Monday 27 February 2012

; saya tak matang ; rupanya

Assalammualaikum ..

Alhamdulillah blog cik syikin nie masih bernafas lagi..My luv follower encik sott dah bertanya.. "ari nie ade entry baru tak" WOW!! tak sangka kan.. blog aku yang merapu menyayah nie pown ade orang menunggu2..alah! sebenarnya nanti hasil daripada cerita aku nie pasti dye akan sakat aku.. dye taknak komen kat blog aku..tapi dye akan komen secara sakat yer semasa menelefon aku..itulah keje dye..selagi aku tak mengeluarkan kata2 "amboi" .. "uh" nak2 lagi kalau time berjumpa.. kalau tak sakat aku memang tak sah.. dye tunggu aku menjeling tajam baru dye senyap.. Itulah encik sott, suka menyakat aku..[belum letak tajuk lagi nie, create jerk dulu cerita] sebenarnya 1st time update blog waktu malam nie,sebab kat opis xde internet.. mybe Parlimen x bayar bil kot..haha(gelak jahat) early morning aku sampai ofis aku rase panas sangat..aik? apasal pulak nie? rupanya floor by floor aircond rosak..tak satu satu.. tu pasal lah encik sott menunggu cerita aku.. hahaha.. mesti bangga kan kalau encik sott baca nie.. acecehh..

Hari nie Isnin kan? minggu yang ke berapa yerk? ishh month end February..Zuhur tadi aku ke surau , ramai kakak nie menegur aku..semua yer nak tahu cerita lebih lanjut pasal aku kene rob..(yelah kan seminggu aku cuti tak g ke surau,maklumlah ALLAH bagi aku cuti rehat) aku tanya mane tau nie..ramai kecoh.. poyoz jerk.. takdelah ramai sangat..mybe orang yang mengenali aku kot..tak sangka ade jugak orang yang masih menyayangi aku kan.. yang take care aku.. bila orang dah tanya , aku ape lagi . cerita bagai nak rak.. tak ingat aku nie di surau.. aku pikir di kedai kopi jer kan..aku nie pantang orang ajak borak,compom sumer cerita aku bukak,last2 sekali akk ni (kak wanie) tanya ape cerita dengan your future hubby?? kak!! umur kin muda lagi lah.. eahh,, ye ke kau muda ! umor kau berape kin? ikin baru 21, tue pown bulan sepuloh nie genap 21 kak.. lahhh!! akk ingat kau dah 2oan nak ke arah gerbang perkahwinan.. muka matured giler! tapi perangai tak matang2 lagi..kak!!! (aku jawab)


u know what dulu pun encik sott pernah cakap sy nie muka dah matang, tapi perangai tak matang.. kantoi ~! encik sott bercinta dengan gurl tak matang !! tapi bukan encik sott sorang jer yang kata ade seteng2 juge... mana tak yer bergaya sakan macam umor 25tahun, tapi rupanya umor 20tahun..BIARLAH ~!!


  1. Biarlah saya tak matang, asalkan saya menyahut seruan Illahi, dan akur akan larangan-Nya
  2. Biarlah saya tak matang, saya mampu membuat ukiran lengkung pada bibir yang dipandang indah oleh setiap orang.
  3. Biarlah saya tak matang, saya mampu membuat hati ini gembira dengan sendiri. SAYA TAK GILA ! 
  4. Biarlah saya tak matang, saya mampu buat orang lain ketawa riang. Walaupun hanya dengan lawak bodoh sekalipun. Indahkanlah kehidupan daripada kemurungan yang durjana.
  5. Biarlah saya tak matang, saya mampu untuk berfikir baik buruknya sesuatu dalam kehidupan seharian. 
  6. Biarlah saya tak matang, saya tak buang sampah merata tempat. Walaupun secebis plastik gula-gula.
  7. Biarlah saya tak matang, saya tidak memandang remeh terhadap orang-orang yang susah.
  8. Biarlah saya tak matang, saya tak malu bertanya pada orang yang lebih matang walaupun dia berumur lebih muda daripada saya. 
  9. Biarlah saya tak matang, saya tak tergilakan akan teruna, saya tergila nak kahwin. Saya pilih yang halal, awak tau? 
  10. Biarlah saya tak matang, saya tak mengeluh ikut perintah Allah. Saya mengeluh melihat hamba-Nya begitu senang meninggalkan perintah-Nya.
  11. Biarlah saya tak matang, makan nasi, berak dalam tandas, mandi,pergi sekolah, pergi kerja, akhir bulan dapat gaji. Banyak perkara awak yang matang pernah buat, saya pun pernah buat. 
  12. Biarlah saya tak matang, setidaknya tak ada yang pandang saya ni orang yang serius dengan muka ketat tak mesra alam.
  13. Biarlah saya tak matang, setidaknya saya mampu berkawan dengan golongan mana je pun saya suka. 
  14. Biarlah saya tak matang, hidup ni sekali je. Bukan iras muka sahaja yang menggambarkan kematangan orang kan?
  15. Biarlah saya tak matang, janji teman lelaki tu tetap saya ada. heEHEEEE =p
Kah kah, ini antara 15 perkara sy kongsikan. Biarlah apa orang nak kata.Maaf encik sott kalau kamu terkecik hati atas kata2 cik syikin yang kurang matang nie.. kih kih kih, Hidup ni kita belajar dari kesilapan, kita belajar juga dari kematangan dalam hidup. Sejauh mana matang kita ni pun, tetap masih perlu belajar. Ilmu ni takkan habis walaupun laut tu digunakan sebagai dakwat untuk tulis segala ilmu yang ada ke dalam buku. ;)

Saturday 25 February 2012

:: The First Man Prayed ::

Today is Saturday..actually setiap Sabtu aku jarang dok rumah k.Baru nie..Balik n9 takpun g Subang umah cousin , jejalan..tapi minggu nie agak berbeza pulak dari minggu2 sebelum ni..Baik yer anak dara sorang nie kan, tak kuar pun..duduk jer di k.Baru nie yerk..ingat lepak umah bujang nie aku dapatlah bangun lambat,tapi alhamdulillah tidak! mybe rutin harian aku sudah jadik kebiasaan bangun awal pagi,,(hai..nie comfirm lah mak mertua sayang! perasan pulak ~%)

