Monday 31 December 2012

future

UstazAzharIdrus:

Tak boleh nak marah orang perempuan (isteri) ni.. Perempuan? Dia memang suka main, suka joli, suka belanja, suka berjalan, suka bercakap, suka makan angin. Sebab tu, bila kita jawab nikah, kita kena ingat benda ni; "Aku terima-lah nikahnya dengan mas kahwin dengan tersebut itu.." Hah, jangan suke sangat. "Maknanya aku bersetuju-lah nikah dengan seorang manusia yang akan berbelanja paqok (banyak) duit aku nanti, yang dia akan berjanji sesuatu tetapi palsu. Maknanya.. Yang akan suruh aku beli macam-macam, 'janji taknak beli lagi. Tapi, nanti beli jugak balik'.. yang akan peningkan kepala aku." Jadi kita sebagai suami terimalah.. Itu-lah isteri namanya. Jangan marah kat dia. Jasa dia besar. Dia lahirkan anak kita. Dia bergadai nyawa beranak, dia bergadai nyawa mengandungkan anak, dia besarkan anak. hihi :')
~ Iman Lufti

~ Airis Elyana


sayang papa 


* _ %





Friday 28 December 2012

tersentap !



 " Orang perempuan tak boleh dimanjakan sangat"

Status di atas oleh orang yang telah alami nya,
Yang masih hidup;
Bagaimana kita nak teruskan perjalanan hidup kita kalau kita asyik duduk dalam kepompong,
Lama-lama bila kita dah matang pasti mahukan zon yang bebas,
Aku perempuan yang demand!
Apa yang orang ada , dapat , pasti aku berlumba inginkan.
Indahnya kalau hidup di syurga,
Tapi adakah kita dapat kecapinya !
Tak semudah itu !
Kekadang kalau orang tolong kita,
Mulut kata ya, hati dia pula? ya juga ke?

Aku; 
Terkumat kamit berdoa supaya hati aku sentiasa dalam keikhlasan,
Orang pula?
Adakah selama ini dia ikhlas untuk aku?
Tak dapat aku nak gambarkan betapa sadisnya perasaan ini,
Aku pohon supaya pengorbanan dia walau secebis mane mudah-mudahan diterima Allah,

Allah;
Aku bermohon kepada engkau,
Janganlah kau memaksa diri dia untuk mencintai aku ,
Aku insan yang lemah,

Wahai Arjuna;
Carilah perempuan yang sejuk mata memandang;
Kelak, kau dibinasa
Perempuan yang mampu berikan kau kebahagiaan,
Perempuan yang mampu berikan kau tersenyum setiap hari,
Perempuan yang mampu untuk menjaga orang tua kau,
Perempuan yang mampu menjaga makan minum engkau,

Wahai Perempuan;
Carilah  jejaka yang sejuk hati engkau,
Jejaka yang menjaga makan pakai engkau,
Jejaka yang membimbing engkau ke arah kebaikan,
Jejaka yang mengimamkan solat engkau,
Jejaka yang mengejutkan tidur di kala subuh menjelma,


publish my post , selamat membaca :)


Tuesday 20 November 2012

:)

saya seronok dengan adanya dugaan hidup , terima kasih Allah :)

Wednesday 3 October 2012

TANDA SERU ?


Luaran orang tengok kita gelak tawa,

Tapi pernah tak orang sekeliling selami hati kita?

Kalau hati ni boleh berkata,

Mesti orang sekeliling turut merasa apa yang aku rasa,

Kalau hati ni boleh senyum,

Mesti orang sekeliling bangga dengan senyuman hatiku,

Tapi;

Hanya Allah sahaja yang dapat selami hati aku,

Kalau dulu bangun tidur aku rasakan dia sentiasa di sisi,

Selamat pagi, selamat malam tiap hari aku terasa dihargai,

Bila balik kerja aku terasa kesunyian,

Kerana tiada deringan lagi,

Itu dulu, bukan sekarang,

Kita tak boleh create kan jalan hidup kita,

Kalau lah boleh macam jalan cerita Yusof Haslam,

Pasti aku tahu ending nya,

maafkan aku wahai jejaka ~






Sunday 30 September 2012

hamba DUIT ;

Allah;


Aku?
Aku hamba kepada engkau ya Allah,
Bukan bermakna aku hamba kepada DUIT,
Aku ingat kata-kata mu,

Allah;
Tabahkan hati aku :(
Pada siapa lagi tempat aku mengadu selain engkau,
Kuatkan hati aku,
Kau dah banyak berikan apa yang aku minta,
Tapi kau sering kali merampas orang yang aku sayang,
Tak mengapa,
Itu adalah hak engkau,
Aku redha dia pergi,

Terima kasih Allah ~




Saturday 8 September 2012

aku kan pergi ~

Salam Syawal ;

Aku kan pergi ,
Dari dia kita datang dan kemungkinan dia akan ambil hak dia,
Sedih juga ;(

Lama aku mencari-cari tajuk lagu nie,
Lepas jer lagu ni dimainkan di kaca Tv waktu 'JOm HeBoh' terus aku tertanya-tanya tajuk lagu nie,
Yang aku tahu Black yang nyanyi,
Pagi tadi aku pergi beli sarapan acik kedai tu buka radio, lagu nie dikeudara..
Aku tanya wanie ape erk lagu nie?, tapi dia jawab entahlah wanie tak layan lah lagu rock2 nie,
Haiyooo!!
Mybe aku nie kategori wanita jiwang kot,
hihii..

