Saturday 8 September 2012

aku kan pergi ~

Salam Syawal ;

Aku kan pergi ,
Dari dia kita datang dan kemungkinan dia akan ambil hak dia,
Sedih juga ;(

Lama aku mencari-cari tajuk lagu nie,
Lepas jer lagu ni dimainkan di kaca Tv waktu 'JOm HeBoh' terus aku tertanya-tanya tajuk lagu nie,
Yang aku tahu Black yang nyanyi,
Pagi tadi aku pergi beli sarapan acik kedai tu buka radio, lagu nie dikeudara..
Aku tanya wanie ape erk lagu nie?, tapi dia jawab entahlah wanie tak layan lah lagu rock2 nie,
Haiyooo!!
Mybe aku nie kategori wanita jiwang kot,
hihii..

Klik by klik aku search nama 'Black' dan klik pada 'pergi'
Rupanya tajuk lagu ni "TEMAN PENGGANTI"
Banyak maksud tersirat lagu nie,
Lepas aku dapat lagu nie,
Berulang kali aku mainkan,


Sebak ;( Amat mendalam, dan teramat Sebab dia nak sampaikan kalau dia pergi dulu Harap sang kekasih dapat mencari pengganti hmm,, ajal maut, rezeki,jodoh ditangan Allah s.w.t Kita hanya mampu merancang  


Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

4 comments:

  1. cm best je lagu ni yunk..xdgr lg tp lirik die aah la mmg mendlm..!!sodeh den..huhu..nk copy paste la lirik lagu ni ..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayg ain :- this song almost best yunk, sad :(

      Delete
  2. malique kan kena buatan org a.k.a santau laa...skg nie dye dgn fmly dye duk kat indon dah pasal berubat kat sane..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syg:- i dah bace yor private msg, minat sgt lagu2 dye.. wishing he good health and happiness life :)

      Delete