Subuh sudah berlalu,aku pergi lah carik breakfast bersama housemate aku,pia..Kitorang makan ghoti canai jerk,aku memang suka kuah kari acik nie,kalau aku x balik kg comfirm aku akan teringat kat acik nie..tenkiu acik ghoti tanai.. memberi kepuasan perut aku,sampai la nie aku kekenyangan..Bab nie aku tak leh nak janji yang mak mertua nak syg o tak..sebab kesian kat anak teruna dia dpt bini yg x gheti masak.. hahaha.. ehhh!! cerita pasal bab kawin nie kan, interesting sgt pd sorang akak (housemate) yang bru jer jdik pengantin baru 3 minggu lepas,kiranya dye baru naik cuti lah dok kat sini,malangnyer dye masih duduk berasingan dengan hubby dye , mybe awal bulan 3 ni dye pindah lah..so,dapatlh duduk sama dengan hubby dye..aku nak tabik lah kt akk nie,after kawin, hobi dye bertukar iaitu memasak..wow!! amazing! pagi2 dye akan masak, petang nie nak jumpe hubby dye , dye sempat masak,masak , masak , n masak... tapi yang kelakar yer kan hari Rabu lepas dye try wat "sosej digulung dengan roti yang bersalut telur," tang nie aku tak leh bla gan akk nie.. dye terlupa nak masak sosej tu dulu, jadi. sosej tue mentah lah.. dye letak atas meja .. mybe nak buang sayang.. dye nak suh housemate lain makan,kak suzi memerli dye..amboi2 ko aina, sosej yg tak masak nie ko bg kitorang makan, yang masak cantek jer ko bagi laki ko makan, nanti kitorang sakit.. laki ko tak kene sakit .. haha... bagus kan, seorang isteri lebih pentingkan suami daripada kengkawan.. malas nak cerita banyak, lagipun sedang aku update entry aku sekarang kak aina tengah masak sup ayam, special for her hubby!! tengok aku nie ha! bukan nak masak! lazy2.. kih kih

Actually,selepas aku solat zuhur aku teringat pulak mase aku pergi ke Terengganu last year, aku sempat singgah ke Masjid Kristal, time tue kan seorang pemuda menegur aku.. borak2 punyer borak dia boleh tanya soalan pada aku.. nak tau tak ape soalanyer " dik,sy nk tnye..siapa manusia yang pertama solat Subuh??" ha? i'm speechless :$ pastu dye tanye lagi "siapa pulak manusia pertama yang solat asar?" ade lagi !! hati aku berbisik.. satu jawapan pun aku tak jawab,nak jawab Rasulullah macam tak logik.. alhamdulillah, hari ini dalam sejarah aku telah mendapat jawapan nya.. aku click blog by blog aku terjumpa.. syukur alhamdulillah.. boleh lah aku share dengan korang yer :-

siapa manusia tersebut? :~






SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat Pertama : Baginda bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam
Rakaat kedua : Baginda bersyukur kerana siang telah menjelma

ZOHOR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anak nya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama : Bersyukur bagi penebusan
Rakaat kedua : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga : Bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah
Rakaat keempat : Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas ( binatang ).

ASAR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang asar ialah Nabi Yunus a.s. iaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan nun

MAGHRIB
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan daripada kejahilan tersebut iaitu :

Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang Maha Esa
Rakat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang

ISYAK
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. , pada ketika itu Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : Dukacita terhadap isterinya
Rakaat kedua : Dukacita terhadap saudaranya Harun
Rakaat ketiga : Dukaita terhadap Firaun
Rakaat keempat : Dukacita terhadap anak firaun

p/s : lepas nie kalau ade org tnya soalan begini korang leh lah jwb dengan expert.. tak macam aku nie.. ok! check it out :P

Friday 24 February 2012

: Adnan Sempit 2 :

hai sekalian ;

sape minat tengok movie sila angkat tangan.. sore2 .. haha .. sengal lah ikin nie.. aku klik jerk Home ramai jugak pengguna facebooking nie update status pasal bru jer pas tengok movie Adnan Sempit pastu ramai bg A+ pada cerita nie ..ade yang tu update status ;
 -->   Bru lps lyn movie Adnan Sempit 2 at TGV S2 with En... (jelesnya) :(
-->   Adnan Sempit 2. . .  five star derr. .      * d'mana ada kemahuan, d'situ ada highway. . — at GSC 1Borneo
 
best ke weyh??  Mampukah Adnan Sempit 2 nie dapat menandingi Filem Adnan Sempit terdahulu?? sape nak ajJak aku tengok wayang nie?? hahaha (gelak jahat)



Adnan Sempit 2 merupakan skuel untuk filem Adnan Sempit yang pertama pada tahun 2010 yang lalu..Adnan Sempit 2 masih mengekalkan kesemua para pelakon yang sama tetapi diberi harapan baru oleh Pengarah Ismail 'BoB' Hashim .. Jika Adnan Sempit yang terdahulu arahan Ahmad Idham mampu membuat penonton ketawa bagai nak gila, untuk Adnan Sempit 2 ini pula mampu membuat penonton kehabisan stok ketawa untuk satu bulan.. Kalau mkan popcorn tu maun boleh dilempar nya sebab golak kuat2 sampai tak sedar diri..Semuanya habis digunakan ketika menonton filem ini..

Pendapat penonton tentang filem ini ;-

Tidak banyak yang berubah dengan watak selain watak yang sama spt yang dilihat dalam Adnan Sempit yang dulu..Lakonan Sam,Intan Ladyana,Yana Samsudin dan ramai lgi mampu lebih hebat mungkin kerana pengalaman yang telah mereka ada setelah terlibat di dalam banyak filem lain sebelum ni..

Filem ni memang dpt kami ketawa dri awal sampai habis .. Terus terang , memang non-stop ketawa.. Lepas satu,datang satu lagi lawak..Biar ada kalanya lawak yang dipaparkan agak merapu , tetapi ianya masih dpt diterima memandangkan filem Adnan Sempit 2 ini sememangnya sebuah filem komedi..

ok bai, mengarut jelah..g tengok sengsorang !

Bab Gosip ~> pinangan duda diterima DARA :)

hai readers , night ~

tiba-tiba membizi kan diri saje2 nak bergosip malam2 nie.. Best kan kalau tengok gambar orang kawin ni kan.. gatei.. jum!! ikuti kisah si dare terima pinangan dude yang still macho..Yusry ~ sebelum nie tewas dalam perkahwinan bersama Erra .. Mudah2an perkahwinan kali kedua ini kekal hingga ke akhir hayat khendaknya amin..