Klik by klik aku search nama 'Black' dan klik pada 'pergi'
Rupanya tajuk lagu ni "TEMAN PENGGANTI"
Banyak maksud tersirat lagu nie,
Lepas aku dapat lagu nie,
Berulang kali aku mainkan,


Sebak ;( Amat mendalam, dan teramat Sebab dia nak sampaikan kalau dia pergi dulu Harap sang kekasih dapat mencari pengganti hmm,, ajal maut, rezeki,jodoh ditangan Allah s.w.t Kita hanya mampu merancang  


Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Monday 13 August 2012

countdown syawal ;)

assalammualaikum semua;

rindu sangat kat korang, rindu juga keyboard ntok aku tekan-tekan ,
rindu juga syawal, syukur alhamdulillah Allah masih memberi aku peluang bernafas untuk sama-sama menyambut syawal yang bakal tiba nanti , lagi 5 hari kita akan jumpa bulan syawal, terima kasih Allah , kerana aku dapat bersama mak dan abah , and ada yang baru yer adalah tet tet tet ... tak sangka dapat pegang harta sendiri , syukur ;)

dah lama aku tak update blog nie, mybe sebab tak de cerita yang menarik untuk dikongsi sebab bz settlekan assignment , semalam 12/08/2012 ade kelas di FSPU uitm , n gap sebulan jugak lah lepas nie naik kelas 9hb Sept tapi lect bagi keje sekolah rasanya macam tak cukup jer sebulan, ingat belajar nie senang .. tapi kenapa ada orang di luar sana sanggup beli degree , dengan universiti yang tak diiktiraf .. biarlah bersusah asalkan kita nampak yang usaha kita selama nie bukan sia-sia .. aku bangga dengan diri aku sendiri dan aku bangga dilahirkan dengan nama NURUL ASYIKIN , mungkin ini adalah tuah aku .. syukur,

asyik cerita belajar ajer, aku nak cerita pasal raya lah, huhuhu.. tahun nie baju aku biasa aje, tak bling-bling, yang penting nya aku seronok, sebab aku rasa kalau bling-bling boleh pakai time event yang vogue2 ajer, nak pakai time keje mesti dah segan , so, aku amik keputusan baju raya merangkap untuk pakai kerja ,nie tak, g keje pown nak pakai chantek2 baju .. nanti g kenduri kawen pon sama jugak pening kepala xtau nak pakai baju apa, senang jer, beli kat jalan tar baju kurung RM 39 banyak2 .. boleh pakai ntok kerja .. itu fikiran macam aku nie lah, setengah girl g keje pakai baju dah macam nak g dinner , coz die suke dengan penampilan die sendiri kot.. tudung pown sama , kekadang aku dah rasa malas pulak nak pakai seledang belit sana sini sebab kalau nak g keje nie aku memang lambat bersiap, yang senangnya pakai tudung sarung aje, tudung bawal pun aku jarang pakai, lau rajin aku pakai .. cerewet sungguh aku nie kan..

Sebelum habis bulan Ramadhan nie, teringin jugak nak makan kat sini.. jom kawan ! kita makan kat nando's, belagak pulak tekak macam oghang kayo lah konon.. tapi tak salah kan , muarghh


Pagi tadi 13hb August kelakar tgok status Anak-Anak nismilan nie ,, jap aku copy paste eah

             " Duit Gaji + Bonus dah masuk!!!

              Tp jangan enjoy2 sampai tak hengatt dunio....
              Next gaji = 25.09.2012 (SELASA)
              Laie 42 hari!!!!

              Kang makan megi mo sordak kuih ghayo yo nanti!

              ~ Abang MAN kerani Yayasan NS
betui jugak tue, shopping2 jugak tapi kena ingat yer next month termonung pulak aku nie,
time tue PM xbg do duit ghayo ..
hmm,, sodihh lak ai .. k lah nak nges jap .. bye kawan-kawan :)
 












Wednesday 4 July 2012

farewell boss a.k.a ayahanda

assalammualaikum w.b.t

Restoran Tupai-tupai menjadi saksi farewell kernel Azudin . happy retirement mr!






selamat malam semua ~

nisfu syaaban

Maafkan saya kerana saya tak berkesempatan untuk menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang muslim untuk membaca yassin sebanyak 3 kali. Mudah2an Allah memberkati hidupku di samping keluarga tersayang. Taknak cakap lelebih sebab hari ni saya kurang sihat , tak berapa nak pasti kenapa lah semalam badan seram sejuk, status mukabuku saya hari ini "demam gedix, mc today" hahaha.. Alhamdulillah masuk tengahhari badan saya semakin kurang panas , sebab tu saya cakap demam gedix, takpelah semua itu kerja Allah , selepas pergi ke klinik . saya tidur mybe makan ubat , after wake up saya buat assignment yang bertimbun2 . Macam nie ke orang belajar yer? Baru nie aku merasa .. Tapi takpe , itu semua kehendak saya selami ini , saya yang patut arrange dengan baik . Hanya Allah yang restui perjalanan masaku. Sejak jadi student jarak jauh nie, satu saat pun bagi saya sangat berharga , balik kerja macam2 benda nak buat , lipat baju, basuh baju sambil tue 'navigator internet' i class . Sistem iclass nie milik orang2 pjj macam saya nie ha. dari sistem nie pelajar berkomunikasi dengan lec , coz lec akan bagi exercises di iclass , di samping tu kita dapat juga bertukar2 pendapat dengan rakan2 kelas.

