Monday 4 March 2013

Doa Mak Abah

Assalammualaikum. jari jemari menekan keyword lattop sambil dengar lagu http://www.youtube.com/watch?v=SeqlpikuMOQ teringat kisah semalam sewaktu aku dalam perjalanan ke UITM shah alam untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah aku diberi kekuatan oleh Allah untuk gagahkan diri ke sekolah. Sape sanggup weyh Sunday morning kita diganggu kan. Apa nak buat , student PJJ memang kena tabah . Tapi aku fikirkan sebab ku nak belajar nak dapatkan sesuatu untuk mak dan abah.Kebiasaan nya memang aku akan ambik coursemate di Bangsar n then terus masuk ke federal highway. Dah dekat sangat . alang-alang right . Time aku pick her up aku search frequency radio NCS aku. siap mengomel2 pada member, argghh mana pulak ERA nie,kebetulan aku tertekan channel ikim fm , kau dengar jelah ceramah nie . haha..
             
ustaz berkata : ibu mertua adalah ibu kita juga , kita harus menghormati mereka kalau ibu kandung kita meninggal dia lah jadi ibu kita selama-lamanya . Kepada anak-anak di luar sana saya ingin mengingatkan jangan menderhaka kepada mak ayah kita walau pun ayah kita sebagai petani kita engineer jangan ingat kita berjaya atas usaha kita sendiri. Kejayaan kita pada hari ini adalah DOA daripada mak ayah kita .

Tersentuh bila aku dengar kata-kata ustaz nie, siap cakap pada member , perghh memang patut kita dengar ceramah nie dalah kita on de way nak p belajar kan. Teringat masa aku pernah mengadu pada mak .
Mak.. ekin kerja sambilan duduk pulak di kl tak cukup lah mak . Ekin dapat bagi pada mak RM 50 jer pada mak dan mak share yer dengan abah, Ekin tak mampu nak bagi kat mak abah duit yang banyak mak seperti mana anak-anak orang lain. Mak, sampai bila ekin nak sambilan mak, setiap bulan ekin kene renew mak. ekin takut kalau suatu hari nanti pihak HR taknak ekin. sampai situ sahaja rezeki ekin. Dan dari dulu lagi aku impikan aku nak sangat jejakkan kaki ke menara gading sebab aku pernah berangan time aku hantar abang long di UIA aku berhajat supaya lepas nie biarlah mak abah yang akan hantar aku pula. Amin.
Perjalanan hidup aku tak sama dengan rakan-rakan. Aku lambat ! Tapi Allah berikan yang terbaik untuk aku . Aku bersyukur sangat. Semasa permohonan pekerjaan untuk jawatan tetap aku memang nak sangat job tersebut . Aku sedar diri yang aku hanya ada SPM jer, job tersebut pun nak lulusan SPM . Aku tak perlu lah tunggu gred yang tinggi. Biar gred rendah tapi permenant. Setiap hari aku akan kumpulkan sikit demi sikit maklumat dalam environment government . Takut jugak kan panel interview tanya bukan-bukan. tu yang aku standby . Di samping itu juga aku pernah pesan pada mak abah. Mak, doakan ekin tau , ekin nak sangat keje tue , challengers ! biasalah zaman sekarang lau interview mesti ramai nak pakai yer dua orang jer, Alhamdulillah rezeki tersebut menyebelahi aku. Sekarang aku tak perlu risau tentang nak carik kerja lain dulu, tunggu lah dalam 3 or 4 tahun nanti . Mudah-mudahan. Bila aku menjadi status seorang penjawat awam, seorang pelajar PJJ aku bersyukur sangat . Rezeki semua ini hasil daripada DOA mak abah Allah makbulkan. Aku bangga dilahirkan dari perut mak . Walaupun aku bukan dari background anak orang kaya dari kecik tapi aku bersyukur sangat mendapat ahli keluarga yang terbaik. Kalau dulu sebut jer anak peneroka Felda compom miskin kan. Sekarang nie jer kita anak Felda senang sikit . Dapat adik-beradik yang baik. Abang dan Kakak yang baik. Adik yang mendengar cakap aku. ceh, konon jadik kakak nak buli pada adik lah tue.

Seriusly , time kitorang kecik-kecik dulu, memang suka gaduh. pantang dekat ada yer tak kene. sampaikan mak pernah cakap nanti kalau mak takde sok sapa nak jaga korang kalau korang asyik gaduh jer. my sibling have 6 person . time kecik terasa sangat adik beradik ramai. Bila dah besar, alahai. kadang tiap minggu tak semua yang boleh berkumpul. Kalau boleh berkumpul pun time kenduri, event. nak2 lagi kalau raye, orang lain beraya semua ada tapi aku tak. Abang aku no 3 tu jarang balik sebab dia kerja kapal. Tak selalu ada . Naik kapal 3 bulan . Lepak rumah pun 3 bulan. Yang perempuan pulak bila raya gilir-gilir lah takkan dia tak balik rumah mertua kan. so, kitorang jarang dapat amik gambar sesama macam orang lain. kitorang adik beradik bukan jenis giler kamera , kalau gila kemera mybe sorang jer kot. Aku lah .. hahaha ... hmmm .. Sedih kan :'(

Mak abah, ekin tak mampu bagi wang ringgit yang besar insyaAllah selagi ikin mampu jenguk mak abah ekin akan cuba yang terbaik.

Ya Allah, jauhkan lah diriku dan adik beradik ku daripada derhaka kepada mak abah. Kau permudahkan kami adik beradik sempat untuk jengah mak abah di kampung . Matikan kami dalam iman . Amin

Ayat dari Al-Quran dan Hadith yang menceritakan tentang kelebihan menuntut ilmu :-

Firman Allah bermaksud : " Diangkat oleh Allah orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang kaya yang berilmu dengan beberapa darjat "

Firman Allah bermaksud : " Barangsiapa yang memudahkan satu jalan untuk menuntu ilmu , maka Allah mudahkannya satu jalan menuju ke syurga "

Sabda Rasulullah yang bermaksud : " Sekiranya anda keluar pada waktu pagi untuk mempelajari satu bab dari ilmu adalah lebih baik daripada anda solat 100 rakaat "

Thanks for readings

No comments:

Post a Comment