:: Lisa Surihani selesai lakukan adat sebelum kahwin Tarikh

 Sebelum majlis persandingan bakal diadakan pada 26 Februari nanti, Lisa Surihani sudah pun selamat melakukan aktiviti adat untuk perkahwinannya. Yang pertama sekali Lisa telah mandi bunga, kemudian malam berinai dan seterusnya khatam al Quran. Memang Lisa sungguh gembira dan teruja dengan suasana sebegini dengan di saat-saat akhir bergelar remaja dan menamatkan zaman bujangnya.





 Gambar Pernikahan Lisa Surihani, Yusry 

 sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.


Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.

 








Wednesday 22 February 2012

rob :( not rob my heart :(


Assalammualaikum Wednesday ~

Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas,Allah memberi aku kelebihan untuk menaip satu persatu perkataan untuk aku jadikan satu cerita dalam sebuah entry aku ini,namun!Allah memberi aku satu ujian yak ini dugaan yang membuatkan aku terasa sangat keperitan yer..Satu persatu ujian yang aku hadapi,kenapa aku?Mungkin aku adalah insan yang terpilih pada 17hb Feb tersebut.

Penyeluk saku,percaya tak korang ? Mesti percaya yer, sebab aku salah seorang mangsa yer.Memang jadi kebiasaan setiap minggu aku akan balik ke kampung tapi minggu lepas lain dari yang lain.Dari Kuala Lumpur ke Seremban aku masih lagi bersama wallet aku.Tiba ke Seremban aku menunggu abg long sbb kami memang dah janji nak jumpe pada hari tersebut.Semasa menunggu aku sempat membeli air ‘twistter laici’ sebab kehausan petang itu. Abg long sempat bertanya’tak nak tidur rumah along ke?aku menjawab,tak pelah long,ikin nak balik terus’ memang benar takdir Allah, benda nak jadik, tak boleh nak putar balik masa kan? Semasa menunggu pintu bas City Liner buka , aku beratur,aku perasan belakang aku nie seorang lelaki tinggi berjaket hitam .. Mase tu memang ramai orang,lagipun pakcik bas nie akan buka pintu bas bila dah ramai orang bru nak buka, haiyooo ai!! Bila aku da duduk di seat, baru aku perasan yg handbag aku terbuka,dan wallet aku hilang..maun meroyan aku dibuatnyer.ke hulu ke hilir aku crik wallet aku,lantak pi lah dorang pandang aku..time tu aku sempat telefon mak,ckp cume sekejap aje, tak lame tu abg long col tnye ade kad atm ape dlm wallet aku tu, dia pon bg line number maybank , ambank untuk aku hubungi supaya akaun aku di block serta merta, aku sempat col maybank shj, sebab kredit aku habis. Time tu lah aku menangis .Perempuan kan? Menangis nie habit mereka kalau ade masalah,~ “Pada sape lah aku nak minta kredit nie? Puas aku fikir,aku RQ pada abg long tak boleh sbb dia pakai line, abg lang pun sama.aku nak minta pada someone pun aku rase keberatan . tak mengapalah. Aku dengan tak malunyer minta kredit pada seorang hamba Allah namun berlainan agama.Dia wanita India. Dia faham situasi aku.dia bg aku share kredit dengan dia namun ade pula kekangan yer sebab baki kredit beliau hanya RM1.35 so, aku tak dpt share.tapi,dia izinkan aku menggunakan handphone yer untuk aku hubungi mak lagi,.

Sedih kan?meroyan aku di dalam bas tersebut.tapi aku cuba pujuk hati aku,”aku redha dengan ketentuan ilahi,nasib baik aku kena pabila aku di kg. Kalau aku kena di KL,siapalah yang sudi bantu aku,?Laporan polis aku dah buat,Isnin dan Selasa aku EL untuk settlekan masalah aku,u know what.aku nasihatkan supaya korang asing2kan duit,dan kesilapan aku juga apabila aku letak buku akaun jugak di dalam wallet tersebut,mentang2lah wallet tersebut besar.semua benda nak masuk.. JANGAN!!! So, terpaksa lah saya settle kan satu persatu , pergi ke bank sana sini, penat tak terkata! Rindu yer ic muka darjah enam, tapi ic sekarang muka aku tembam gila…
arrrrhhh!!



Bila dah berlaku macam gini,aku macam dah trauma ar pulak nak jalan sengsorang,semalam pun semasa aku balik aku tunggu tren di kl sentral aku tengok ade lelaki aku dah terkejut tiba2. Sampai kat umah,aku tunggu lif di rumah aku pun ade seorang lelaki, aku pun dah takut.. sampai bila aku nak takut, sampai bila aku nak trauma ? pengalaman membuatkan aku lebih berhati-hati selepas ini.. insyaallah.

Malam semalam, bila aku dah selesai masalah. Dan bila otak aku dah refresh..aku dengan tak malu nyer menghubungi someone. Aku tanya beliau. “awk tak risaukan sy ke?” dia jawab, “awk yg celaka kan sy dulu,nak risau ape lagi?” sedih yer.. Dugaan lagi, it’s okey.. aku surrender !   





Friday 17 February 2012

~ semalam ~


Semalam.. 
Bukan hari ini yea.. eah nie bukan nak bermadah, nak wat ayat bunga-bunga .. tapi nak share cerita pasal event aku hari semalam.. senang cerita lah kan aktiviti aku semalam dari pagi hingga lah tengah malam … Syukur Alhamdulillah aku masih bernafas di Bumi ini dengan diizinkan oleh Allah.. semalam aku tak sepenuhnya on9 sebab dari pagi aku berkursus di Jabatan Perdana Menteri(JPM) yang bertajuk Pemantapan Diri Dan Keutuhan Peribadi  “Bijak Wang”… wahh! Lepas nie aku boleyh lah bijak menggunakan wang kan… habis kursus pun lambat jugak hampir petang .. tersungguk2 aku dengar ceramah dari pagi hingga petang… alahai.. minah nie kojo eakau tido yolah(ngumpat hati aku)…Balik daripada kursus aku tak balik ikut bas Parlimen bersama mereka .. tapi aku tunggu my cousin.. lepak2 makan kat tepi tasik Putrajaya.. Best jugak lepak kat situ… kalau dating mesti best kot.. arghhh kau!! Dating yolah yang kau tau!! Ermm, malas lah cter2 pasal date2 jiwang jiwong nie… frustrated !!