Baru jer selesai siapkan assignment subject CSC253 'Interactive Multimedia' and then tiba2 teringat belog saya yang dah lama kesepian , sian dia :(

Lagi 2 subject lagi harus diselesaikan, hmm.. 1st sem nie hanya belajar empat subjek tapi dia punya kerja sekolah yer mak uihhhh .. hanya Allah yang tahu.. tang demam nie saya tak tahulah salah apa, mybe penat sangat kot.. ishh ,, merepek jer ikin ni lah ..saya nak share pic merepek nie.. nak tengok???


tak berapa pasti apa motif gambar ni, sebenarnya nak tunjukkan ubat kot.. poyo2

memang bersepah2 .. macam orang belajar hebat sangat! sory :(

Monday 18 June 2012

:~,,~: father's day

assalamualaikum u'll

klik jer wall facebook ramai kenalan update status dan gambar berkaitan dengan hari bapa, seronok jugak kan bila dapat bersama dengan papa,baba,daddy,ayah ABAH.pagi jumaat lepas aku sempat wish 'happy father's day' pada abah . abah riang sangat coz dapat dengar suara anak ke-5 dia.tapi pasti abah kecik ati sebab saya tak balik,saya pergi ke jay bee minggu nie. 3 minggu tak balik kampung . saya perasan juga kalau saya dah lama tak balik kampung pasti salah sorang tak sehat especially abah. mybe abah rapat dengan saya. sesekali kalau borak dengan abah mesti abah akan tanya 'balik kampung tak?'

Maghrib tadi borak-borak dengan mak, saya tanya sapa yang balik? mak jawab takde sape pun yang balik. abang alang baru jer gerak ke s'pore coz berkursus di sana. mak cakap abah demam. tak sedap plak hati aku nie, pukul 9 lebih aku col (after abah balik surau) kat hp mak, tapi tak angkat .. "mak kecik hati ke?" hmmm...
col rumah lama sangat deringan . abah jawab .. ABAHHHH ...
                     
                         abah tak sihat ke? a'ah ,
                         ye
                         dah pergi klinik belum?
                         belum lagi, petang tadi baru kena
                         nanti jangan lupa makan ubat tau ,

Tiga minggu aku tak balik, pasti abah demam, tak pasti lah..abah nie DEMAM RINDU ke?
hati seorang abah kan , sape boleh tau selain ALLAH .
kekadang kita tengok luaran dia HEBAT ,
tapi pernah tak kita selami hati beliau ,

Kalau dulu masa kecil anak enam orang dah mengata
"ramai yer nak kau! "
tapi sebenarnya bila anak-anak sudah dewasa masing-masing dengan kerjaya
anak ENAM pun tak cukup

Buat masa nie tinggal adik yang bongsu,
kalau dia pergi PLKN macam mane?
sangat kasihan pada mak abah,
semoga abah dan mak tabah hadapi segala dugaan ..
lebih-lebih lagi dengan ragam anak perempuan mak sorang nie "EKIN"




rindu mak abah . :'(






Tuesday 12 June 2012

perkahwinan (^_^)


Dalam diam I masih teringat event bulan Mei lepas. Teringat sewaktu kakakanda I yang telah diijab Kabul dengan suami beliau. Orang sibuk tengok bola aku sibuk dengan dunia belog. Hmmm..Sedih gembira bila I melihat mereka. Yuplah kan, kalau dulu ada problem boleh lah share dengan dia. Mintak tolong apa-apa tak segan coz my sibling dan yang paling sedih aku dah tak boleh tidur sebelah dia lagi. Selalu yer kalau balik kampung hero cik zul biasanya tidur luar, ada jugak tido dalam. Yang dara cik zul pulak tidur kat dalam bilik. Sama-sama lah tido. Abah ada anak perempuan 3 orang, dua orang dah bergelar isteri, tinggal lah asyikin nie ha! Lepas ni kalau balik kampong kena lah tidur sengsorang kat dalam bilik. Kalau takut, pe lagi ! tidur ngan mak abah lah. Hahaha..

Semasa majlis akad nikah kakak I , I dapat rasakan perasaan seorang abah dan mak menahan sebak, yelah kan. Nak melepas kan tanggung jawab kepada seorang lelaki iaitu menantu bukanlah mudah. Syurga anak perempuan abah pun dah beralih kepada suami beliau Hanya mak abah jelah yang faham perangai kita , buruk baik kita, so, apa yang mereka harapkan adalah semoga menantu tersebut dapat menerima lebih o kurang nya anak beliau.

