Tuesday 17 January 2012

: don't ! Joking

malam semalam tgok buletin utama , tertarik dengan cerita seorang pelajar biadap, tapi takut lah kan kalau beliau sekadar joke nmun ade pihak yg tidak puas ati,, hmm,, kepada kafir yg menghina ALLAH tu pun kira biadap jugak tu,, pasti ramai polis nak tahan ... Bahaya jugak kan,, kisah dye nie aku nak jdkan iktibar lah lagipun aku nie bekerja dlm agensi orang2 politik,, so,, tgok shj, dan diam ,, kata org biar pecah di perot jgn pecah di mulut .. meh kita same2 bace entry yg sy copy dripada Berita Harian

Gara-gara ugut bom helikopter PM di Facebook

GEORGETOWN: Seorang pelajar kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) Transkrian, Nibong Tebal, ditahan polis kerana didakwa membuat ugutan berunsur jenayah ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di dalam laman sosial, Facebook, semalam.

Pelajar lelaki berusia 24 tahun berasal dari sini, ditahan di kampusnya kira-kira jam 1 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, untuk diambil keterangan.
Pelajar itu dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 5.30 petang.
Tulisan pelajar itu dalam Facebook berbunyi :

“Najib is coming to our campus....lets bomb his helicopter.”

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakub, ketika dihubungi mengesahkan penahanan pelajar terbabit selepas polis menerima laporan berhubung ugutan suspek di laman sosialnya yang disiarkan di dalam satu blog.

Beliau berkata, laporan dibuat di Balai Polis Jelutong di sini, pada jam 10.06 pagi, semalam, selepas ulasan oleh blog berkenaan terhadap perbuatan pelajar terbabit disedari beberapa pihak kira-kira jam 9.30 pagi.

No comments:

Post a Comment