Aku sampai kl pown dah maghrib.. time tu lah aku bizi .. itu ini aku buat.. after solat maghrib aku bace surah yassin .. tak lame kemudian salah seorang housemate aku ketuk pintu bilik beritahu ade org (gurl) nak tengok bilik yang available for next month.. Aku pun sempat berkenalan sekejap.. yelah kan.. takkanlah kiter nak wat dekk pulak.. nanti terasa pulak guest tersebutnanti dia kata aku sombong pulak.. borak punyer borak .. member umah aku (nida) mengajak aku ke Masjid Jamek … ha… tang nie korang jangan salah faham pulak yer.. aku bukan nak shopping… pagi tadi kan baru jer dengar ceramah bab “BIJAK WANG” tak kan lah aku nak berdegil kan.. nanti xde orang sayang kang.. hahaha.. merepek pulak! Actually aku ke Masjid Jamek tu dengan niat dan hati yang suci sebagai sukarelawan ‘volunteer’ untuk membantu orang-orang jalanan di sekitar ibu kota raya… macam mane aku nak terang kan yerk? Korang pernah tengok kan pengemis , orang jalanan.. orang yang tidur di kaki-kaki lima tue? Pernah kan? Tapi korang pernah tak terfikir nak membantu mereka.. kalau bantu pun boleh derma dalam seringgit hingga ke sepuluh ringgit.. tapi kalau RM 50 tue.. mesti pkir dua tiga kali… nauzubillah… Sebenar nya nida my lovely housemate nie dah lama ajak aku join.. tapi aku nie jer lom sampai seru.. event nie cuma malam Jumaat dan Sabtu jerk.. so,, bila malam jumaat aku dengan alasan nak tido awal , nak kemas baju lah sebab esok aku nak balik kg.. tapi malam semalam mybe Allah bagi aku sinar kut.. sebab tue aku join…hehehe…

Tiba aku di Masjid Jamek.. aku speechlees bcoz.. ramai sangat orang sedang tunggu makanan yang akan diberi oleh warga sukarelawan ini…Mereka hamba Allah.. beza nya.. mereka tak de tempat tinggal… Itu lah kan.. kite selalu merunggut susah.. tapi pernah tak kite terfikir orang lain lebih susah daripada kita.. at least kiter boleh tido berselimutkan comforter tapi mereka?? tido beralaskan kotak…Kita boleh makan ayam hari2.. tapi mereka? Nak makan pun susah… kasihan.. ini dah tak kira kaum ape… agama ape..  tua o muda sama sahaja… Di sini aku dapat belajar mengenali ramai orang..perangai orang… share problem orang.. tak sanggup aku kalau lah salah sorang daripada mereka adalah datang nya daripada salasilah keluarga aku sendiri.. Subhanallah… sad !! indeed !!

Pukul 10:30 makanan diberikan oleh kami… mereka que baik-baik aje.. ade abg tu suruh aku hantarkan makanan pada auntie India tue.. dia tak larat nak bangun.. aku pun hantar.. sempat aku share cter dengan dia.. dia ckp anak dia buang dia… anak auntie nie belikan tiket tren  
dari Ipoh bersama auntie… tapi bila dah pagi auntie tue bangun tengok2 anak dia dah takde.. time tue auntie di Stesen Kuala Lumpur .. auntie tak tau nak g mane, auntie mandi di toilet stesen tersebut lepas tue auntie tolong-tolong basuh … Staff di situ pun boleh terima kehadiran auntie… kasihan kan?? Sanggup seorang anak buang ibu…  Ade jugak bapok kot… tapi dah x bapok sangat… bisik aku…mybe dorang nie dah tak laku kot..sebab dah tua..ishhh mandai jer aku nie… bisik aku lah..just nak beritahu korang..dan lagi satu pulak pasal seorang ibu membawa dua orang anak.. lelaki dan perempuan..Yang lelaki nama nye Saddam perempuan Aisyah kot… Subhanallah… sangat2 bijak korang nak tau tak.. cakap punyelah pandai.. itu kelebihan mereka kan.. aku sangat terharu… sungguh kecil nya hati aku ini bila tengok mereka… jap2 tengah emo nie.. nak kesat air mata sat… sob sob sob :(

p/s : gambar aku tak banyak tangkap sebab bizi membantu kan…



:: u'll know staff Parlimen sampai lambat so, auditorium nie full aku terpaksa lah duduk depan kenalah mendongak.. like cinema cuma bezanya cinema dah cop seat number right.. tapi kat sini takde.. alamatnya aku kena lah mendongak yerk ::


:: Makanan yang dimasak oleh 'volunteer' at 10:30pm .. after this 11:30pm makanan daripada pihak Jawi sponsor ::


:: Lihatlah, mereka aktif macam kanak-kanak lain, bezanya situasi mereka.. walaupun ibu yer sedang berebut untuk mengambil makanan tapi anak2 yer tak lupa pun membawa buku, pensil warna, untuk membuat kerja yang berfaedah..semoga mereka dapat mengubah nasib ibu bapa mereka .. amin. ::


Wednesday 15 February 2012

:: pOt Luck On Wednesday ::

Hai dear readers...

Bila dah hujung-hujung nie alamat nya makan pun dah tak lalu.. Pergi berjalan pun just hidu2 tapi tak beli.. Korang mesti tau2 kan ape maksud tersirat aku sebenar nya.. malas nak cakap lelebih.. nanti kantoi ar.. Bagi golongan yang bekerja macam aku nie mesti dah merasa susah senang.. Tapi kalau senang sesangat takut lupa pulak daratan.. kiranya cukup-cukup makan lah yer... okey lah di sini aku nak share satu cerita di pagi yang mulia ini.. Cadangan geng aku di ofis ni dari semalam lagi.. diorang nak masak nasik lemak..alahaii..bertambah naik lah jisim berat aku!! so, sorang2 kene lah bawak satu-persatu makanan.. kiranya masing2 ada tugas yelah.. siapa yang masak nasik yer.. masak lauk yer.. korang jangan tanya aku masak lauk ape yer.. sebab kalau aku masak .. alahai... sape lah yang sudi nak makan masakan aku nie.. u'll know awal-awal lagi aku dah surrender tak nak bawak lauk.. alih2 akk ofis aku suruh aku bawak timun jerk... itu pun dia dah bg warning kalau ko tak bawak timun siap ko!! hahaha... aku pun melawak.. kak,, timun tu ape? cucumber ikin tau lah~!! lalalala....