Kalau dahulu, di usia kecil dosa perbuatan kita mak abah yang tanggung. Selepas baligh dosa kita sendiri tanggung, now! Kalau isteri tu wat salah, hope suami dapat lah menasihati nya,


Tahniah kakakanda I Solihatun dan suami 









restu mak membawa ke syurga Muahh muah


                        *                  *                   *                       *                        *                 *


selepas kenduri rumah i , i pergi weeding orang. Siti Aishah dan suami
macam reunion ow, jumpe kawan2 sekolah BBS .memasing dah bini orang di usia yang muda nie,
yang sedang mengandung pon ada jugak. so cute !!!
ada yang aku kenal, ade yang tak , n baru jer kenal kat umah ichah,
yang penting aku layan..
yuplah, after form 3 aku bersekolah di teknik Pontian ,Johor..
so, berkawan dengan orang johor lah..
uhuhuh

u look my present for de bride <3








isteri-isteri orang, kepada lelaki yang bace entry i nie, dah kenal kan member i yang dah kawen, so.. jangan mengorat k

Monday 11 June 2012

i LoVe are she QUEEN

hye malam ,


Mimpi ke aku ni?? (dush-dush $_& )

helloOoo Nurul Asyikin ..
hye darling !!

aik?? bukan ke u sudah tukar nama "are she Queen"
itu nama nak up sikit jadi cute ~_@

u'll know what !

teringat waktu aku di zaman persekolahan menengah ,
member rapat aku, muka kami hampir seiras tau,
cuma aku tembam, dia tak!
dia ada lesung pipit , aku tak!
tinggi lebih kurang,
besar pun lebih kurang ,

she's name Nurafilah binti Karim,
dia lah yang mengesyorkan dekat aku nama "are she queen"
sweet kan nama ni..
aku pun tak pernah terfikir pulak nak letak nama ni..

address email aku pun tak lekat nama "are she queen"
tapi dulu aku pernah ada blog, tapi blog tu dah tertutup,
aku letak jugak nama nie coz tiba-tiba aku teringat kat fila,

address fb aku dulu "EkYn Dzulkipli" 
aku mulai tukar time aku keseorangan melayan fb,
"are she Queen" fb name


hahahah.. tak sangka pulak lah ada jugak yang khianat nama queen nie,
perli memerli tu beb kat wall pengkhianat tu..

lantak korang lah ai,
yang penting aku tak kacau laki anak kau, apatah lagi boyfrend kau!

aku boleh dapat laki yang lebih hebat lah daripada korang!
typical perempuan yang tak cukup matang !

biasalah kan , umur zaman macam aku nie korang dah gatei nak kawen,
tu pasal lah korang tak puas enjoy !!
meroyan !!!


yang penting aku masih ada mak, abah, abang , kakak , adik kandung aku !!!
tak bergantung hidup dengan korang !!
bye pompan !


i love her  , nama timangan oya.. muka di bangku sekolah, sememeh yerk ^_*



insyaAllah minggu nie 15 Jun aku nak pergi Kota Tinggi , nak datang rumah dia & pergi weeding mmber JB,. hmmm...dengar khabar oya tak sihat, nak jenguk dia jugak lah..lama tak tengok dia update status, tak chat.. hmmm ... :'(



purple day :*

Tuesday 5 June 2012

: kelapa jeLLY :

hollaa ^_^

mata pun dah macam ikan puyu nie( aku pown x berapa nak pasti ikan puyu same ke)
tapi aku tetap tabahkan jugak nak mengupdate belog, en.H sibuk jerk nak tahu perkembangan aku area2 jam 9pm, jeles rupenyer sang penjiwang nie..

sebenarnya nie plan aku gan dak2 housemate lah, ingatkan hanya angan2 mat jenin jerk alhamdulillah menjadi pulak, esok dah boleyh hantar ke gerai2 yang terpilih untuk dijual.. muahh :)

at least , masa aku tak terbuang dengan sia2 .. lepas balik kerja ada jugak lah aktiviti aku.. selain mengait manik pada baju, aku dapat timba ilmu untuk buat 'kelapa jelly' nie .. tadi kitorang  punya bajet tak sampai pown RM 100 .. beli periuk besar, penapis baru, maklumlah baru nak menapak kan..semualah baru :)


Bahan-bahan ( anggaran 50 cup (bergantung saiz cup) )

  • 35 gm serbuk agar-agar - yg clear
  • 2 cawan gula pasir - klau nk manis, lebihkan
  • 8 cawan air kelapa - 2 biji kelapa muda
  • 8 cawan air biasa
  • 2 helai daun pandan
  • Isi kelapa

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan, kecuali isi kelapa. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan isi kelapa dalam cup kecil-kecil, ikut suka la nak banyak mana.
  3. then,tuangkan adunan jeli tadi ke dalam cup yang berisi kelapa, sejukkan.
  4. Kalau air kelapa banyak, boleh kurangkan air biasa. 


 test market lah dulu beb! itu pasai 50 cup !







tenkkiu.


macam-macam aku nak fikir sejak dua menjak nie, Rabu cuti nak balik kg Perak coz mak nak melawat anak buah beliau breast cancer.. tradiss yer :(

hmm.. cuti-cuti jugak buku tetap aku kene pegang.. exam , exam moRREee !!

