak minta pada someone pun aku rase keberatan . tak mengapalah. Aku dengan tak malunyer minta kredit pada seorang hamba Allah namun berlainan agama.Dia wanita India. Dia faham situasi aku.dia bg aku share kredit dengan dia namun ade pula kekangan yer sebab baki kredit beliau hanya RM1.35 so, aku tak dpt share.tapi,dia izinkan aku menggunakan handphone yer untuk aku hubungi mak lagi,.

Sedih kan?meroyan aku di dalam bas tersebut.tapi aku cuba pujuk hati aku,”aku redha dengan ketentuan ilahi,nasib baik aku kena pabila aku di kg. Kalau aku kena di KL,siapalah yang sudi bantu aku,?Laporan polis aku dah buat,Isnin dan Selasa aku EL untuk settlekan masalah aku,u know what.aku nasihatkan supaya korang asing2kan duit,dan kesilapan aku juga apabila aku letak buku akaun jugak di dalam wallet tersebut,mentang2lah wallet tersebut besar.semua benda nak masuk.. JANGAN!!! So, terpaksa lah saya settle kan satu persatu , pergi ke bank sana sini, penat tak terkata! Rindu yer ic muka darjah enam, tapi ic sekarang muka aku tembam gila…
arrrrhhh!!



Bila dah berlaku macam gini,aku macam dah trauma ar pulak nak jalan sengsorang,semalam pun semasa aku balik aku tunggu tren di kl sentral aku tengok ade lelaki aku dah terkejut tiba2. Sampai kat umah,aku tunggu lif di rumah aku pun ade seorang lelaki, aku pun dah takut.. sampai bila aku nak takut, sampai bila aku nak trauma ? pengalaman membuatkan aku lebih berhati-hati selepas ini.. insyaallah.

Malam semalam, bila aku dah selesai masalah. Dan bila otak aku dah refresh..aku dengan tak malu nyer menghubungi someone. Aku tanya beliau. “awk tak risaukan sy ke?” dia jawab, “awk yg celaka kan sy dulu,nak risau ape lagi?” sedih yer.. Dugaan lagi, it’s okey.. aku surrender !