Semalam lepas aku balik dari ofis sempat lagi tu aku ke SOGO .. acecehhh... macam orang kaya shopping di SOGO... eahh?? ok what! shopping di SOGO ... kalau aku shopping di COLD Storage kang,Pavilion ke semata2 beli cucumber lagi korang mengumpat kang... hahaha.. sajer melawak.. sebenarnya aku g SOGO tu sebab dekat.. lagipun coaster Parlimen drop staff ke KL Sentral dan Masjid Jamek so alang2 tu aku ke SOGO lah beli barang sikit .. takpelah... kalau aku nak Chow Kit nak naik ape kan.. tak kan nak jalan sengsorang.. bahaya2... so.. tak mengapalah mahal sikit...

Bila dah sampai SOGO barang utama sebenarnya nak beli ialah 'cucumber' tapi bila dah ambil 'cucumber' aku terpandang junkfood , biscuit , itu ini ,, tang tu lah terfikir kena beli shower mandian, perfume cupboard lah.. teringat pulak mak ade pesan jangan lupa sebelum maghrib tu sembur lah ridset , so aku pun ambil lah 'Ridset' .. dah two item...and then.. aku berbisik lagi.. takkanlah nak bawak timun je nie..terpegang pulak 'chicken coctail sosej mushroom' .. wow!! sedapnya.. aku nak ambik lah, dia ade 3 perasa 'mushroom,cheese and blackpaper' selalu nyer aku akan ambik cheese tapi semalam aku ambik lah mushroom.. nak rase plak yang lain...another item aku nak rahsia kan daripada korang ... mesti korang cakap aku nie boros kan.. Ya ampun bukkk!!! tulah pompan.. kalau abah lah jalan gan aku tak de makna abah nak tunggu anak pompan dia nie...dah lah suka melencong...ahakzz... kantoi

Early morning aku bangun.. aku kunci jam pukul 6am pastu tiba2 aku terjaga pukul 5:07am .. teringat pulak cocktail sosej tu nak bawak ke ofis pagi nie.. aku dengan pantas yer bangun terus rebus sosej tersebut... punyer pemalas yer anak dare nie... hello... sosej yang cheese tue pun sedap kalau rebus tau sebab bila gigit sosej tu dapat lah nikmati cheese yer.. tapi mushroom nie pun okey jugak kalau rebus.. lagipun minyak2 nie tak elok.. hahaha... cholesterol !!!

jum! makan .. Lapar nie ~!






pssttt... bye dear frend... ^_*

Monday 13 February 2012

~ bicara hati sang wanita ~

Sekeras-keras hati seorang wanita itu jika di belai di tatang nye pasti akan cair.. Seumpama bunga yang segar datangnya dari sebuah taman yang dijaga baik... Disiram setiap pagi dan dibaja bila sampai waktunya. Bunga itu juga diberikan cahaya matahari yang secukupnya, tidak terlalu terik dan tidak kurang. Pendek kata dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Bunga apabila dijaga dengan baik, ia akan bertambah. Dari sekuntum menjadi dua kuntum bunganya dan bertambah mekar setiap hari. Walaupun sekuntum sudah layu, namun akan mekar kuntuman yang lain pada sepohon bunga yang sama.

Bunga yang tidak dijaga dengan baik... Tidak disiram... Tidak dibaja.. Pasti akan layu bunganya dan berkemungkinan pokoknya pasti akan mati suatu hari nanti. Bunganya yang mekar seketika menjadi sia-sia dan dibiarkan layu begitu sahaja. Sungguh menyedihkan bukan?

Inilah yang sering berlaku dalam kehidupan kita. Ada masanya kita akan bertemu dengan bunga yang dijaga dengan rapi dan ada kalanya kita bertemu dengan bunga yang hampir layu kekeringan. Apa yang mampu kita lakukan? Semuanya atas pilihan kita sendiri. Tangan dan hati kita yang menjaganya. Andai tidak mampu, usah ditanam bunga itu...

Dalam hati ada taman...itu semua nya mimpi yang MATI ~


Friday 10 February 2012

:: Bahagia atas Riba ::

Dear Readers

Mohon maaf sebab lambat pulak hari ni update entry..selalunya pagi2 dah update..al-maklumlah orang masih belum ada berukband...kalau dulu kat rumah ade wifi, tapi wifi curikkk...ha! kantoi..bukan , jujur seyh sebab umah aku tu dekat dengan unikl,utm,mesti dowang punyer..dowang pun satu! apsal private kan..hahaha.... ape2 jelah ko nie kin oi!!...Sebenarnya hajat di hati nie tengah mengedixx tahap gaban.. mybe gatei sebab jeles tengok orang lain dah ade 'suami' ... upppsss!!! okey lah nak di jadikan cerita aku berminat sangat bace artikel di Harian Metro di pagi Jumaat nie yang bertajuk "Bahagia Atas Riba" ... nak tahu tak siapa gerangan suami mithali tersebut..? Semestinya Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat.. Pada lelaki di luar sana jadilah suami yang boleh membahagiakan seorang wanita yang bernama isteri...aceceehh... hei!! sape yang taknak bahagia beb! semua orang nak kan kebahagiaan tapi , sikap tolak ansur tu lah kene main kan yer.. (cakap macam orang dah berpengalaman jerk dlm hal umah tangga ni) yelah2 aku taknak cakap banyak tapi aku nak share kisah Datuk Nik Aziz nie kepada korang..