kali nie peperiksaan jabatan untuk pengesahan jawatan, 15th JUnE

Ya Allah, ko permudahkan lah urusan sah jawatan aku ..
bila dah comfirm dalam gov barulah aku rase boleyh bernafas dengan baik hendaknya (ayat poyo)
[%_*]


buku yang perlu dibaca , ($_&)


muahhh ~ :O


Sunday 3 June 2012

1:28am ~ sleep! not yet

bismillahhirrahmanirrahim..

penangan berjalan seharian wif my luf sampai la nie aku tak boleyh nak lelapkan mata .. dia pun terus senyap tak tau lah dah sampai ke belum, haiyoo! nama pun laki kan, mybe tido kot .. masalah yer tell me why??

bertemankan sinar fm .. aku layan kan aje lah, but i'm still yawning ..

it's ok lah! aku nak bercerita pepagi nie k.. terima kasih kerana sudi untuk bersama aku, Saturday morning seperti yang dijanjikan aku nak kuar date, tetibe aku terasa nak masak meehoon .. baik lah pulak aku nie, mybe aku dapat 'nur' tapi tu lah kan aku nie tak pandai masak, main bedal aje .. aku pun tak pandai nak balancekan pedas cili api dengan lada hitam .. kasihan my luf makan kepedasan tahap menyengit, aku pun silap jugak tak goggle dulu resepi meehoon 'singapore' maen terjah aje.. tapi naseb baek my luf memahami, siap dia berterima kasih kat aku, mybe nak ambik hati aku kot.. dye kata xpe, 1st time kan.. setiap manusia pasti ada lakukan kesilapan sedangkan chef wan pun pernah terlupa letak garam masakan pulak aku yang 'mimpi' masuk dapur..

yang syok yer dye belanja ice blended 'starbuck' memey belagak aku, lepas tue kitorang tengok wayang 'piranha' .. and paling best yer memang dah lama aku idamkan nak makan 'chicken chop' tenkiu dear , mis u :)

remind !

google the recipe !

Thursday 17 May 2012

mood UiTm ~ pliss

assalammualaikum..

pejam celik pejam celik , cepat masa berlalu kan .
aku pun tak sedar dah hari Khamis ..
hari ni baru aku teringat gambar passport untuk dibawa pd hari Sabtu ini..
dulu , ada cd gambar passport tue .. kalau nak gambar senang aje..
pergi kedai terus cuci, tak payah nak amik2 gambar ..
disebabkan cd tue bersama dalam ex-wallet aku yang dah kene pick pocket so,
leceh :'(

serabut!
Apakah aku masih diawang-awangan..?
masa mencemburui aku..
Allah! bantu lah hambamu dalam menyelesaikan masalah ini ..





Aku buntu! pada sapa perlu aku minta tolong selain daripada kau ya Allah..
it's okeyh! fullstop!

20:42pm ~ from 15888
RM0.00 UITM : Utk pendaftaran Diploma iNED (e-PJJ) sesi Mei 2012
sila bawa laptop & sijil asal.
Pastikan anda mematuhi peraturan sahsiah rupa diri.

syukur ke hadrat ilahi , naseb baek aku ada laptop ..
kalau tak, kene fikir lagi pasal laptop!
yuplah kan, zaman sekarang celik jerk semua nyer IT ..
aku nak dapatkan laptop pun ke main lama nak mengumpul wang!

cakap pasal study nie, insyallah aku akan usaha sendiri untuk perbelanjaan semua,
dear readers!
percaya tak! kekadang kawan rapat kita sebenarnya tak boleh nak menjadi seorang "emphaty" dalam hidup kita..
Depan kita cakap lain,tapi belakang kita sebenarnya dia tak sokong langsung perjalanan hidup kita

that's mean~ kenapa kawan A sanggup cakap pada kawan B 'hmm.. nak belajar, bulan2 mane nak cekau duit'
kenapa kau cakap begitu?
kau takut ke aku naik pangkat?

niat aku nak belajar nie bukan untuk menunjuk2 yang aku nie beriya masuk u..
tapi sebenar nya aku nak tambah pengetahuan aje,
tak luak mana pun ilmu tue,
time kita sehat nie lh kita boleyh gelak tawa, makan minum, kerja, belajar,
sok,, kalau dah sakit! kita hanya mampu terlantar aje,

plizz lah kawan!

naseb baek kawan B bidas,, biarlah dia nak belajar, dia berpeluang kan..
lagipun dia masih ada mak bapak, abang2 ,

kata aku:- walaupun aku masih ada mereka, insyaallah aku takkan menyusahkan mereka,
aku akan usaha sendiri,

lagipun aku faham ..
contoh:- abang long have a own family, he still studying Master ..
dia lagi banyak pakai duit..

dugaan2 !




p/s : jika benar Allah dah tentukan perjalanan hidup kita macam ni.. nescaya Allah akan turunkan rezeki pada beliau .. pliss ignore orang yang berkata2 ! tenkiu


Monday 14 May 2012

:: REZEKI ALLAH ::

Assalammualaikum buat pembaca di luar sana ,

satu perkara iaitu peperiksaan sah jawatan JPA dah berlalu ,
yang kedua pula iaitu "PENDAFTARAN PELAJAR DIPLOMA EPJJ" DI KAMPUS
SHAH ALAM