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sering tidur di riba isterinya setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian itu adalah rahsia kebahagiaan rumah tangga beliau..[sweet kan] nak ke?? hahaha


Menurut beliau, walaupun kadangkala pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi, isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merungut dan sebaik meletakkan kepala di riba isterinya, semua masalah yang semak dalam benak seperti hilang begitu saja. [kalau diamalkan yang tua pun boleh jadik muda]


Beliau juga berselawat ke atas nabi sebanyak 41 kali setiap hari dan isteri perlu bersabar serta diam setiap kali melihat suami marah.[ amacam kin?? ko boleh ke jadik macam bini eah tak.. ko nak laki yo sempurna kan.. Ko tue dulu yang patut sempurna dulu .. tapi??? tapi ape?? tapi aku ni loklak sikit , suka membidas cakap.."Ya Allah,mudah2an kau dapat lembutkan hati aku untuk menghormati bakal suami ku" walawehhh..... hebat tak? poyoss jer lebih ]

Suami juga perlu menjaga kebajikan makan minum dan tempat tinggal keluarga, selalu membaca al-Quran serta sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak..[ha, tang nie tugas suami k .. Semoga si suami dapat menunaikan kewajipan dia dengan terbaik.. yang paling penting niat dalam perkahwinan adalah untuk mengkasihankan seorang wanita yang lemah bukan kerana nafsu semata2..nafsu2 jugak, nafsu nie ada dua iaitu zahir dan batin.. kalau boleh dua2 mestilah ada yer.. renung-renungkan selamat beramal...amacam?? boleh jadik ustazah Asyikin tak? haha


I'm a decent picture .. double kredit :%


Thursday 9 February 2012

:: pengalaman yang membangkitkan senyuman aku ::



assalammualaikum..

kringg kringg..hello Nurul Asyikin ade? Ye saya bercakap.. dik.. boleh masuk kerja tak minggu depan ? kalau adik terima adik datang pukul 10am yer (terdiam) encik , nanti saya fikirkan dulu yer… baiklah.. (maknanyer interview aku berjaya) aku bergegas mendapatkan abah dan mak.. mak,ikin dapat lah kerja 7e .. abah tak kisah tp mak berkata abg aku tak bagi hanya kerana aku seorang perempuan tak boleh kerja waktu malam..tapi, kerana sikap degil aku, aku tetap nak bekerja jugak..

14Jan2009 :- Assalammualaikum,saya staff baru.. owh ..tunggu yer,saya panggil boss..seorang lelaki yang agak sasa mendekati aku..syikin yer , yup.! Saya Store Manager di sini , panggil saya abg man ok! baiklah abg man.. mari.. saya kenalkan satu persatu tentang stor nie dan kengkawan yang lain yer..

Satu hari aku bekerja…aku pemalu di khalayak ,sombong pun ade jugak..nak2 lagi kalau bujang2 datang mintak rokok..oii…aku mane lah kenal rokok jang oii.. ko lak main2 kan aku..sekejap mintak dunhill,pastu tukar plak Marlboro …mentang2 lah kat tag aku tulis (Traineer) nakal betul lah,,jeling , bengis aku da dtg..aku ada member kamcing ..uit..tira.. ajar aku ha… aku tak kenal lah rokok.. ok.. aku ajar ko yer.. satu persatu dia ajar aku kenal rokok.mane tak yer kalau Dunhill,bukan satu jer, Dunhill Light,Dunhill Menthol,Marlboro Light,Marlboro Menthol,haiyoo..poning2..dan aku sudah expert…seronok yer ~! lepas nie dapat lah memenuhi kehendak pelanggan..








Seminggu aku di store #871 Seri Jempol .. kami adakan meeting dan gotong royong.. abg man sempat pesan pada aku.. syikin:- abg dengar ko ada marah customer yer..ingat yer..ikin belum confirm lagi..jangan cepat buat hal..nanti ikin diberhentikan..walau macam mane sekali pon customer tu..syikin kene senyum..(dalam ati) ai,, sape plak lah yang mengadu kat boss nie.. it’s ok.. pengalaman mengajar aku juga…

Dua bulan kemudian..aku pergi exam..(ai,,7e pown ada exam jugak ke) haiyoo ia… alhamdulillah ku lulus..sebab boss cakap kalau tak lulus kene pergi lagi ke Seremban (TTJ) sampai la lulus baru boleh confirm..tak lama kemudian aku dapat surat confirm…yeahh,,,lepas nie boleh lah marah2 jeling customer..hahahaha… tapi sebenar nya senyuman tu lah yang membuatkan hati kita tenang, walau macam mane sekali pun kita ada masalah kita kene jugak senyum…

Enam bulan kemudian aku mendapat boss baru plak,abg man ditukarkan ke store Batu Kikir..tang boss nie kelakar ar plak..sebelum boss tu masuk ramai orang ckp dia lelaki tapi suara dia lembut macam perempuan…(aik?) pelik sungguh…mesti dia nie cerewet kan.. mesti suka membebel kan..aduhh.. keluh aku… korang nak tau..tak kenal maka tak cinta.. dialah boss yang terbaik tau tak.. dia tak kesah kalau staff dia mengadu takde duit, tak cukup duit,yang penting don’t steal!!! Aku nie lah budak yang paling muda sekali di stor tersebut dan aku jugak pemanja dengan boss(mama Ibrahim) selalu ikut dia pergi bank in kan duit sale di Bank Rakyat .. lunch time pasti dia belanja aku makan rojak di bahau kalau aku nampak dia pun aku tetap suruh boss aku belanja tak kisah lah apa2..walaupun sebotol air..nak hilangkan haus kat tekak..hahaha.... teringat2 seyh… mana nak boleh lupe..

Lapan bulan kemudian..aku masih di sini....kengkawan yang lain sibuk masuk u sana kolej sini institute situ tapi aku tetap bekerja.. mana tak yer ada jer dugaan aku..time kemasukan pelajar di Politeknik aku tak dapat hadirkan diri disebabkan aku masuk hospital kerana penyakit denggi,nak masuk Kolej kejururawatan masih ada kekangan yer..aku tak putus asa..aku masih berdoa supaya masa depan aku cerah..yelah kan,,orang lain seronok beraya aku bekerja..orang lain dapat tidur dengan nyeyak aku bekerja jikalau aku nite shift…haiyooo … mood bekerja da kurang lh… mybe jiwa aku muda kot.. tu pasal aku malas da nak bekerja..takpelah.. u know what.. kalau aku kerja malam aku suka wat perangai.. time customer xde,aku tido..pastu lepak kat luar borak2 lah dengan sesape … itulah aku.. agak2 dah teruk nanti aku dibebel oleyh mama Ibrahim(boss) … syyyyyikiiinn~~~ kamu punyer shelving dah berabuk..saya jumpe gula2 yang dah abis tarikh luput nye..  hai.. melepak jer kerje yer..




Aduhhh… penatlah menceloteh.. masam2 manis aku di 7e.. tapi banyak yang manis nyer daripada masam..hahaha…k lah korang… actually kalau kita di mana2 .. senyum tu yang penting k..agak nyer kalau aku tak kerja 7e .. macam mane lah aku nak berhadapan dengan orang2 besar di ofis aku (Parlimen) tapi setiap yang terjadi tu ada hikmah yer..baik tu datang yer drpd Allah.. yang buruk tue mungkin drpd kesilapan aku sendiri...

Salam sayang u’ll


Wednesday 8 February 2012

:: Typical orang Melayu tak boleh tgok orang lain senang ::


Salam cinta ,

Kak teh : “syikin, balik cepat..mak sakit”
Abg lang: “ abg, amik ko di kelumpur hari nie,mak sakit”
(copy paste mesej daripada handphone)

Bukan ke semalam baru jer aku borak dengan mak, tapi ku malas nak tanya lelebih ..
Abg dan aku buat keputusan untuk pujuk mak supaya pergi ke hospital,tangan dan kaki mak bengkak2..
Puas pujuk mak.. tapi mak tetap dengan pendirian dia tak nak pergi ke hospital..Abg long pulak syorkan untuk berubat secara tradisional…Tidur satu malam di rumah abg long , Senawang..
Tak sangka !! Tuan Haji tersebut menyatakan bahawa mak telah diganggu..ade orang yang dengki dengan kebahagiaan keluarga aku.. 

Itulah yang berkaitan dengan entry aku pagi nie~! 

Sifat hasad dengki ni memang dah tak boleh lari dengan manusia. Kau, dia, mereka dan aku juga ada hasad dengki tetapi bergantung pada diri sendiri untuk mengawalnya. Kau jangan tipu kalau kau kata kau tak pernah langsung dengki dekat orang.

Tapi bila hasad dengki diikuti dengan perbuatan sihir menyihir ni. Main kotor nampak?? Main pakai bomoh-bomoh ni untuk menjahanamkan orang lain??? Uish dah fikir panjang ke??

Benda ni wujud. Jangan ingat zaman moden dh tak ada. Boleh kata zaman ni lagi dasyat..Sebelum ni pun aku dengar daripada mulut orang lain..tapi aku endah tak endah tapi bila berlaku pada famili sendiri aku rasa geram..nak penyepak aku tak kuat..nak report kat polis aku tak ada bukti yang kukuh..tak salah kan kalau  kita  teraniaya, ALLAH bagi jaminan, doa kita  akan makbul..
sekarang ni kita ada dua pilihan..

1)doakan keburukan orang yang menganiaya
2)doakan kebaikan bagi kita dan ibu bapa serta saudara mara

mana satu kita patut ambil?
kalau ada jawapan bagi soalan di atas, itu la yang perlu kita lakukan..

aku bagi satu contoh yang mudah. bila kita dapat tahu salah sorang famili kita nak2 lagi orang yang aku sayang sudah teraniaya. doa kita makbul. apa doa terbaik pada aku? doa terbaik pada aku ketika ini adalah supaya ALLAH beri pembalasan pada orang tersebut. kenapa aku rasa itu doa terbaik? sebab kezaliman orang tersebut melibatkan famili sendiri..
hal ini , adalah lebih utama..

kes kedua, kita kena pukul atau kena maki dengan seorang yang lain. katakan kita doakan keburukan dia. dia terkena bala ALLAH. adakah itu menguntungkan kita?
pada aku tidak. hati kita mungkin puas, tapi dari segi faedah, tiada yang kita peroleh.
tapi kalau kita doakan kehidupan kita dan keluarga terdekat beroleh sejahtera, diampunkan semua dosa, dimurahkan rezeki dan sebagainya, itu lebih bermanfaat. ALLAH sehaja lebih mengetahui..

tapi kita perlu tahu, doa termakbul bukan bermakna doa itu ALLAH penuhi secara cash. dia ada 3 keadaan makbul

1) ALLAH perkenankan doa kita
2) ALLAH tak perkenan doa kita, tapi berikan balasan lebih lewat tapi lebih baik
3) ALLAH permudahkan di hari akhirat kelak untuk beroleh syurga

maaf kalau aku kata2 aku ni silap….


Friday 3 February 2012

:: Lupakan Kesalahan Orang Lain Yang Menyakitkan Hati Kita ::

Salam Friday ..






Memberi maaf memang mudah tapi nak melupakan habis apa yang orang dah buat pada kita seolah-olah tiada apa-apa, itu agak mencabar.
Aku tak suka kata susah, aku memilih untuk kata ‘mencabar‘ sebab perkatan tue lebih positif. Menyebut perkataan ‘susah‘ membuat kita terdorong untuk berfikiran negatif kerana bunyi perkataan tue agak negatif.
Dah jadi lumrah agak mencabar melupakan perangai orang yang menyakitkan hati kita. Tapi, jika Kita nak berjaya, nak menjadi orang hebat dalam bidang Kita sekarang ni dan Kita betul-betul nak berubah, Kita kena melatih diri untuk melupakan kesalahan orang.

Cemana nak melupakan?


Pertama: Tutup cerita lama, buka cerita baru.

Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.
Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalau diingat selalu.

Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.

Kedua: Anggap setiap hari adalah hari yang baru dan tiada kaitan langsung dengan hari-hari buruk yang dah berlalu.

Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.
Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalau macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita.

Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.
tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.

Ketiga: Pendirian mesti mau kuat, fikiran kena matang.

Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, Kita kena kawal emosi.

Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.

Thursday 2 February 2012

uwarrr ~!!! sakit tekak


hye selamat pagi , aik tengah hari sudeh ~!

semalam cuti ' Hari Wilayah' namun tekak ni terasa sesangat sakit...macam tau2 jer kan public holiday , tekak pown nak cuti ea...batuk kurang syukur alhamdulillah..tapi apa pasal lah aku tak mencegah yer awal2..aku makan junkfood , ice cream, puding senang cter bende yang tak boleyh tue lah aku makan, degil yer kamu!!! hahahaha...dari malam semalam aku tak boleh tidur sebab kahak keluar tak berhenti2 , dua tiga kali ke sink untuk buang.. alahai Nurul Asyikin oiii.. kasihan sungguh...