SYUKUR ALHAMDULILLAH ~

teringat semasa aku berumur 18tahun , ketika aku berhempas pulas bekerja shift pagi petang malam,, frustrated aku dibuatnya~! sebenarnya bukan aku aje, abah pon kene tempiasnya jugak! mak terlepas cakap yakni abah frust sebab anak yang dia harapkan masuk u rupanya tidak! aku lah sebenarnya ~!
patutlah ~! aku pernah minta izin dengan abah aku nak masuk kolej swasta "nursing" tapi abah cakap aku mengarut! sampai ati abah.. abah herdik ! dia kata kalau ekin nak belajar selain u abah taknak ! faham! kerja jelah 7e tu ! aku terdiam !

tapi ! dengan ketekunan dan semangat yang kental ku dapat ini , aku berusaha yang terbaik demi mak abah, sebab aku fikir aku dah takde sape2 dalam hidup nie melainkan mereka ! memang benar ,!

Allah mendengar apa yang kita katakan ,
Allah melihat apa yang kita lakukan ,
Allah merasa apa yang kita fikirkan ,

lillahhi'taala ~


pendek kata , aku pernah menyatakan satu azam ! walau macam mana sekali pown aku akan tetap ingin tunjukkan kepada mak abah yakni "aku ke puncak menara gading"

dear readers! aku bukan berniat untuk bangga diri , tapi aku nak share perjalanan hidup aku bersama u'll, memang agak lambat .. tapi aku bersyukur ! jika kamu inginkan sesuatu kamu berdoalah yang terbaik, insyaallah ~

19hb Mei ini aku mendaftarkan diri sebagai pelajar dalam program "Pengajian Jarak Jauh" course Diploma in Public Administration ~ wow!! dengar mcm GAH gitu kan.. okeylah, nanti ikuti perkembangan aku selepas ni sebagai seorang pelajar plus pekerja ..

terima kasih Allah , terima kasih kepada mak abah, kakak abang  adeq , my boyfie , my BFF ,boss! luv u'll muargghhh~~!!




Saturday 12 May 2012

~ exam ~

wahai blog kesayangan aku, kau masih setia bersama tuanmu yang agak lazy nie kan.apakan daya , nak tak nak kau kene hadap dengan aku kan kan..fuhh! aku nak lepaskan rasa lega coz dewan rakyat dan negara telah selesai dengan baiknya , banyak kenangan manis dan pahit aku lalui nya, kene marah dengan bos, kene tiau dengan musuh , tapi itu semua aku anggap kudis yang akhirnya baik, tapi tinggalkan kesan yang agak lama untuk pulih,. maksud nya aku akan anggap semua itu satu pengalaman ,, pengalaman untuk kita kenal erti dunia, kita kenal kerenah orang .. hati orang.. aku masih muda , nak keje lama so, aku mestilah bersabar dalam menghadapi semua perkara ini..
Cakap pasal kerja , aku hampir nak setahun dalam agensi kerajaan .. aku masih belom comfirm lagi, sebelom nak comfirm aku kene lalui beberapa fasa .. " aku mestilah wajib hadiri kursus umum , khusus , lulus exam JPA dan jabatan.. insyaallah dalam proses percubaan ini aku berjanji akan buat yang terbaik.. dear readers , doakan kecemerlangan saya ~! tenkiu..

kursus umum aku dah hadiri di Kepala Batas Pulau Pinang, dari Parlimen hanya 2 orang sahaja sebab aku dan sorang bro nie masuk lebih kurang, cuma aku awal 3 bulan sebelum dia masuk .. kursus ini under Jabatan Perdana Menteri(JPM) ..Bila di sana kita dpatlah kenal dengan ramai kengkwan dari bayak jab. best tau dapat kenal semua orang.. dapat kawan baru dari negeri berlainan,budaya yang berbeza!! jgn jeles! hehehe.. Pengangkutan disediakan , makan disediakan,included tempat sleep2.. hahaha.. ini dinamakan elaun lojing ok! sebab aku dalam proses mengulangkaji buku "PERINTAH-PERINTAH AM DAN ARAHAN PENTADBIRAN" daripada buku tersebut aku dapat pelajari ilmu tentang dunia pekerjaan..buku yer tebal .. ! ini baru kump. sokongan II belom lgi aku termasuk dalam kump. sokongan I .. tapi takpelah aku bersyukur kerana di usia pangkal puluhan aku telah memegang jawatan dalam agensi kerajaan yang tetap ..

Di kesempatan ini, aku ingin memohon kepada pembaca blog aku ini mendoakan aku lulus dengan jayanya di dalam peperiksaan JPA pada hari Isnin ini.. aku hanya ada masa dua hari untuk mengulangkaji syllabus aku telah aku pelajari before that!

cayok2





of course lah wajah ku pasti ada .. nama pon loving blog!






Thursday 3 May 2012

follower :}

sehari hari nak update blog memang tak dan .. satu pkir kan ape lah yang aku nak borak nie dengan blog aku nie.. sebulan bulan nak hias blog aku  .. asyik mengeluh jer .. bertahun apatah lagi kan .. makan minum tidur aku ingat .. fanatik dengan fb bukan main lagi .. blog aku merajuk ~! kasihan yer mucyuk .. follower pown tertanya2 .. alahai aku nie bukan yer artis pown sampai kan u asyik nak tau yang i punyer blog nie active o not! kih kih .. lurpe my follower . . follower jer? fresh flower xde ke ntok i??



save & publish tenkiu !!