Pagi Khamis yang mulia aku bangun terasa kurang sikit daripada semalam.. mybe kahak2 tersebut dah pergi tak nak bersama dengan aku lagi.. alhamdulillah...Tapi pagi tadi aku sempat singgah ke seven eleven untuk beli air asam jawa.. urhhhmmmm ... masam bangat seyh!!

Depan seven eleven nie ade McD  ikutkan hati nak bertukar arah pergi McD beli ice cream..hahaha.. macam mane nak baik .. tapi korang jangan ikut tau..ikutlah petua nie :-

Petua pertama yang aku dapat dari Google. Guna asam jawa. Perah dalam air .. kemudian minum. Nak taruk gula atau bahan manis .. ikut suka hati korang la. Janji .. jangan manis sangat. Nanti sakit lain pula yang datang.

Yang kedua .. guna asam keping. Ambil beberapa keping asam gelugur, kemudian bakar hingga hangus. Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insya Allah .. sakit tekak anda akan cepat sembuh. Emm .. yang nie,aku susah sikit nak ikut. Kalau setakat asam keping tu .. boleh la cari kat dapur. Tapi yang bab air sirih tu .. mana la nak cari malam2 buta nie. Kalau kat kampung .. lain la.




yeahh.. hari nie dapatlah nyanyi jerit2 ikut suara kakak ning .. selamat membaca kengkawan :)

:: sekadar mencintai , Oh ! tidak



dear readers..

pengalaman memberikan satu pengajaran yang berharga bahawa apabila kite bersama seseorang..pastikan kita bersama dengan orang yg benar2 mencintai kita bukan dengan orang yang sekadar2 mencintai kita..

orang yang benar2 mencintai kita dan orang yang hanya sekadar2 sahaja mencintai kita..

bezanya...

awk..saya sakit..dah 3 hari tak bangun..

A: owh siannya kat awk syg..jaga diri baek2 tau..risau..

B: Ya Allah..awk dah g klinik blom?awk nanti saya g amik awk hantar awk pergi klinik k..nanti sy dtg bawak ubat skali..

awk..saya stuck kat tengah jln ni..kete tiba2 rosak lak..

A: awk nih camne sampai tak leh check dulu..cuba awk try tengok kot2
ade org nk mintak tolong..tengok ade tak bengkel yg dekat2..

B: awk kat mana ni?hiss bahaya la awk sorang2 kat tgh jln..sy datang sekarang!

Awk..saya sedih sangat(crying)..asyik kene marah je dgn bos..saya stess sgt..down giler..bleh tak awk happykn sy sekejap??

A: awk sy busy ni..nanti2lah k..awk ni asyik nangis je..sabar la syg..jgn ikut emosi sangat please..

B: sy busy ni syg..tp sy janji after saya siap kerja..sy pick up awk cepat2 k..kite g makan2 n jalan2 k..saya fhm awk sedih and tengah emo..sabar k..

maaflah awk..saya tak sengaja nak buat awk marah..saya salah awk..maaf sbb tak sempurna utk awk..

A: banyak kali dah maafkan awk..dlu awk dtg lambat la..awk lambat balas msg la..pastu awk sengaja tak angkat phone..2 minggu lepas saya nampak awk sembang ngn lelaki lain la..ni tambah lagi satu..(padahal hal2 tu tak berkaitan langsung ngn masalah sekarang)..
kalaulah sebelum ni..ngn ShiQah tu tak de ah dia nak buat saya mcm ni..saya layan dia teruk dari awk tapi die okay je tak buat salah mcm awk..

B: saya maafkan awk even dah banyak kali dah awk buat..saya maafkn awk sbb sy tahu awk x sempurna..saya pon tak sempurna..okey lain kali jgn buat lagi tau..walau macam mana pon awk..awk tak sama ngn yg lain..awk special..(even nk marah..tp tak bandingkn ngn org lain n tak ungkit2 benda lama)

awk..mana awk ni..janji nak pergi tengok wayang..nak spend masa sama2..(40 hari planning nk tgok wayang tut2 cancel)

A: sory awk..tibe2 td kawan ajak main futsal..out of sudden lak..tak pergi mcm tak best lak ngn member..sorry tau syg..lain kali k kite pergi..ala lagipon selalu je g tengok wayang...

B: sorry syg lambat..saya tengah cakap ngn kawan saya tadi..diorang datang ramai2 dai KL..ajak main futsal and makan2..saya pergi la jumpa diorang sekejap and now rushing nak pick up awk syg..kan dah janji ngn awk..mestilah saya tunaikan..


awk..something happened..saya tengah pokai awk..really need ur help..kalau tak..habislah saya..

A: sorry sgt2 syg..saya pon tengah pokai..kat tgn saya ade 300 je..tu pun saya nak beli kasut..dah lama saya plan nk beli..kalau tak beli sekarang..nanti tak tau bila lak akan ade duit..ce awk try pinjam ngn kawan2 dulu...leh syg??

B: sorry syg..saya pon tak de duit ni..maybe tak cukup nak tolong awk..saya ade 300 je..ingat nak beli kasut..tapi tak pelah..bagi awk guna dulu la sbb awk lagi perlukn duit..kasut bile2 pon bleh beli..

awk..nape awk tengok dia??dia cantik sangat ke??saya pakai ugly sangat ke??

A: kan best kalau awk pakai camtu..pakai cantik2..style..pakai tudung camtu..kalau awk camtu..pasti awk akan cantik mcm dia..

B: tak delah..die cantik..awk cantik..tapi kalu awk pakai mcm tu..pakai sopan2..pakai tudung camtu..style mcm tu..pastu awk akan berganda2 cantik dari dia..

see?

orang yang sekadar2 sahaja mencintai kita biasanya akan cepat berubah dan biasanya hanya tahu memberikan kata2 yang manis saja..dan dia lebih mementingkan diri dia semata2 barulah dia fikirkan ttg kita..

kalau kita nak tengok seseorang tu samada betul2 mampu menjaga dan mencintai kita..kite tengok perbuatannnya pada kita...bukan pada pertuturannya..maka berhatilah kerana perempuan selalu tertipu dengan kata2..

emak ade pesan..
kalau kita perempuan..kita pilihlah orang yang betul2 mencintai kita sebab one day..if anything happen..mata dan hati dia tak kan mudah beralih pada yang lain..dan dia lah orang yang sanggup menjaga kite dan menyayangi kita..pilih orang yang cinta kat kite berbanding pilih orang yang kita suka..:)