Tuesday 27 March 2012

: abah :

Day 2 ..

apa khabar lah abah kan.. rindu kat abah.. semoga abah cepat sembuh.. semoga mata kanan abah boleyh bukak dan dapat melihat spt sedia kala.. kata-kata abah terngiang-ngiang sampai ke hari ni.. " abah taknak duit anak-anak der, abah nak korang tengok abah jer" insyaallah abah.. sebelum sy ada keluarga sy akan tumpukan perhatian kpd abah dan mak.. nanti kalau dah ada suami  syurga berubah .. sambung nanti lah cter .. sy bz .. salam u'll



Tuesday 13 March 2012

Pabila dewan bermula maka saya ~

nite guys ;

malam nie aku tekad nak update blog..
nak citer event semalam..
aduhai.. no idea ! oh! idea coming plizz !! kangan bangat meh !

mybe tak bersemangat sbb badan aku letih,
yelah kan, dewan dah start so, aku da tak boleyh nak ngular,
tak boleyh nak lepak2, tak boleyh nak berfacebook2 ,

semua nya kerana dewan ! dewan oh dewan !

12hb Mac 2012 Istiadat Pembukaan Parlimen Penggal Ke-5
tahniah untuk ahli2 Parlimen kerana belom habis kontrak lagi.. kah kah ..



Tagline ! poster - poster





Sedang bz untuk memuaskan hati semua pihak!



Geng seopis sekepala ~!
teruja tengok kerusi Diraja nie..!



Ampun Tuanku! Patik amik gambar dari jauh jerp..


dari pintu masuk dewan hingga la nie .. bunga2 yer sangat gojes!
note : i'm sorry tak banyak berceloteh pulak aku punyer blog hari nie, mata sudah gantok nie.. nak gentel2 bantal lorh, gantok bangat ! yg penting yer.. bila dengar jer ade persidangan semestinya aku akan balik lambat... sehingga selesai.. kadang tue hingga pukul 00:00 .. k bye !

Sunday 11 March 2012


Salam Super Sunday guys..

Salam berblogging,
Salam berfacebooking,
Salam bertweeting,
Salam bertaggeding,
Salam Berskype’ing’ ,
Dan
Salam  1MALAYSIA…

Hye .. bodek nampak !!
Uhukk…
Korang..
Aku nak promote diri aku nie,!
Aku suke cantik, kalau boleyh setiap ari aku nak nampak kan diri aku nie cantek,
Aku suke bling2.. mak pown pelik, kenapa lah anak dara mak nie pelik..
Pelik tang mane?? Kalau dulu,
Mase zaman hingus2 pakai baju kurung rupo itu yolah..
Tapi sekarang, kalau boleyh semua benda nak bermanik…
WOW!! Manik !! i like !!
Bila dah zaman bekerja nie, tengok orang pakai baju berkelip2, berbling2 , pasti teringin..
Tapi.. beli kain helar murah, sbg contoh lah kan.. kalau betul tue maknayer aku tak tipu !
Contoh : Kain helar - RM45
               Upah jahit – RM60
               Upah Manik –RM 70 hingga 200

Depends pada seseorang tu lah kan nak bling2 nyer macam mane, kalau aku , aku lagi suke yang simple tapi nampak chantek dan menyerlah..so, aku buat keputusan aku cube nak belajar menjahit manic drpd kalangan akak2 kat opis nie, dan tahun lepas semasa bulan Ramadhan aktiviti kelab Wanita Parlimen mengadakan kelas manik, aku join.. now!! Aku dah pandai…
Pandai tu tak bermakna aku amik upah manik untuk baju orang.. coz aku tak berapa berani lagi..
Aku wat kat baju kurung aku sendiri..
Bila baju tu dah siap aku tambah lah manik..

Sebenarnya untung tau sape yg amik upah manik nie..
Bila aku pikir balik lah kan, kalau kite pandai carik kedai manik, boleyh runding harga gan tauke tue, sgt2 murah dye boleyh kasi.. pastu kiter upah buat jelah, sebab manik nie remeh sikit… sakit ow mata..!!
Lepas nie, aku akan cube nak berjinak2 untuk belajar menjahit baju .. senang.. tak payah amik upah luar, n tak payah pikir bila dah beli kain helar nak pikir sape tailor yer lah..
Dari situ kite dah boleyh saving untuk satu bulan dan bulan yang seterusnya...
Al-maklumlah bantu pendapatan suami.. aik?? suami.. hahahaha.. kikin sudah merepek

U’ll nak tgok hasil kerja aku.. jgn gelakkan tau.. *sigh



1st job - manik tabur


3rd job - manik ape2.main create jerk


ahahkzz
p/s : sebenarnyer ikut mood jugak.. huhu.. tapi korang jgn ikut mood aku pulak tau ~! peace ..

Tuesday 6 March 2012

"Program Jom Masuk Kampung"

Assalammualaikum dear readers,

Kasihan kau miss blogg dapat tuan yang pemalas tak jengah2 pown kau!! Bila senang lupakan kau bila susah baru nak luahkan perasaan kat kau!Acececehh… Maklumlah tuan blogg baru balik dari bercuti di Parlimen Parit,Sebelum nie aku tak pernah dengar Parit nie di mana , sejak masuk Parlimen n then cuba untuk berjinak2 nak tau 222 kawasan Ahli Parlimen.. Baru aku tahu yang Parlimen Parit nie di Perak..Sebelum tue aku perkenalkan Ahli Parlimen iaitu Yang Berhormat Tuan Nizar Bin Zakaria,Barisan Nasional.. Nak tahu lebih lanjut pasal aktiviti aku di sana sebelum tu aku nak meluahkan rasa tak puas hati pada seorang perempuan nie..Aku tak tahu lah apa pasal yang dye sakit hati sangat dengan aku..U’ll nak tahu.? Dye tak puas hati sebab ade somebody rapat dengan aku .. dye jeles!! Sedangkan pakwe dye ade sama..Dye kata aku GEDIX!! Suke ati aku lah.. Aku tak usik pown pakwe kau!! Dye siap update status pasal aku.. Dye burukkan aku!! Dye cakap aku nie tamak!! Lau boleh sume laki aku nak!! Apa hal kau!! Somebody tue memang nak rapat dengan aku.. tapi dicantas!! Maaflah gurL!! Aku nie bukan heran pown gan laki tue.. dye yang nak mendekati aku..Aku memang ade pakwe tapi tak bermakna aku tak boleh berkawan dengan lelaki lain..

Seriusly, aku jujur gan korang.. aku berani mati update blog untuk cerita pasal hal nie..Somebody, member aku! Dye sudi untuk berkawan dengan aku..kekadang aku share cerita dengan dye, dye paham aku..Pergi ke sana berkonvoi,mybe nak masuk kampong kan..nama pown “Program Masok Kampong” 2 buah van dan 2 buah kereta, somebody bawak kereta.. Mulanya aku naik van, lepas tu somebody ajak aku naik dengan dye..bukan aku berdua tapi ade lagi member lain..yang kau nak kecoh sangat kenapa? Sampai di homestay aku dapat bilik besar, dye n de geng dapat bilik kecik,geng dye mintak kebenaran kpd aku utk tukar, kau ingat aku nak bagi?? Sorilah beb!! Tu salah satu dye nak marah..dari hari pertama dye menunjukkan mata yang sangat tidak senang dengan aku..Ade aku heran!!Dye berdendam siot!!Ahad..nak balik KL, aku naik kereta lagi dengan somebody,aku mintak tolong hantarkan sampai KB sebab nanti kalau drop kat Parlimen sape plak nak ambik aku!!BEB!! kalau aku nie ade kereta , ade orang yang nak tolong jemput aku, aku pown tak hingin lah nak tumpang somebody tu.. Aku anggap dye kawan tak lebih dari itu..Dye bantu aku..Aku berterima kasih kepada dye…so, yang kau nak jeles sgt kenapa?? Uhh!! Hari nie pecah rekod!! Dye marah tahap gaban sampaikan dye remove aku khendaknya!! Sekian, Off de story!!

Uhhh~!! Menarik nafas dahulu sebelum aku teruskan cerita aku…

JUMAAT




SABTU

08:00 AM – Majlis Ramah Mesra dan Gotong-Royong Menembak Musuh Tanaman Bersama Rombongan Pegawai-Pegawai dan Staf-Staf Parlimen Malaysia di Kg. Parit 6.






12:00 PM – Program Lawatan ke Pusat Pemeliharaan Tuntung, Bota Kanan Bersama Pegawai-Pegawai dan Staf-Staf Parlimen Malaysia di Kompleks Tuntung Bota Kanan, Perak.





03:00 PM – Majlis Ramah Mesra dan Bermain Paint Ball Bersama Pegawai-Pegawai dan Staf-Staf Parlimen Malaysia di Kg. Nasaruddin.




04:00 PM – Menziarahi Kematian di Kampung Tanjung Medan.

06:00 PM – Menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Bermain Bola Tampar di Felcra Nasaruddin.




09:00 PM – Majlis Ramah Mesra dan Malam Kebudayaan Bersama Pegawai-Pegawai dan Staf-Staf Parlimen Malaysia serta Masyarakat Orang Asli Tumbuh Hangat di Perkampungan Orang Asli Tumbuh Hangat, Suak Padi.




11:00 PM – Menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Kenduri di Gelung Pepuyu.. 4hb March ain's birthday.. she's celebrate birthday was suprises !! happy bfday ain .. luv u, i copy paste your status di fb .. huhuhu~

Alhamdulillah..YA ALLAH..kerana diberi peluang bernafas.. umurku sudah menjangkau 22 tahun n moga menjd lbh matang..Ya Allah..pjgkn la umurku,berikanla kesihatan yg baik,jdkn la ak dikalangan owg yg penyabar supaya ak sbr n kuat menghdpi dugaanMu.Ya Allah..hindarkn la diriku dr ade perasaan hasad dengki,busuk hati yg bole merosakkn hati,akal dan imanku..semoga ak berjaya didunia dan akhirat...Amin..


AHAD


mOOODD mau pulang ke kelumpur.. yahOOOoo!!